Pada:
Khamis, 13 Ogos 2015
Farid juga memberitahu keadaan Diana kini sihat dan difahamkan tidak banyak membuat aktiviti luar dan seumpamanya.
“Saya bukan ada niat untuk merahsiakan, saya lebih kepada diam-diam ubi berisi. Dah sampai masanya baru saya umumkan kepada semua termasuk media.
“Anak saya Muhammad antara yang paling gembira sekali apabila dia dapat tahu yang dia akan dapat adik.
“Dia selalu cium-cium perut ibunya sambil menyebut ‘nak kiss baby’. Untuk diri saya pula, syukur Alhamdulilah, keluarga saya semakin membesar dan soal baby lelaki atau perempuan saya serah kepada Allah.
“Saya dan Diana memang mengambil keputusan tidak akan membuat sesi imbasan bayi (scan) untuk mengetahui apakah jantinanya,” -Farid Kamil petikan portal Murai
Tag : Artis Mengandung , Berita Artis , Diana Danielle , Farid Kamil , Hamil , Pelakon , Suami Isteri


