Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Isu cukai, saya dikatakan bodoh? - Nora Danish

Rabu, 9 November 2016

Pengurus Peribadi Datuk Siti Nurhaliza, iaitu Rozi Abdul Razak telah mendapat perhatian daripada pelakon dan ahli perniagaan Nora Danish mengenai isu cukai yang menjadi isu sejak kebelakangan ini melibatkan golongan selebriti tempatan.

Namaun Nora tersentap apabila ada segelintir pihak mengelar dirinya bodoh.

Berita Siti Nurhaliza hamil, ini komen kecewa pengurusnya..

Khamis, 28 April 2016

Pengurus kepada penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak meluahkan rasa kecewanya terhadap satu laman page Facebook iaitu Kaki Share berikutan menyebarkan berita palsu mengatakan penyanyi popular itu sedang hamil.

Sial nye Nad Zainal... lagi banyak pendedahan... PANAS!

Isnin, 24 Ogos 2015

Bekas Pengurus Dedah Kisah Hidup Mengejutkan Nad Zainal

Seorang lelaki yang juga dikatakan bekas pengurus Nad Zainal telah tampil memberi kenyataan yang sangat mengejutkan semalam mengenai Nad.

Lelaki yang diberi nama Alog Zuren dikatakan bengang dan mendakwa Nad sengaja mengada-adakan cerita untuk memburukkan nama beliau melalui media tempatan.

Buat masa ini belum ada pengakuan dari Nad Zainal mengenai hal ini.. Tunggu~

Tip Tup, Mila AF bakal kahwin tahun ini dengan...

Khamis, 13 Ogos 2015

Mila Jirin dikatakan bakal mengakhiri zaman solonya tahun ini bersama pengurusnya sendiri, Isz Mustapha.

Berkongsi mengenai perkara itu, akui Mila, dia kini sedang sibuk menyelesaikan beberapa urusan perkahwinan.

Dafi bergaduh? ini jawapan dia..

Rabu, 22 April 2015

Dengar cerita Dafi dan pegurusnya AFeeq bergaduh. Dan desas desus mengatakan syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment yang dimiliki mereka berdua sejak 5 tahun lalu juga akan dibubarkan tidak lama lagi.

Namun memetik portal Utusan, Dafi menafikan hal itu dan semuanya dalam keadaan baik sahaja.
“Saya dengar juga kononnya kami bergaduh sehingga menyebabkan dia tidak ikut saya lagi. Soalnya di bawah Afeeq juga sudah ada lima artis lain yang perlu dia jaga. Jadi, saya dan dia memang sudah bersetuju untuk mengambil seorang pagi pembantu peribadi. Memang mustahil untuk dia ikut saya setiap masa,”

“Kalau ada yang mengenali saya memang saya seorang yang sangat menitikberatkan hubungan. Jika saya tidak boleh bekerja dengan seseorang maka saya tidak akan paksa diri.

“Hubungan saya dengan Afeeq tidak ada masalah. Mungkin spekulasi ini timbul bila dia tidak lagi ikut saya, tetapi kami ada syarikat yang diusahakan bersama jadi sebenarnya kami berdua agak sibuk,”

“Saya sangat fokus bila bekerja, jadi saya tidak akan campuradukkan kisah peribadi dan kerja.

“Soal ini memang saya dan Afeeq sudah berbincang yang kononnya kami bergaduh, memandangkan tidak benar jadi kami hanya ketawakan sahaja,” -Dafi

Punca Black bakal disaman RM500,000...

Isnin, 29 Disember 2014

Khabarnya penyanyi, Black Hanafiah kini diugut oleh pengurusnya dengan menyaman beliau atas tuduhan memalukan pengurus berkenaan di laman sosial.

Black yang memetik portal mStar semalam, mengakui hal demikian dan tidak takut akan ancaman pengurusnya itu dimana Black mempunyai bukti yang mencukupi jika ianya dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan.

Ini berikutan seorang pengurus yang didakwa tidak berpuas hati untuk sebuah acara dimana Black mahu memulangkan bayaran untuk majlis perkahwinannya dua tahun yang lalu. Black pernah mendakwa yang dia pernah tertipu untuk mengurus majlis perkahwinannya, dimana Black sudah membayar deposit sebanyak RM30,000 kepada pengurus berkenaan.

Malahan pengurus itu mahu menyaman Black sebanyak RM500,000 gara-gara menganggu perniagaan yang dia lakukan sekarang ini.
"Kalau ingin membawakan perkara ini ke mahkamah silakan kerana saya memang menunggu tindakan daripada pihak mereka supaya saya boleh bentangkan apa kesalahan yang telah mereka lakukan.

"Saya ada banyak bukti yang telah dikumpul tentang apa yang mereka lakukan selama ini, malah saya boleh saman malu kepada mereka kerana burukkan nama saya melalui kenyataan media yang mereka buat sebelum ini,"

"Baru-baru ini ada sekumpulan pelajar menghubungi saya kerana tertipu dengan pengurus acara itu yang kononnya ingin menganjurkan sebuah festival, tetapi setelah menerima duit, mereka tidak dapat dihubungi," -Black

Siapa Asyraf Khali buat Ummi Nazeera?

