Pada:
Selasa, 22 Disember 2015


“Biasalah, kita hanya merancang namun segala-galanya ditentukan oleh Allah. Hubungan kami sudah berakhir sejak dua minggu lalu kerana tiada lagi persefahaman.
“Kami pernah berpisah sebelum ini dan cuba untuk menjernihkan keadaan serta memperbaiki kekurangan masing-masing, namun sudah tertulis jodoh kami tidak panjang.
“Semestinya saya inginkan sebuah hubungan yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Begitupun saya reda andai ini takdir kami,
“Saya sendiri tidak mahu orang jelak dengan kisah cinta kami yang tidak berkesudahan. Cukuplah, itu saja yang boleh saya kongsi buat masa ini.
“Lagipun perihal jodoh berada di luar bidang kuasa kita. Namun, kami tetap bersikap profesional dan tidak bermusuh,” kata Fathia kepada BH Online.
Tag : Aiman Hakim , Bekas Kekasih , Fathia Latiff , Gossip Artis , Pelakon , Putus Cinta