Faralyna Sudah Ada Kekasih Baru iaitu..

Pada: Jumaat, 3 Januari 2014
Dengarnya pelakon, Faralyna sudah memiliki cinta barunya dengan memiliki kekasih barunya. Dalam diam hubungan cinta mereka sudah berputik 7 bulan yang lalu.

Menurut portal mStar, Faralyna yang kini berusia 24 tahun tidak mahu memberitahu siapa jejaka berkenaan dan dia bukanlah dari golongan mereka yang terkenal.
"Apa yang saya boleh katakan, kekasih saya itu bukanlah daripada kalangan golongan yang terlibat dengan industri hiburan tempatan.

"Hubungan kami baru tujuh bulan dan rasanya masih lagi terlalu awal untuk dikongsikan kepada umum," katanya.

"Rasanya, nak kata serik bercinta dengan artis, tak juga. Cuma saya mengharapkan agar tidak jatuh cinta dengan lelaki yang bergelar selebriti.

"Ini dapat memudahkan saya memberi tumpuan dalam kerja lakonan, manakala pasangan saya pula fokus dengan kerjayanya sendiri," -Faralyna

Tag : , , , ,