Pada:
Isnin, 10 Ogos 2015
Maya menepis dakwaan mengatakan masalah rumah tangganya berlaku adalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Maya menjelaskan beliau dan suami kini tidak lagi tinggal sebumbung namun masih menjalinkan hubungan baik.
"Tidak semua perkara berpunca daripada orang ketiga. Tidak dinafikan pelbagai cerita sampai ke telinga saya, namun saya memilih untuk tidak terlalu mendengar cerita tanpa bukti kukuh. "Sudah lama saya mengunci mulut dan tidak mengulas lanjut berhubung kontroversi ini. Ya, saya akui saya dan suami sudah lama tidak tinggal sebumbung.Tambah lagi kini status perkahwinannya masih lagi tergantung dan belum mempunyai kata putus.
"Malah, kemelut rumah tangga kami sudah berlarutan sekian lama. Saya akui perlu mengambil tindakan lanjut secepat mungkin bagi mengelakkan fitnah. Tidak kira apa kesudahannya, saya dan suami masih berhubung secara baik," katanya kepada BH Online.
Tag : Berita Artis , Gossip Artis , Maya Matahari , Pelakon , Penyanyi , Perceraian Artis , Rumah Tangga


