Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Shah Jaszle dedah punca kenapa dia kurang berlakon..

Selasa, 25 April 2017

Penampilan awalnya ketika mula-mula membabitkan diri dalam industri tempatan dulu memang tidak dinafikan segak dan mempunyai bentuk badan yang ideal.

Namun kini, pelakon Shah Jaszle mengakui masalah berat badan berlebihan yang dihadapinya sekarang memberi kesan buruk terhadap karier lakonannya apabila sering ditegur pihak produksi untuk menguruskan badan.

"Sejak berkahwin berat badan saya pernah mencecah 82 kilogram daripada 65 kilogram dan tawaran berlakon mula berkurangan kerana tiada watak sesuai untuk saya.

"Jika ada pun kebanyakan yang saya terima peranan sampingan atau pembantu dan produksi pun ada tegur tentang berat badan saya,"

"Saya tak percaya dengan produk-produk kurus ni walaupun kesannya dilihat cepat kerana kita tidak tahu apa kesan sampingannya pada masa hadapan. Sebab itu saya lebih rela berdiet dan bersenam meskipun ia susah dan mengambil masa," katanya kepada mStar Online.

Gandingan mantap Jasmin Hamid, Fasha Sandha (30 gambar)

Isnin, 5 September 2016

Drama Lara Aishah ala latin yang diamik dari telenovela Mexico, La Cobasaluran bakal ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD pada jam 6 petang dan ulangan pada jam 12 malam.

Drama 100 episod ini dibintangi oleh Fasha Sandha, Nazim Othman, Jasmin Hamid, Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Afzan A.Rahman, Maria Farida, Eizlan Yusof, Ainul Aishah, Adam Lee, Dian P.Ramlee dan ramai lagi. -gambar Beautifulnara

Comelnya Alana anak Shah Jaszle (5 gambar)

Selasa, 22 Mac 2016

Gambar pernikahan Shahz Jazle (6 gambar)

Selasa, 5 Mei 2015


1 Mei lalu pastinya ramai yang terkejut apabila mendapat tahu yang Shahz Jazle telah selamat bergelar suami kepada Hanis Husna, namun ramai juga tidak menyangka majlis berkenaan diadakan secara tertutup.

Mungkin beberapa foto ini cukup untuk membuktikan mereka sah bergelar suami isteri.

Shah Jaszle, Hanis selamat bergelar suami isteri (gamba)

Ahad, 3 Mei 2015

Akhirnya Shah Jaszle dan pasangannya Hanis Husna telah selamat bergelar suami isteri semalam. Ini dibuktikan lagi dengan gaun pengantin yang dipakai Hanis di laman sosial Instagram milik Jaszle.

Mungkin majlis pernikahan mereka dibuat secara tertutup dan dihadiri oleh saudara mara terdekat kedua-dua belah pihak. Tahniah lah diucapkan.

Amyra Rosli, Shahrizal Jaszle Bercinta!

Isnin, 22 September 2014

gambar Kosmo!
Dengar khabar yang Amyra Rosli dengan Shahrizal Jaszle kini bercinta. Mereka berdua mempunyai persamaan dari segi pengalaman hidup bercinta, bertunang dan putus.

Untuk makluman Amyra baru sahaja putus tunang, dan kes Shahrizal berhubung khalwat masih lagi dalam perbicaraan.

Kekasih Shahrizal jadi bahan lawak? sebab..

Jumaat, 25 April 2014

Shahrizal Jaszle yang kini memiliki kekasih baru bernama Hanis Husna telah menjadi bahan lawak apabila beberapa keping gambar Hanis Husna disalah anggap dan dijadikan bahan bualan apabila kelihatan halkum Hanis Husna yang kelihatan jelas sekali.

Mungkin ramai yang beranggapan negatif mengenai hal ini, tapi biasanya memang jarang kes berlaku untuk perempuan yang mempunyai halkum. Apa-apa pun kita kena berfikiran positif, semoga mereka cepat berkahwin ok.

Kekasih Baru Shah Rizal Jasle

Isnin, 21 April 2014

Isu khalwat belum selesai kini timbul isu Shahrizal Jasle yang terbaru. Dimana dia kini dikatakan sudah memiliki kekasih baru. Melihat daripada komen yang dijelaskan oleh pengikut Instagram miliknya, difahamakn wanita berkenaan adalah kekasih baru Shahrizal Jasle.

Gambar berkenaan juga didakwa sudah didelete (gambar diatas) apabila mendapati Redzwani Puteri memberikan komen. Kemungkinan besar hubungan dengan Redzwani Puteri dikatakan sudah berakhir.

