Pada:
Selasa, 18 November 2014

Dan Memey Suhaiza juga sudah berbaik semula dengan Abby dan menanggap Abby sebagai sebahagian daripada keluarga besar mereka.
Namun soal Abby mahu mnjadi isteri ke-2, atau rujuk atau Memey menjadi madu adalah salah satu yang menjadi persoalan yang bermain di fikiran Memey.
Dan ini komen Memey dan Norman memetik portal GUA..
“Saya enggan terlalu memikirkan perihal ini kerana tidak mahu ia mendatangkan mudarat kepada saya. Semua ini kuasa Allah jadi saya tidak mahu kata yang saya enggan bermadu atau rela dimadukan. Malah saya bersyukur kerana abang (Norman) bersikap terbuka mengenai hubungannya dengan bekas isteri dan kami sering berbincang mengenainya.Dam ini pula komen Norman.
Saya merasakan bahawa lebih baik saya mendengar dari mulut abang dahulu sebelum mendengar perkara yang diperkatakan umum. Ini kerana tidak dinafikan media sosial lebih bebas dan kadang kala perkara tiada apa pun dimanipulasi oleh sesetengah pihak,” -Memey
“Hubungan kami berbeza sebelum dan selepas bercerai yang mana komunikasi lebih lancar kerana masing-masing sudah 'tone down'. Kami berkawan demi perkembangan anak-anak yang semakin membesar. Malah, kita tidak boleh menahan orang dari membuat spekulasi.
Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang begitu memahami seperti Memey yang mana dia yang meminta saya menelefon serta berjumpa Abby untuk berbincang mengenai apa-apa perihal. Dari situ saya dapat melihat seorang isteri begitu memahami dan hanya satu dalam sejuta,” -Norman
Tag : Abby Abadi , Artis Janda , Gossip Artis , Memey , Norman Hakim , Pelakon , Poligami , Suami Isteri