Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Izzue Islam dedah punca tak dapat zuriat lepas 4 tahun berkahwin

Khamis, 6 Julai 2017


Izzue Islam dan isterinya Awin jika mengikut info sudah 4 tahun berkahwin namum masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sebaliknya Izzue Islam dan isteri tidak merasa apa-apa perasaan dari sudut tertekan dengan persoalan dari orang ramai tentang zuriat mereka.

Malah Izzue memaklumkan kesibukannya bekerja sehingga tidak bercuti menjadi salah satu sebab mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Saya akui sejak saya berkahwin, saya belum ada masa untuk berehat daripada kerja apatah lagi untuk bercuti. Jadual kerja saya memang penuh dan saya hanya dapat bercuti jika ada produksi yang menunda atau membatalkan temu janji penggambaran atau sebagainya.

Ramai yang menasihati saya supaya mengambil masa untuk bercuti dan berehat bersama isteri kerana ia salah satu cara memudahkan kami untuk menimang cahaya mata.

Bukan tak mahu bercuti, cuma saya dan isteri memang suka bekerja dan tidak sampai hati untuk menolak tawaran kerja yang diterima kerana pada saya, selagi orang mahukan kita, selagi itulah saya tak mahu tolak rezeki.

Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni. Insya-Allah, suatu hari nanti.

Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami.

Izzue Islam keluar kumpulan Forteen, buat lagu single?

Rabu, 28 Disember 2016

Izzue Islam menafikan sudah keluar dari kumpulannya Forteen selepas muncul single solo ciptaan sendiri berjudul 'Bimbang'.

Izzue berkata, dia mengambil peluang untuk mencuba nasib dan mengembangkan bakat seninya dalam bidang penghasilan lagu.

"Saya ingin cuba sesuatu yang baru dan bakat dalam bidang penciptaan lagu, alang-alang menulis saya menyanyikan sendiri lagu berkenaan.

"Tapi ia tidak bermakna saya sudah keluar dari Forteen atau kumpulan itu sudah berpisah, tetapi ia adalah projek istimewa saya sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Izzue yang menggunakan nama komposernya IIAN mengakui menerima nasihat dan tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman.

Isteri Izzue Islam dah hamil ke? (3 gambar hamil?)

Khamis, 5 Mei 2016



Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin telah menghadiri majlis Top 10 Celebrities Award for Face of Malaysia 2016 dan Anugerah Meletop Era 2016 beberapa minggu yang lalu. Dalam gambar-gambar yang memetik Instagram itu, terlihat Awin Nurin seperti berbadan dua, ada penampakan baby bump.

Ada juga komen yang turut mengatakan demikian dan bertanyakan adakah beliau sedang hamil? Namun tiada jawapan. Kalau betul, tahniah diucapkan.

Izzue Islam buat kejutan di hari jadinya (2 gambar)

Khamis, 4 Jun 2015

Izzue Islam Jadi Bugs Bunny Demi Isteri Tercinta
Izzue Islam sanggup menyarungkan kostum watak kartun popular Bugs Bunny ketika majlis sambutan hari jadi ke-25-nya pada malam Selasa.

Memetik Portal Murai, Izzue akui rela memakai kostum arnab tersebut kerana ingin membuat kejutan kepada isteri yang juga pengurusnya, Awin Nurin.

Izzue Islam miliki dua buah rumah!

Rabu, 3 Disember 2014

Wah bukan main hebat lagi melihat Izzue Islam yang dikhabarkan sudah mempunyai dua buah rumah di dalam usianya kini 24 tahun yang juga suami kepada Awin.

Rumah pertama mereka iaitu di Klang dan kedua di Perak yang masih di dalam pembinaan.

Menurut majalah Mangga, Izzue mengakui ianya adalah hasil usahanya selama bergelar anak seni sehingga tahun ini.
"Ini adalah hadiah untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, sepanjang tahun ini, banyak juga job yang saya terima dan hasil daripada kerja keras saya ini, saya gunakan untuk membeli kedua-dua rumah ini. Saya kenalah mengumpul harta dari sekarang untuk kemudahan keluarga suatu hari nanti” -Izzue

Peminat beri RM400 kepada Keith Foo untuk..

Jumaat, 28 November 2014

Baru-baru ini ada satu program bersama selebriti popular dengan peminat dijalankan. Program amal 1MKL Saturday Charity Car Wash anjuran Menara Kuala Lumpur dan majalah URTV dengan kerjasama Wira Aeroback Performance CLub (WAPC) telah mengadakan sesi cuci kereta RM15 di perkarangan Menara Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Hasil rogram ini dijalankan adalah untuk disumbangakn kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia.

Bukan orang biasa yang pergi cuci kereta anda, tapi artis popular tempatan. Artis yang hadir adalah Keith Foo Izzue Islam, Miera Lyana, Aweera, Izreen Azminda, sherry Ibrahim, Nur Risteena, Zoey Rahman, Julia Ziegler dan pasangan duo ZiaBella.

