Pada:
Jumaat, 5 Disember 2014
Manakala pada 30 November, Ahad lalu, pasangan pengantin tersebut telah mengadakan majlis resepsi sebelah perempuan di Putrajaya dengan bertemakan perkahwinan The Great Gatsby.
Majlis ini telah dihadiri oleh lebih 100 orang artis, rakan media, serta penggiat seni industri hiburan tempatan. Antara artis yang hadir adalah Nora Danish, Remy Ishak, Kamal Adli, Fizo Omar, Fasha Sandha, shahrul shiro, achey, tauke raja lawak, farid kamil, diana danialle, zalif sidek, azwan ali, alif satar, lisdawati, fauzi nawawi serta ramai lagi. Turut hadir adalah pengerusi majlis industri muzik malaysia, rosmin, bersama presiden karyawan, datuk freddie fernandez, IFF datuk shah reza serta jutawan kosmetik, Dato Alif Syukri Terlajak Laris. Penyanyi Indonesia, Vienna Fridiana, penyanyi Brunei, Fakhrul Razi, Black & RJ, Alyah, Indah Ruhaila turut membuat persembahan di majlis resepsi tersebut.
Iqram Dinzly & Sherry Al-Hadad telah mengacarakan majlis resepsi itu dengan jayanya. Kedua-dua majlis ini mendapat sokongan padu dari pelbagai pihak dan di uruskan oleh ZE Wedding Committee. -Penhantar Email
Tag : Gambar Artis , Majlis Resepsi , Penerbit , pengarah , Pernikahan , Program Realiti , Rancangan TV , TV3 , Zuan Azmi























