Kami hanya kawan biasa - Aliff Aziz

Pada: Jumaat, 28 Februari 2014
Gambar yang didakwa kekasih Aliff Aziz beberapa hari lalu telah menimbulkan rasa kurang senang terhadap empunya badan.

Aliff mengakui gambar tersebut dirinya namun menafikan wanita berkenaan adalah kekasih aka girlfriend kepada dirinya.

“Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama sebelum ini”

“Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan keluarga”

“Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya,” -Aliff Aziz. Murai

Tag : , , , ,