Khamis, 4 Disember 2014

Gosip melanada Ummi Nazeera yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan pengurusnya iaitu Asyraf Khalid atau anak kepada Datuk Khalid Jiwa adalah tidak benar sekali.

Ummi menafikan hal itu dan menganggap dia sebagai pengurus dan adiknya sahaja. -video mStar

Panas, Freddie Fernandez dakwa Diana Johor Pembohong

Jumaat, 3 Oktober 2014

Panas! Dapat berita yang syarikat produksi Unique Twins Sdn Bhd milik adik beradik kembar, Diana dan Lina Johor didakwa oleh Persatuan Karyawan Malaysia berbohong isu menjelaskan hutang di dalam produksi terbabit.

Menurut presiden persatuan itu memetik portal mStar, Datuk Freddie Fernandez turut melaporkan belum ada penjelasan dibuat oleh syarikat produksi mereka berhubung kegagalan membayar pelakon dan kru di bawah naungannya.

Bahkan Diana juga menuduh Karyawan sebagai tidak profesional dan memburukkan nama baiknya.

Dafi Ditangkap Khalwat?

Selasa, 4 Jun 2013


Seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi atas diri Dafi yang ditangkap khalwat, dia bagaimanapun mempunyai penjelasan yang tersendiri tentang insiden yang berlaku pada dirinya baru-baru ini di negeri Johor.

Menurut portal Utusan, Dafi yang pada ketika itu berada di Batu Pahat, Johor untuk menjalani penggambaran telah ditangkap khalwat kerana dituduh tidur di dalam satu bilik hotel yang sama.

Dafi bersama Ayda Jebat dari Instagram Dafi

Kira-kira jam 1.00 pagi, Dafi berada di bilik hotel dan telah diserbu oleh 4 orang lelaki yang mengakui mereka adalah anggota pencegah maksiat. Mereka meminta izin untuk menggeledah biliknya setelah mendapat aduan dari orang awam yang Dafi bersekedudukan dengan seorang wanita.

Dafi telah memberi kerjasama penuh untuk membenarkan mereka memeriksa bilik hotel mereka kerana percaya dirinya tidak bersalah sama sekali. Bagaimanapun empat lelaki berkenaan beredar dari bilik hotel Dafi selepas tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan ada kelibat wanita.

Menyifatkan tuduhan sebegitu sebagai mengarut, Dafi sememangnya mengakui bahawa pembantu peribadinya seorang wanita tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama bukannya berkongsi bilik seperti yang disangka.

Gambar Pernikahan Izzue Islam

Isnin, 3 Jun 2013


Tahniah kepada Izzue Islam yang sudah selamat menjadi suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin pada 2 Jun semalam di Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam. Dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 untuk pihak perempuan. -gambar Rotikaya









Izzue Islam Kahwin Dengan Pengurusanya 2 Jun

Selasa, 7 Mei 2013

Tahniah kepada pelakon kacak Izzue Islam kerana akan bernikah pada awal bulan 2 Jun nanti di dewan yang terletak di Shah Alam dengan pengurusnya sendiri, Awin Nurin. Awin berkata dalam portal Murai semalam yang hubungan mereka adalah kerana atas permintaan keluarga yang melihat kearaban diantara mereka selama 5 tahun berkenalan dan bercinta.
"Sebenarnya kami kenal sejak 5 tahun yang lalu dan dalam jangka masa kami berkawan itu timbul rasa cinta tetapi pada waktu itu, kami hanya menjalinkan hubungan cinta yang biasa saja dan tidak suka menunjuk-nunjuk.

"Kemudian atas permintaan keluarga, kami mengikat tali pertunangan dan membuat keputusan untuk berkahwin dalam masa yang agak singkat. Yelah, sebagai orang tua mereka pasti risau lihat kami yang belum ada ikatan yang sah ini bersama-sama ke mana sahaja Izzue berkerja. Padahal saya juga menjalankan tugas sebagai seorang pengurusnya.

"Selain itu, saya juga merasakan sudah tiba masa dan jodoh kami untuk bersatu selepas beberapa tahun bercinta," -Awin.

Ezad ex Exist bertunang dengan pengurus

Sabtu, 9 Jun 2012

Kenal dan masih ingat lagi dengan kumpulan Exist dengan lalgu dendagan Julia? siapa lagi kalau bukan Ezad Lazim, tapi dia dah bukan ahli kumpulan tu dah. Yang terbaru mengenai penyanyi ini, dia dikhabarkan sudah pon bertunang dengan PA (personal assistant) merangkap pengurus. Majlis pertunangan ini diadakan minggu lepas, dan ini sudah disahkan sendiri oleh Ezad melalui laman sosialnya.

klik untuk besarkan