Pada:
Khamis, 13 Februari 2014

Kebiasaannya memakai tudung/hijab ketika umrah, telah memotivasikan Rabecca untuk nekad memakainya setelah berada di tanah air.
"Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab.
"Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah,"
"Sedikit pun saya tidak mempunyai niat mahu menunjuk-nunjuk. Perasaan saya teruja apabila dapat mengaji di Mekah di mana selama ini rutin itu hanya dilakukan di rumah.
"Rasa teruja itu sama seperti kita bercuti di negara orang, itu sahaja. Bagaimanapun saya langsung tidak kisah dengan kritikan itu kerana sudah lali dengan cemuhan orang," -Rabecca .mStar
Tag : Gambar Artis , Hijab , Pelakon , Rabecca Nur Al-Islam , Tanah Suci , Tudung , Umrah