3 Gambar Hazlin Hussain bertudung

Pada: Rabu, 5 Mac 2014
Semalam adalah penampilan pertama Hazlin Hussain di dalam rancangan 999 Tv3 dimana dia bertudung/berhijab pada dirinya.

Namun akuinya, dia telah bertudung sudah seminggu selepas kawan karibnya meninggal dunia. Baginya lagi, bila bertudung, rasa diri sangat selesa dan selamat dari gangguan orang lain.

Namun gambar-gambar lama Hazlin yang masih ada di carian Google itu (sebelum bertudung) mempunyai tanggapan melalui Hazlin sendiri.


“Mengulas mengenai gambar-gambar lama, bagi saya itu adalah perkara yang sudah lepas. Apa yang penting, kita perlu lihat apa yang terjadi sekarang dan di masa depan. Lagipun, saya kurang aktif di laman sosial. Mengenai baju, saya rasakan ada baju saya yang masih boleh diguna dan disuai padankan mengikut fesyen semasa tanpa perlu melanggar batasan sebagai wanita bertudung. Jika ada yang langsung tidak kena, saya akan fikirkan kemudian. Mungkin saya akan memberikannya kepada yang memerlukan." -Hazlin, portal GUA

Tag : , , , , , ,