Gambar terakhir Shah akui yang wanita berkenaan adalah kekasihnya. -gambar Forum Cari

Cinta Redzwani kepada Shahrizal tetap teguh!

Jumaat, 11 April 2014

Berita mahkamah yang menyebutkan pegawai JAIS ternampak Shahrizal Jaszle memakai boxer ketika serbuan kes khalwat telah mendapat reaksi kekasih dan bekas tunangnya, Redzwani yang merasakan Shahrizal dalam keadaan terperangkap dan kekasihnya itu mungkin berada di pihak yang benar.

Namun ditidak membangkang dan menghormati apa jua keputusan mahkamah yang kini masih dalam prosiding kes khalwat berkenaan.

Sebagai insan yang sedang bercinta pastinya ini satu cubaan berat yang harus dipikul, cintanya dengan Shahrizal juga masih utuh serta menganggap ini semua adalah lumrah sebagai seorang manusia dimana tidak lari daripada kesilapan.
"Tidak ada apa-apa yang perlu saya cakap. Saya percayakannya dan terserah kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada dia berada di pihak yang benar atau salah.

"Sehingga kini, kami masih lagi berpasangan. Lagipun kami masing-masing sibuk, tidak sempat untuk bercakap mengenai perkara ini

"Sebelum dia (Shahrizal) dibicarakan, dia sudah menjelaskan segala-galanya kepada saya. Dan seperti yang saya katakan tadi, saya terima apa saja keputusan.

"Lagipun perkara ini sudah pun lepas. Apa yang saya boleh cakap, tiada manusia yang dapat lari daripada kesilapan,"-Redzwani petikan mStar

Pegawai JAIS dakwa nampak Shahrizal pakai boxer

Rabu, 9 April 2014

Kes khalwat yang melibatkan pelakon Shahrizal Jaszle dengan kakitangan Bank, Farah Nurizzati Salleh disebut semula semalam, memetik portal mStar, Shahrizal ketika serbuan oleh piahk JAIS, dia dikatakan hanya memakai 'boxer' pada 16 Mei tahun lalu.

Tambahan lagi, ketika serbuan, keatas bilik ke-2 rumah berkenaan, ianya didapati terkunci dan hanya 5 minit selepas itu barulah dibuka setelah diketuk berulang kali.
"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut.

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) sahaja," Mohd Radzi (pegawai JAIS)
Mohd Radzi memberitahu mahkamah yang Shahrizal juga mengakui wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri. Perbicaraan disambung semula pada 10 Jun depan.

Dakwaan Shahrizal sebelum ini ianya sebuah perangkap, ya ker??

Shahrizal mirip Keith Foo?

Isnin, 17 Februari 2014

Telemovie Madu yang berlangsung semalam di TV3 kan, menampilkan Rozita Che Wan dengan Zamarul Hisham telah memberikan satu fenomena baru dalam dunia poligami.

Tapi disini enggan mengulas mengenai filem berkenaan, mungkin ramai dah yang dah tengok kan. Namun perasan ke anda bila melihat kelibat Shahrizal Jaszle ketika telefilem itu ditayangkan?

Serupa fesyen rambut Keith Foo Moi Moi, pelakon yang kini semakin popular menerusi drama bersiri popular Ariana Rose.

Mungkin kebetulan je kot kan. Hehe.. -gambar forum Cari

Rozita Che Wan rela di madukan!

Ahad, 16 Februari 2014

Mana-mana wanita pun tidak akan mahu dimadukan jika tidak terdapat sebab munasabah dan harus di madukan. Rozita Che Wan aka Che Ta juga memiliki pendiriannya yang sebegitu.

Menurut kata Che Ta dalam portal mStar semalam, dia yakin suaminya, Zain Saidin tidak akan memadukan dirinya dengan berkahwin lagi.
“Dalam kehidupan saya sebelum ini pun saya mengelak dan minta simpang dijauhkan untuk merampas suami orang. Tapi kalau ditakdirkan suatu hari nanti ia terjadi, saya terima.

"Nak buat macam mana kalau kita mengelak tetapi suami buat hal juga, reda saja. Tapi saya yakin Zain tak akan jadi sebegitu. Insya-Allah,”
Ha yang kejutannya, Che Ta rela berpoligami/dimadukan hanya untuk drama/filem lakonannya sahaja. Yang terbaru adalah telefilem, Madu (bermula 16 Feb, jam 10 malam TV3).
"Mungkin selama ini kita lihat ada golongan suami yang suka bermadu sama ada secara diam atau memohon kebenaran tetapi drama ini memaparkan kisah yang jarang terjadi apabila si isteri yang merelakan dirinya untuk dimadukan.

