Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar terkini anak Faralyna, Fira Anggun (9 gambar)

Khamis, 9 Februari 2017

Anak comel Faralyna Idris (14 gambar)

Isnin, 29 Ogos 2016


Anak pelakon, Faralyna bernama Fira Anggun yang kini berusia lima bulan.

Faralyana Idris selamat bersalin (gambar anak)

Isnin, 9 November 2015

Pelakon Faralyana Idris selamat melahirkan anak sulung pada 29 Oktober 2015 yang lalu.

Faralyna Idris kini bertudung dan hamil (5 gambar)

Khamis, 21 Mei 2015

Alhamdulillah kini pelakon Faralyna Idris sudah bertudung/berhijab. Penghijrahaan Fara ini ditambah lagi dengan berita gembira dimana dia juga berbadan dua anak sulong hasil perkahwinannya dengan Fikri.

Usia kandungannya itu dikhabarkan mencecah belasan minggu atau 3-4 bulan.

Faralyna Idris Selamat bernikah (5 gambar)

Isnin, 15 Disember 2014

Pernikahan pelakon, Faralyna Idris ini dikatakan sanga mewah, mana tidak mewah buat majlis pernikahan atas kapal mewah, Cruise menurut sumber. Tapi memang unik dan cantik suasana malam yang diadakan.

Semoga berbahagia dengan suami tercinta. -gambar Forum Cari

Faralyna Sudah Ada Kekasih Baru iaitu..

Jumaat, 3 Januari 2014

Dengarnya pelakon, Faralyna sudah memiliki cinta barunya dengan memiliki kekasih barunya. Dalam diam hubungan cinta mereka sudah berputik 7 bulan yang lalu.

Menurut portal mStar, Faralyna yang kini berusia 24 tahun tidak mahu memberitahu siapa jejaka berkenaan dan dia bukanlah dari golongan mereka yang terkenal.
"Apa yang saya boleh katakan, kekasih saya itu bukanlah daripada kalangan golongan yang terlibat dengan industri hiburan tempatan.

"Hubungan kami baru tujuh bulan dan rasanya masih lagi terlalu awal untuk dikongsikan kepada umum," katanya.

"Rasanya, nak kata serik bercinta dengan artis, tak juga. Cuma saya mengharapkan agar tidak jatuh cinta dengan lelaki yang bergelar selebriti.

"Ini dapat memudahkan saya memberi tumpuan dalam kerja lakonan, manakala pasangan saya pula fokus dengan kerjayanya sendiri," -Faralyna

Faralyna Dan Teman Lelaki

Rabu, 23 September 2009

Semalam Laundry ada baca paper Metro tentang artikel ‘Hairul Azreen Tak Hirau Sekeliling’ dari CAK. Gadis yang dimaksudkan dalam artikel itu ialah Faralyna Idris. Dinyatakan yang CAK nampak hairul bersama gadis yang berlakon dengan die disamping Dian P Ramlee. Cerita Siti TV la tu. Faralyna ni sebenarnya dah ada boyfriend. Bakal pilot lagi tu, dah 2 tahun bercinta, sejak sebelum Faralyna ni jadi artis lagi. Pernah juga Faralyna bawa boyfriend dia ni pergi location.

Tup tup dengan hairul pulak. Haih,macam-macam la. Sebelum ini pernah keluar artikel Faralyna dengan Ezham. Tapi hakikatnya, Faralyna dah ada boyfren. Sekarang ni Faralyna dah renggang dengan boyfriend die pun gara-gara Hairul. Mungkin betul die dan hairul bercinta. Kalau lebih-lebih tu Laundry tak tau la.

Ye la,kenyataan CAK dorang siap bahasakan diri ‘AYANG’ dan mesra alam gitu! Biasa la, Faralyna ni dah meningkat naik,market tinggi. Boyfriend yang dah lama letak tepi la. Kesian boyfriend dia tu. Laundry tgk boyfriend die ni boleh tahan gak la. Bakal pilot lagi. (Aik, Laundy macam kenen si boyfriend Faralyna je ni – M)

Tak apa la Faralyna, kalau kau taknak boyfriend kau tu, ramai lagi yang nak. Laundry bukan apa, Faralyna ni cantik, perangai biar lah cantik. Awak bermesra kat public, orang nampak. Hope Faralyna alert dengan perkara-perkara ini. Ini ada gambar faralyna dgn boyfriend pilot die tu. Khas dari Facebook! -Peminat