Pada:
Selasa, 25 Ogos 2015

Menerusi Bernama kelmarin, Hakim See Mee Chun memerintahkan defendan Linda Onn dan pemilik stesen radio Suria FM membayar kos RM20,000 kepada Datuk Othman Yusof dan MOY Publications Sdn Bhd
Ekoran dengan keputusan mahkamah tersebut, Linda Onn memberi penjelasan situasi sebenar mengenai fitnah tersebut melalui akaun laman sosial Facebook dan Instagramnya.
Ekoran dengan keputusan mahkamah tersebut, Linda Onn memberi penjelasan situasi sebenar mengenai fitnah tersebut melalui akaun laman sosial Facebook dan Instagramnya.
“U Know I Tak Cakap Sesuka Hati”
Saya Cuma Mangsa Keadaan
Pada Jun tahun lepas, plaintif memfailkan saman dengan mendakwa Linda Onn ketika mengendalikan segmen ‘Carta 30 Lagu Top Mingguan’ kira-kira 1.30 tengah hari, 25 Jan tahun lepas, telah menjawab soalan seorang pendengar Suria FM mengenai apakah yang telah berlaku kepada Majalah Ujang yang dimiliki plaintif.
Plaintif mendakwa ketika menjawab soalan pendengar tersebut yang merujuk kepada plaintif, Linda Onn mengutarakan kenyataan yang tidak berasas, tidak benar dan memfitnah plaintif Perkataan-perkataan tersebut telah mengakibatkan kerosakan atau keburukan yang teruk kepada reputasi, imej dan nama baik plaintif serta merendahkan martabat plaintif di mata masyarakat umum.
Tag : Berita Artis , Deejay Radio , Kes Menipu , Linda Onn , Mahkamah , Majalah , Saman , Suria FM