Pada:
Khamis, 13 Ogos 2015
Berkongsi mengenai perkara itu, akui Mila, dia kini sedang sibuk menyelesaikan beberapa urusan perkahwinan.
"Insya-ALLAH, saya akan menamatkan zaman bujang tahun ini. Mengenai tarikhnya pula, insya-ALLAH bila kad kahwin sudah siap saya akan beritahu.
"Lagipun persiapan perkahwinan baru 20 peratus siap, setakat ini hanya kursus perkahwinan serta booking ballroom untuk majlis persandingan yang sudah diuruskan.
"Oleh kerana majlis perkahwinan saya nanti akan diuruskan oleh Bizmilla Catering, jadi saya tak risau dan meletakkan 100 peratus kepercayaan kepada Bizmilla Catering untuk menguruskannya,"
"Insya-ALLAH, selepas berkahwin saya akan teruskan hobi saya dan kerjaya saya sebagai anak seni.
"Bakal suami saya tidak pernah menghalang malah, sering memberi galakkan. Cuma mungkin saya akan hadkan dan menyaring dahulu program-program yang ditawarkan, " kata Mila. -HarianMetro
Tag : Akademi Fantasia , Berita Artis , Gambar Artis , Mila , pengurus , Penyanyi , Perkahwinan Artis