“Tapi syaratnya, Anita kena tentukan siapa calon madu yang sesuai untuk suaminya. Tapi yang dirancang tak menjadi seperti yang diharapkan,"
Telefilem yang dibarisi pelakon Zamarul Hisham, Shahrizal Jaszle, Syatilla Melvin, Aishah Ilias dan Ezzaty Abdullah.

Bekas Keluarga Tunang Terima Semula Shahrizal

Khamis, 3 Oktober 2013

Isu khalwat yang menghantui pelakon Shahrizal Jaszle pada bulan Mei lalu sehinggakan pertunangannya dengan Redzwani Puteri terpaksa diputuskan sebulan setelah kes itu disebut di mahkamah syariah dan akhirnya semalam memetik portal mStar yang keluarga Redzwani sudah mahu menerima semula Shahrizal.

Shahrizal rasa bersyukur kerana diberi kepercayaan pada dirinya setelah berjumpa pada Hari Raya yang lalu.

Maria Farida Tidak Terkejut Isu Shahrizal

Khamis, 4 Julai 2013


Bekas kekasih kepada pelakon, Shahrizal Jaszle, Maria Farida tidak terkejut dengan berita khalwat yang menimpa bekas kekasihnya itu.

Pelakon manis ini sudah melupakan Shahrizal sepenuhnya selepas mereka berpisah dahulu dan setelah itu Shahrizal couple dengan Miera Liyana.
"Saya tak terkejut pun perkara itu berlaku,

"Selepas dah tak ada apa-apa, saya tak nak ambil tahu langsung tentang dia.

"Tapi sebab orang bercerita, saya dapat tahu tentang kes tersebut," -Maria Farida, memetik portal MediaHiburan
Haa. Rasa rugi pula melepaskan Maria yang begitu cantik tuU kan, sekarang dah seperti biasa, Maria pun tak tahu single atau sudah berpunya.

Neelofa Halalkan RM5000 Hutang Shahrizal

Rabu, 26 Jun 2013

Apalah nasib si Shahrizal Jaszle ni sudah jatuh ditimpa tangga, isu pertunangannya masih lagi dalam bualan, terbaru dia dikatakan meminjam duit daripada Neelofa berjumlah RM5000. Perkara ini sudah 2 tahun berlalu.

Dan dalam tempoh 2 tahun itu jugalah mereka berdua sudah tidak lagi berhubung. Dan sekaligus isu hutang seperti tidak dibangkitkan. Namun dalam tak disangka, apa punya baik hati lah si Neelofa ni, dia sanggup halalkan hutang berkenaan atas dasar tidak mahu memperbesarkan lagi isu berkenaan. Tapi tidak menolak jika Shahrizal memulangnya semula.

Nasib engkau lah Shahrizal, ada teman sebaik Neelofa...
"Memang dia ada berhutang dengan saya dengan jumlah wang yang sebanyak itu tetapi ianya sudah berlalu sejak tahun lalu. Selepas itu kami tidak bercakap atau berhubung, jauh sekali berjumpa di dalam set penggambaran bersama.

"Senang kata kami lost contact atau tidak berhubung lebih setahun, malah dia juga tidak ada menghubungi saya pun untuk membayar balik hutang itu. Bila perkara ini diketahui umum, saya pun tidak mahu memperbesarkannya lagi dan saya halalkan sahaja hutangnya itu,

"Jika dia tidak mahu membayarnya saya boleh sahaja halalkannya kerana tidak mahulah ianya menjadi kecoh begini. Tetapi jika dia mahu membayarnya, tangan saya terbuka luas untuk menerimanya," Neelofa. -Murai

Shahrizal, Redzwani Putus Tunang! Eh, Belum Lagi!

Jumaat, 21 Jun 2013

Pertunangan antara Shahrizal Jaszle dengan Redzwani Puteri Ismail sudah pun berakhir sejak 10 hari lalu. Bagaimanapun, berita putus tunang itu dirahsiakan oleh Shah sendiri.

Perkara itu disahkan keluarga terdekat pihak perempuan. Wanita misteri ini mendakwa, dia diamanahkan keluarga Redzwani untuk berbuat demikian bagi mengelakkan gadis terbabit diganggu media dan terus menjadi bahan cemuhan masyarakat.

Menurutnya, ikatan pertunangan itu diputuskan sendiri ibu bapa Redzwani, yang berkunjung ke rumah keluarga Shah pada 10 Jun lalu.

