Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Nurhaliza marah dengan iklan seks ini, mahu saman!

Selasa, 10 Januari 2017

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi sebuah iklan di laman Instagram yang mendakwa pasangan itu menggunakan produk berkenaan.

Promosi tersebut yang muncul dalam bentuk iklan di laman Instagram pengguna kemudiannya dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut apabila dikaitkan dengan masalah mati pucuk.

Siti Nurhaliza, 38, yang turut terkejut dengan penyebaran iklan itu menegaskan tindakan peniaga yang menggunakan nama dan gambar mereka berdua tanpa kebenaran demi melariskan produk adalah satu kesalahan besar. -sumber Cari Forum

Persediaan perkahwinan Nora Danish, Nedim? (7 gambar)

Jumaat, 19 Februari 2016

Dalam senyap, rupa-rupanya Nora Danish sedang giat melakukan persiapan untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nedim Nazri. Info ini disampaikan oleh rakan media bernama Manja Imani yang mendakwa, Nora telah pun menempah busana perkahwinan dengan pereka fesyen, Ashraff Zainal.

Malah melalui laman Instagram milik Nedim, dia juga seolah telah memberi 'hint' mengenai perkahwinan mereka itu semakin hampir menerusi status terbaru ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan.

Suara serak Faradhiya akibat sihir?

Isnin, 21 Disember 2015

Nampaknya suara naib juara Gegar Vaganza 2 (GV2)  iaitu Farahdhiya masih lagi tak sembuh dari suara seraknya. Kalau dulu, kerana suara serak Farah buatkan dia hampir-hampir mahu tarik diri dari GV2. Sehingga dah tamat GV2 pun suaranya masih tak sembuh.

Bila ditanya penyakit sebenar yang dialami Farah, dia sendiri tidak tahu dan menggelangkan kepalanya.

Zain tunjukkan 'kiss bite' yang diberikan Rozita!

Khamis, 14 Ogos 2014

Ini bukanlah kiss bite yang melampau dan sememangnya bukan seperti yang anda gambarkan. Ianya adalah hanya kaedah rawatan berbekam dari seorang isteri, Rozita Che Wan kepada suaminya, Zain Saidin.

Agak memeranjatkan juga melihat Zain berbekam ni dengan tompokan merah dara beku kelihatan di bahagian badan belakangnya.

Ajai Akui Buat Hidung Untuk....

Khamis, 30 Januari 2014

Wah tak sangka komposer terkenal, Ajak akui dirinya ada membuat pembedahan hidung. Desas desus mengatakan yang dia buat pembedahan hidung untuk lebih mancung dan menarik.

Namun Ajai menafikan dia buat kerana itu, tapi lebih kearah kesihatan. Memetik portal HarianMetro semalam..
“Saya buat pembedahan hidung bukan sebab obses dengan kecantikan tapi atas dasar kesihatan,”

“Bukan saya buat hidung baru tapi pembedahan itu dilakukan sebab saya memang sakit. Sinus saya bertambah teruk dan menjangkiti bahagian telinga kiri dan batang hidung saya.

“Bayangkan, akibatnya bahagian batang hidung saya terpaksa dibuang dan digantikan dengan batang palsu. Atas nasihat doktor, kalau saya tak buat, ia akan menjejaskan pendengaran saya." -Ajai

Ashraf Muslim Letak Jawatan Pengamal Perubatan

Jumaat, 7 Jun 2013

Ashraf Muslim dikhabarkan telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Operasi di Pusat Rawatan Islam Al Hidayah berkuat kuasa 2 Jun lalu. Memetik dari portal website rasmi mereka pada hari Rabu, 5 Jun 2013.

Difahamkan lagi Ashraf juga tidak lagi bertindak sebagai pengarah Yayasan Al Hidayah dan Mahaad Tahfiz Al Hidayah.

Edry KRU Nafi Suntik Botok Pada Wajah

Rabu, 3 April 2013

Edry Halim KRU menafikan yang dia menggunakan suntikan botok untuk wajahnya memandangkan ada sedikit kelainan pada wajahnya pada masa kini. Wajahnya kelihatan sedikit muda dan tampan berbanding beberapa tahun yang lalu.

Memetik daripada portal mStar semalam, Edry sepertinya malas mahu melayan gosip yang sedang melanda dirinya kini. Dan menguatkan fakta yang perubahan pada wajahnya kerana kerap bersenam dan aktif dengan aktiviti luar. betul ke?
"Jika benar saya buat sebarang perubahan pada wajah sudah tentu kini saya kelihatan seperti Brad Pitt dan Yusry tidak lagi menjadi anggota KRU yang paling kacak.

"Khabar angin itu sama sekali tidak benar dan saya tidak akan melayan cerita yang tidak masuk akal seperti itu,"

"Jika benar saya lakukan sebarang perubahan pada wajah, saya sendiri akan dedahkan perkara itu kepada umum dan tiada apa yang perlu saya sorokkan,

"Saya tidak rasa ada apa-apa perubahan pada wajah saya kerana jika buat perbandingan dengan gambar lama dan terkini tiada beza tapi ada orang kata saya nampak lebih muda mungkin kerana gaya rambut yang sentiasa berbeza dan kesan senaman konsisten yang saya lakukan," kata Edry

Abby Abadi didakwa disihir, sering sakit!

