Pada:
Khamis, 5 Disember 2013
Memang hebat, nanyian lagu Bintang Syurga oleh Maya Karin telah menjadi tetamu jemputan di stesen radio, Radio Television Suisse baru-baru ini menurut portal Utusan.
"Program yang disiarkan di Radio Television Suisse itu dikendalikan oleh penyanyi terkenal di sana, Bastian Barker. Selain ditemu bual, Maya juga berpadu suara dengan Barker untuk beberapa lagu termasuk Bintang Syurga.
"Selain itu, Maya turut mengadakan mini persembahan di Radio Television Suisse yang disaksikan oleh kira-kira 200 penonton," jelas Anne (Pegawai Promosi dan Pemasaran Warner Music Malaysia).
Tag : Gambar Artis , Maya Karin , Pelakon , Penyanyi , Radio , Switzerland , Twitter




