Pada:
Isnin, 22 September 2014

Untuk makluman Amyra baru sahaja putus tunang, dan kes Shahrizal berhubung khalwat masih lagi dalam perbicaraan.
Memetik portal GUA, mereka sebenarnya digandingkan untuk sebuah slot samarinda di TV3, dan kisah percintaan mereka berlaku di sini, bukan di alam realiti.
Namun tidak dinafikan, ada peminat yang menyukai lakonan mereka dan berharap mereka bercinta di luar set lakonan seperti yang diinginkan untuk hero heroin Aku Rindu Kamu 200%.
"Saya tak takut digosipkan dengan Shah kerana saya hanya fokus dengan kerja. Kami hanya berkomunikasi sewaktu di set penggambaran, di luar tiada pun. Tetapi hubungan kami berlangsung dengan baik,"
"Mengenai perkara tersebut (peminat), itu cuma usikan peminat sahaja. Saya menghormati Shah yang sudah ada kekasih. Kadangkala jika kekasihnya datang melawat Shah di lokasi, saya ada berbual-bual dengan kekasihnya. Saya hormat Shah sebagai kawan dalam industri," -Amyra Rosli.
Tag : Amyra Rosli , Drama , Gossip Artis , Kes Khalwat , Pelakon , Putus Tunang , Shahrizal Jaszle , TV3