Khamis, 19 Januari 2012

Kasihan Abby Abadi yang mendakwa dirinya dipergunakan/disihir oleh pihak yang tidak berpuas/iri hati atau cemburu dengan kehidupannya. Sehinggakan kerjayanya, rumahtangganya hampir tidak dapat bersinar kembali. Kelihatan sering sakit yang teruk, dari perut sehingga tidak mampu berjalan, sukar untuk tidur dan sakit pinggang yang teruk. Itu yang menjadi masalah Abby beberapa minggu yang lalu.

Kini Abby sudah sihat kembali apabila membuat rawatan traditional melalui pakar perubatan dan juga pelakon, Ashraf Muslim. Abby bersyukur dengan kesembuhan dan kemujaraban rawatan ini. Namun Abby juga perlu berhati-hati semula disebabkan kemungkinan 'serangan' berulang kembali. Abby tidak tahu menahu dan memusuhi sesiapa, dan berharap hanya Allah sahaja yang membalas perbuatan pihak itu nanti, tak dunia, di akhirat menanti.

Adam AF kena gangguan jin

Sabtu, 14 Mei 2011

Hai kasihan sungguh nasib seorang artis ni. Biasalah, kalau ada orang yang mendengkikan sangat-sangat seorang tu, dia akan buat apa sahaja untuk membinasakan orang itu, tapi itu semua usaha sahaja, Allah yang tentukan samaada ya atau tidak. Sebab Allah itu Maha Berkuasa. Jadi tak perlulah minta bantuan makhluk halus untuk menjahanamkan orang, minta kepada Allah agar orang itu dirahmati dan diredhai. Sebab doa yang menjahanamkan tidak termakbul, jadi doalah yang baik-baik. Ya kan.

Ni Adam ni bab-bah kena ganggu Jin ni memang susah nak dipercayai, sebab ramai yang kata ini zaman moden, itu semua dah tak boleh pakai dah, saper kate ha? cuba u tengok belakang u ada siapa. Hehe. tahu takut~. Adam kena ganggu ni dah lama dah, sejak tahun lalu, sebab itu dia kata dia susah nak dirikan solat. Lalu dia pun pergilah ke rumah Ustaz Ashraf Muslim untuk berubat. Selain berubat Adam juga mempelajari ilmu agama dengan Ashraf maknnya Adam dah nak bertaubat, syukurlah kalau macam tu, Islam tu kan Rahmatal Lil Alamain. :)

Adam AF4 mengakui diganggu makhluk halus sehingga membuatkan dia sukar untuk bersolat sejak tahun lalu.

Adam berkata, berikutan itu dia telah mendapatkan rawatan dengan pelakon Ashraf Muslim yang bekerja sebagai pengamal perubatan tradisional di sebuah klinik tersebut di Gombak, Selangor.

“Saya ke klinik tempat Ashraf bekerja kerana mendapatkan rawatan cara Islam untuk membuang makhluk yang berada dalam badan saya.

“Sejak beberapa bulan lalu badan saya lemah, sakit, dan hilang tumpuan terutamanya ketika ingin bersolat,” kata Adam.

Katanya, setelah beberapa bulan mendapatkan rawatan tersebut keadaannya semakin pulih terutamanya ketika melakukan ibadah.
“Saya tahu ini dugaan kecil buat saya yang baru ingin berubah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Selepas berubat Alhamdulillah rasa yang saya alami itu semakin berkurangan dan perjalanan hidup saya menjadi lebih baik,” katanya. -mStar

Azza Elite Baru Buang 'Benda'

Sabtu, 5 Disember 2009

Saya dipaksa untuk berubat dan dimandikan di sungai yang mengalir terus untuk membuang gangguan dari individu yang mahu melumpuhkan kerjaya seni saya. Benda itu ditanam di pangkal pokok berhampiran rumah saya dan Alhamdulillah semua gangguan itu berkurangan setelah saya mengikut saranan ahli keluarga dan kekasih untuk berubat!
Itulah pengakuan penyanyi, pelakon dan pengacara Azzarima atau Azza, 32, mengenai penyakit misteri yang pernah dihidapinya dulu. Akibat daripada gangguan yang diterima, Azza mengakui berat badannya semakin susut dan dirinya menjadi tidak terurus hinggakan kerjaya seninya terjejas.

Bagaimanapun keadaannya semakin beransur pulih dan enggan mengimbas kembali peristiwa itu kerana yakin semua yang berlaku ada hikmahnya tersendiri. Tambahan pula berkat sokongan dari si dia tersayang membuatkan hari-hari Azza menjadi semakin bermakna. Apa yang pasti, wajah Azza kelihatan berseri-seri apabila ditemani buah hati tersayang ketika menghadiri majlis ulang tahun penghibur, Roslan Shah, di Restoran Cherana Selasa lalu.