Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Zamani mahu tamatkan zaman bujang.. TAPI..
Khamis, 12 Mei 2016
Difahamkan Zamani sudah bersedia untuk memulakan kehidupan baru dengan mendirikan rumah tangga.
Buat masa ini tambah lagi, Zamani masih belum mempunyai calon yang sesuai. Bukan terlalu memilih, namun mencari yang mampu memahami dengan kariernya sebagai seorang penyanyi.
Sementara itu, Zamani juga sudah tidak mahu menyentuh dengan kisah silam dan sekarang lebih fokus kepada kerjayanya. -Astro Awani

Zamani didapati bersalah, hukuman yang dikenakan adalah...
Khamis, 7 Mei 2015
Akhirnya kes dadah yang melibatkan Zamani dan pembantunya Nur Juliana telah diputuskan mahkamah semalam, dimana dia dijatuhi hukuman dedan sebanyak RM5,500 masing-masing jika gagal bayar akan dipenjara 18 bulan.
Tuduhan mereka dikenakan atas memiliki heroin dan morfin dengan berat bersih 0.6 gram di Jalan Enggang Timor Satu, Taman Keramat pada 12.30 tengah malam, 21 Januari lalu. -mStar
Zamani dibebaskan atas jaminan Polis tapi...
Ahad, 25 Januari 2015
Khabarnya Zamani Slam telah dibebaskan dengan ikat jamin polis.
"Alhamdulillah, saya lega apabila dapat keluar dan dari apa yang berlaku, baru saya tahu masih ramai yang sayangkan saya dan mahu melihat saya pulih.namun Zamani akan dihadapkan semula ke Mahkamah Majistret Ampang pada 27 Januari ini untuk perbicaraan lanjut.
"Insya-Allah saya akan berusaha untuk berubat dan ke pusat pemulihan dadah selepas segalanya selesai. Saya tahu bukan mudah untuk memberi janji kerana susah untuk pulih daripada dadah ini.
"Namun saya akan cuba sedaya upaya dengan bantuan keluarga,"
"Saya sudah dua kali pergi ke pusat pemulihan AADK iaitu pada 2010 dan 2012, namun gagal untuk pulih sepenuhnya. Lagi pula sebagai orang yang dikenali masyarakat menyukarkan saya untuk pergi ke pusat pemulihan itu tanpa diketahui ramai.
"Saya akui malu untuk ke sana dan takut dengan tangapan orang ramai. Namun sekarang orang semua sudah tahu lebih memudahkan saya untuk mendapatkan pemulihan," katanya.
Siti Nurhaliza tahu Zamani jadi macam tu?
Sabtu, 24 Januari 2015
Pencipta dan penggubah lagu Saari Amri baru-baru ini telah mengaitkan nama Datuk Siti Nurhaliza dan Zamani pada komen di Facebooknya (FB). Menerusi komen Saari, dia menulis "Ct Nurhaliza tahu mengapa Zamani jadi macam tu."
Komen tersebut juga telah menimbulkan tanda tanya dikalangan rakan-rakan FBnya kerana cara penulisan Saari itu seolah-olah cuba memberitahu Siti Nurhaliza tahu mengapa Zamani berkeadaan sedemikian sekarang.
Apa tujuan Saari berkata demikian dan mengapa dia mengaitkan penyanyi nombor satu negara itu dengan bekas vokalis kumpulan Slam, tidak pula ketahui. Kemungkinan Saari ada sebab tersendiri ketika mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Sebelum itu, Zamani, bekas vokalis kumpulan Slam yang ditahan bersama seorang wanita dikediamannya pada hari Rabu lalu.
Zamani ditahan reman selama empat hari bermula Rabu dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952. -Astrogempak

