Pada:
Isnin, 5 Januari 2015
Dan ini respon Hanez memetik portal mStar, mengenai hari pertunangan mereka itu terjadi Sabtu lalu. Mereka akan merancang untuk berkahwin pada bulan Jun atau Julai 2015 nanti.
"Sebelum kami putus pada Jun tahun lalu, dia seorang yang sangat beremosi. Saya faham kenapa sikapnya begitu memandangkan kes penceraiannya pun belum selesai dan ia sedikit sebanyak memberikan tekanan kepadanya.
"Tetapi selepas dia melamar saya, makin romantik pula jadinya. Alhamdulillah, saya lihat dia pun lebih tenang berbanding sebelum ini,"
"Saya sebenarnya terkejut, selepas majlis pertunangan kami, dia berani memberi kenyataan kepada media secara lantang dan tegas.
"Dia siap cakap, akan melindungi saya daripada segala isu yang akan timbul. Berbanding dengan sebelum ini, dia jarang nak 'buka mulut', -Hanez
Tag : Berita Artis , Duda , Gossip Artis , Hanez Suraya , Pelakon , Pertunangan , Tunang Artis


