Pada:
Ahad, 25 Januari 2015

"Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.namun Zamani akan dihadapkan semula ke Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini untuk perbicaraan lanjut.
"Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini.
"Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga,"
"Saya sudah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK iaitu pada 2010 dan 2012, namun gagal untuk pulih sepenuhnya. Lagi pula sebagai orang yang dikenali masyarakat menyukarkan saya untuk pergi ke pusat pemulihan itu tanpa diketahui ramai.
"Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tangapan orang ramai. Namun sekarang orang semua sudah tahu lebih memudahkan saya untuk mendapatkan pemulihan," katanya.
Tag : Berita Artis , Jenayah , Kes Polis , Mahkamah , Penyanyi , Zamani