Yang paling seronok sekali ada Keith Foo, dimana ada peminatnya yang sanggup bayar RM400 kepadanya.. -gambar Utusan

Isu dingin Anzalna dengan Izzue Islam

Selasa, 25 Mac 2014

Dengarnya, Anzalna Nasir kini dingin dengan Izzue Islam ketika dalam set pengambaran drama Aku Isterinya. Namun Anzalna menganggap isu itu sangat remeh dan bersifat kebudak-budakkan seperti yang dilaporkan oleh mStar.

Kejadian itu berlaku apabila ada satu laporan menyebut dimana Izzue Islam dikatakan kurang selesa dengan Anzalna yang dianggapnya berlebih-lebihan terhadap watak yang dipegangnya sehinggakan isteri kepada Izzue merasa cemburu.

Gambar Bulan Madu Izzue Islam, Isteri

Sabtu, 20 Julai 2013

Baru-baru ni pelakon, Izzue Islam dan isterinya Awin Nuri, telah berbulan madu di negara jiran, iaitu Bangkok, Thailand. Beberapa keping gambar dia dan isterinya dengan image berkualiti photograpi telah dimuatnaik di dalam laman Instagram miliknya. Mereka bernikah pada awal bulan Jun yang lalu. -Instagram IzzueIslam

Gambar Persandingan Izzue Islam

Selasa, 4 Jun 2013

Pada 2 Jun yang lalu Izzue Islam dan pengurusnya, Awin Nurin pada dinikahkan pagi hari, maka di hari yang sama pula yakni pada tengaharinya, mereka berdua tidak membuang masa dengan melangsungkan majlis bersanding.

Turut hadir pasangan selebriti adalah Lisa Surihani dan suami, Yusry. -Gambar GUA | Murai










cakk!! aku pun datang juga.. hehe..



Gambar Pernikahan Izzue Islam

Isnin, 3 Jun 2013


Tahniah kepada Izzue Islam yang sudah selamat menjadi suami kepada pengurusnya sendiri iaitu Nurinafilah Waharudin pada 2 Jun semalam di Masjid Negeri Selangor, Khairuddin Haiyon kira-kira pukul 9.45 pagi di Dewan Shah Alam. Dengan mas kahwin berjumlah 11 dinar dan wang hantaran berjumlah RM11,111.11 untuk pihak perempuan. -gambar Rotikaya









Izzue Islam Kahwin Dengan Pengurusanya 2 Jun

Selasa, 7 Mei 2013

Tahniah kepada pelakon kacak Izzue Islam kerana akan bernikah pada awal bulan 2 Jun nanti di dewan yang terletak di Shah Alam dengan pengurusnya sendiri, Awin Nurin. Awin berkata dalam portal Murai semalam yang hubungan mereka adalah kerana atas permintaan keluarga yang melihat kearaban diantara mereka selama 5 tahun berkenalan dan bercinta.
"Sebenarnya kami kenal sejak 5 tahun yang lalu dan dalam jangka masa kami berkawan itu timbul rasa cinta tetapi pada waktu itu, kami hanya menjalinkan hubungan cinta yang biasa saja dan tidak suka menunjuk-nunjuk.

"Kemudian atas permintaan keluarga, kami mengikat tali pertunangan dan membuat keputusan untuk berkahwin dalam masa yang agak singkat. Yelah, sebagai orang tua mereka pasti risau lihat kami yang belum ada ikatan yang sah ini bersama-sama ke mana sahaja Izzue berkerja. Padahal saya juga menjalankan tugas sebagai seorang pengurusnya.

"Selain itu, saya juga merasakan sudah tiba masa dan jodoh kami untuk bersatu selepas beberapa tahun bercinta," -Awin.

Hantu Kapcai Kutip RM2 Juta Untuk 5 Hari

Isnin, 1 Oktober 2012

Wah dalam tidak disangka filem seram berbentuk komedi, Hantu Kapcai mendapat kutipan yang tidak disangka-sangka hanya belum ada seminggu penayangannya di pawagam di negara ini.

Filem Hantu Kapcai dikatakan mengutip RM2 juta bermula dari Khamis minggu lalu (5 hari) yang dipetik melalui portal mStar semalam. Ianya satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi semua pihak produksi filem berkenaan terutama KRU Studios.

Filem ini dibintangi oleh Remy Ishak, Zizan Raja Lawak, Fizz Fairuz dab Izzue Islam. Memang mendapat sambutan lebih-lebih lagi kaki-kaki motor yang sudah lama-lama menantikan filem berbentuk perlumbaan.

Nak tahu apa yang menarik di filem ini? nanti malam kita usha pergi pawagam berdekatan ok.