Zamani ditahan polis, miliki dadah.. (gambar terkini)
Khamis, 22 Januari 2015
Menurut petikan sebuah akhbar semalam, ada seorang penyanyi yang dikatakan ditahan kerana memiliki dadah. Orangnya tidak dinyatakan siapa, tapi kalau berdasarkan ayat-ayat dibawah ini pastinya ramai yang beranggapan Zamani vokalis kumuplan SLAM adalah orangnya namun itu semua tanggapan dari mata kasar sahaja.
Kebenaran dan siapa dia belum lagi dipastikan sepenuhnya. Mungkin satu dua hari ini bakal terjawab. Dan harap bukan Zamani lah orangnya.
Kebenaran dan siapa dia belum lagi dipastikan sepenuhnya. Mungkin satu dua hari ini bakal terjawab. Dan harap bukan Zamani lah orangnya.
Zamani Masih Bujang Lagi
Selasa, 4 Ogos 2009
Dulu heboh juga orang bercakap pasal penyanyi Zamani Slam sudah bernikah dengan seorang gadis yang berasal dari Kelantan. Selepas ia diperkatakan, Zamani menghilangkan diri beberapa bulan, minggu, hari dan jam. Ia semacam mengesahkan khabar itu sebagai ada kebenarannya. Tapi baru-baru ini, orang yang rapat dengan Zamani mengatakan Zamani masih membujang dan baru jumpa penyanyi itu beberapa minggu lalu. Macam mana timbulnya cerita dia sudah kahwin.

Macam tahu pula kisah Zamani dan pernikahan dibualkan, tiba-tiba telefon bimbit sumber itu menerima satu mesej. Antara lain mesejnya berbunyi macam ini:

"Saya ada juga dengar pihak wanita itu sendiri yang menyampaikan cerita kepada pihak tertentu pasal pernikahannya dengan Zamani. Sejak itulah berita itu mula tersebar. Semasa Zamani hilang tu... dia sebenarnya cuba menghindari gangguan wanita tersebut. Memang ada juga wanita itu ikut Zamani ke beberapa majlis tidak lama dulu, tapi saya tak tahulah sejauh mana hubungan mereka," katanya.
Macam tahu pula kisah Zamani dan pernikahan dibualkan, tiba-tiba telefon bimbit sumber itu menerima satu mesej. Antara lain mesejnya berbunyi macam ini: "You tahu ke Zamani dan gadis bernama J nak kahwin hujung tahun ini."Eh! bila senyap gosip sudah berkahwin, timbul pula gosip bakal kahwin pula. Tak tahulah siapa pula yang sebarkan gosip itu. Agaknya dia mahu isu itu kembali hangat agaknya. -ManggaOnline Watever, Ngeh3.
Zamani Bernikah dengan Awek Klante?
Ahad, 3 Mei 2009
Penyanyi Zamani, bekas anggota kumpulan Slam yang top dengan lagu Tak Mungkin Berpaling tu dah lama menghilangkan diri. Ke mana dia menyorok pun dah tak tahu dah. Baru-baru ni seorang editor terserempak dengan kawan baik dia(zamani) Acong, bekas penyanyi kumpulan Sweet Child tetapi Acong pun bercerita dia jarang sekali berjumpa dengan Zamani.
Tapi baru-baru ini ada sumber memberitahu yang Zamani sebenarnya dah kahwin dalam diam. Dia dikatakan berkahwin dengan seorang gadis yang berasal dari Kelantan berusia 24 tahun.
Malah ada orang kata kerana putus cinta itu dia merana macam orang separuh gila.
Wow... hebat cinta Zamani sehingga membuatkan dia jadi macam tu.
Tapi kalaulah benar berita yang Zamani sudah berkahwin tu, tentu saja peminat Zamani gembira. semua pun turut gembira. Malah kami juga nak ucapkan tahniah. Kalaulah berita ini tak betul, anggap saja ia sekadar khabar angin.
Tapi khabar angin selalunya betul. Bak kata orang dulu-dulu kalau tak ada angin takkan pokok boleh bergoyang? Lainlah kalau ada beruk yang naik angin atas pokok tu!
utusan
Tapi baru-baru ini ada sumber memberitahu yang Zamani sebenarnya dah kahwin dalam diam. Dia dikatakan berkahwin dengan seorang gadis yang berasal dari Kelantan berusia 24 tahun."Memang saya dengar cerita macam tu la dia dah kahwin. Tapi majlis kahwin dia orang dibuat kecil-kecilan saja.
"Zamani saja tak nak gembar gemburkan cerita kahwin dia tu mungkin kerana dia tak mahu peminat dan orang ramai tahu," kata sumber berkenaan.Kalau betullah Zamani dah berumah tangga kira baguslah. Selama ni pun dia banyak makan hati apabila jodohnya dengan seorang artis wanita suatu ketika dulu terputus di tengah jalan.