Pada:
Isnin, 2 Mac 2015

LUMRAH alam… apabila rumah siap pahat masih berbunyi. Itulah yang berlaku pasca Anugerah Meletop Era 2015 (AME2015) yang berlangsung hujung minggu lalu di Stadium Putra Bukit Jalil. Seperti dijangka Neelofa menjadi tumpuan mata pemerhati dunia hiburan yang menunggu penampilannya sebagai pengacara di majlis itu dengan mengenakan kostum ‘power ranger merah jambu‘ yang melekap ketat di susuk tubuhnya.
Bagaimanapun mendapat khidmat pereka Fizi Woo bagi menghasilkan persalinan bagi tahun ini, nampaknya penampilan Neelofa di pentas AME2015 menerima pujian ramai pihak. Mana taknya Fizi Woo menerusi akaun Instagram mengakui, dia menggunakan 50 meter kain jenis Crinoline dan Organza Silk bagi mendapatkan alunan pada pakaian tersebut dan inilah hasilnya. Malangnya, ada individu dipercayai teman Neelofa sendiri telah menghamburkan kata-kata kurang enak di akaun Instagram mengkritik rekaan tersebut.
Dan ini balasan Neelofa yang dikatakan menyengat..
Tag : Era FM , Fesyen Baju , Gambar Artis , Gossip Artis , Instagram , Neelofa , Pelakon