Pada:
Selasa, 6 Januari 2015
Namun Hanez juga mempunyai pendapat dan pandangannya tersendiri mengenai hal itu.
“Bercakap perihal cakap-cakap negatif yang orang lemparkan, saya sudah tidak mahu ambil peduli. Biarkanlah. Bila saya berbuat baik pun, orang keji dan mendakwa yang saya sengaja mahu tunjuk baik, begitu juga sebaliknya. Saya tidak boleh menutup mulut orang, saya terima sahaja. Jika mereka katakan sama ada yang baik atau yang buruk mengenai saya, apa yang saya boleh lakukan hanyalah bersyukur, Alhamdulillah,
Saya bertunang ini pun adalah untuk melangsungkan benda yang baik, memanjangkan hubungan kami ke peringkat seterusnya, tiada sebarang niat tersembunyi. Saya berharap yang terbaik dan tidak mahu memandang ke belakang. Saya mahu fokus dengan apa yang bakal jadi pada masa akan datang,” -Hanez petikan portal GUA
Tag : Gossip Artis , Hanez Suraya , Pelakon , Pertunangan , Tunang Artis


