Pada:
Rabu, 6 Mei 2015

Siti sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan anak mangsa semalam, Nur Firuza Amira di kediamannya dekat Batu Caves.
"Selepas saya tahu mengenai perkhabaran nahas tersebut, saya sememangnya mahu berjumpa dengan mereka. Apabila bertentang wajah, seboleh-bolehnya saya enggan mengalirkan air mata di hadapan mereka. Walaupun masih kecil, dua beradik ini telah menempuhi cabaran berat ini yang kita terima sebagai suratan takdir. Namun begitu, kita semua berharap agar dua beradik ini cekal dan boleh mengharungi hari-hari akan datang dengan lebih baik lagi,"
"Perkara tersebut tidak benar (mengambil anak angkat). Kejadian ini baru sahaja berlaku dan kita harus menghormati perasaan keluarga terdekatnya. Amira tetap akan bersama keluarga dan saudara-maranya, dan saya hanya sekadar membantu setakat yang mampu," jelas Siti kepada Astro Awani.
video dan gambar : instagram rozisangdewi
Tag : Anak Yatim , Berita Artis , Kemalangan , Siti Nurhaliza , Video Artis