Isu dingin Anzalna dengan Izzue Islam

Pada: Selasa, 25 Mac 2014
Dengarnya, Anzalna Nasir kini dingin dengan Izzue Islam ketika dalam set pengambaran drama Aku Isterinya. Namun Anzalna menganggap isu itu sangat remeh dan bersifat kebudak-budakkan seperti yang dilaporkan oleh mStar.

Kejadian itu berlaku apabila ada satu laporan menyebut dimana Izzue Islam dikatakan kurang selesa dengan Anzalna yang dianggapnya berlebih-lebihan terhadap watak yang dipegangnya sehinggakan isteri kepada Izzue merasa cemburu.


"Apa yang diperkatakan atau dilaporkan sebelum ini benar tetapi ingin saya tegaskan ia bukan berpunca daripada saya.

"Saya juga pelik dengan apa yang berlaku kerana tidak pernah menggangu sesiapa atau mahu menimbulkan kemarahan pihak dan hanya menjalankan tugas sebagai pelakon,"

"Tiada sebab untuk saya berbuat demikian (bersemuka) dan melayan perkara yang kebudak-budakkan tambahan pula ia isu kecil dan telah pun selesai," -Anzalna

Tag : , , , , ,