Ketika perbincangan berkenaan, hanya ibu bapa kedua-dua belah pihak yang hadir, sementara Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle tiada di rumah manakala Redzwani pula tidak ikut serta.

Ibu bapa Redzwani difahamkan turut memulangkan dua bentuk cincin, iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember tahun lalu.
“Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shah.

“Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir minggu lalu. Hubungan itu diputuskan setelah keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas dia ditangkap khalwat bersama seorang wanita pada 16 Mei lalu" -sumber wanita terbabit. Bharian.
________________

dop2. ini kenyataan dari ibu Shahrizal, Zaleha menjelaskan status pertunangan Shahz dan Redzwani adalah bergantung kepada keputusan khalwat yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah pada November depan.
"Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.

"Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak lelaki belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan," kata Zaleha. -mStar
PS: lain kali kahwin/nikah terus, tak payah dok nak bertunang-tunang, Nabi pun takde main tunang-tunang, @_@

Video Komen Khalwat Shahrizal di Melodi

Rabu, 5 Jun 2013

Berita penangkapan khalwat oleh pihak JAIS kepada pelakon Shahrizal Jaszle pada 18hb Mei yang lalu telah memberikan satu impak yang besar dalam dunia selebriti tempatan, memandangkan Shahrizal mempunyai seorang tunang, Redzwani Puteri.

Kini usia pertunangan mereka dah nak masuk 6 bulan sejak 8hb Disember yang lalu. Tapi itu bukan persoalan pokok, tapi mengenai soal khalwat yang didakwa Shahrizal sebagai perangkap. Melodi Ahad lalu ada menemui Shahrizal bagi memberikan komen secara live kepada peminat hiburan tempatan.

Turut hadir tunangnya, Redzwani Puteri. Gaya rambut Shahrizal juga bukan main kelas. Cepat-cepat tengok, nanti kena delete pula. Hehe.




Khalwat: Shahrizal Buka Mulut, Akui Diri Terperangkap!

Selasa, 28 Mei 2013

Semalam, setelah seminggu berlalu yakni pada 16 Mei yang lalu apabila Jais mengeluarkan kenyataan kes khalwat di Apartment Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi yang melibatkan pelakon, Shahrizal Jaszle, akhirnya dia tampil membuat kenyataan media. Shahrizal mengakui dirinya diperangkap dan mengakui dirinya tidak bersalah. Tambah Shahrizal lagi, bila dia diikat jamin, dia terus menceritakan segala-galanya kepada keluarga.
"Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah.

"Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November (2013) depan nanti,

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan.

"Selepas menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti sebuah perangkap," -Shahrizal. mStar

Shahrizal Jaszle Ditangkap Khalwat oleh JAIS

Sabtu, 18 Mei 2013

Orang malam jumaat pergi buat ibadah di masjid atau rumah, ini pergi buat maksiat, nah kan dah kantoi. JAIS atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan Shahrizal Jaszle ditangkap basah pada awal pagi Jumaat. Jaszle ditangkap bersama pasangannya pada jam 3.30 pagi di Apartment Taman Sri Subang, Selangor.

Menurut pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin, serbuan dilakukan di apartment tersebut setelah mendapat aduan daripada orang awam. Shahrizal ditahan berdasarkan Syeksen 29 (1) A dan B, Enakmen Jenayah Negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya.

Jika disabitkan bersalah, Shahrizal boleh didenda sehingga RM3000 atau dipenjarakan tidak melebhi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut sumber, apartment itu dimiliki oleh rakan pelakon ini dan ketika serbuan dilakukan terdapat satu lagi pasangan. Namun setelah pemeriksaan dilakukan, pasangan terbabit telah berkahwin. Shahrizal bersama pasangannya yang berusia 21 tahun ditahan di sebuah bilik berasingan. Jaszle dan tunangnya, Redzwani Puteri yang cuba dihubungi, gagal memberikan maklumbalas. -sumber GUA

Shahrizal Jaszle, Puteri dah Bertunang!

Rabu, 12 Disember 2012

Pada tarikh 8 Disember yang lalu, pelakon Shahrizal Jazsle telah selamat ditunangkan dengan kekasihnya, Redzwani Puteri.

Majlis pertunangan itu berlangsung di kediaman keluarga perempuan di Banting, Selangor. Butiran mengenai majlis berkenaan tidak dapat diketahui, namun sekeping gambar dibawah cukup menceritakan mereka berdua memang sepadan dan sama  -gambar facebook.com/thephotolicious