Pernikahan Syanie Pada Tarikh 1....

Pada: Jumaat, 15 November 2013
Dikhabarkan memetik sumber SinarHarian yang Syanie akan menjadi isteri yang sah kepada tunangnya, Nadi Putera pada tanggal 1 Mac 2014 nanti. Dan ini sekaligus membuatkan tali pertunangan mereka selama 6 bulan selepas hari Raya Aidilfitri yang lalu di akhiri dengan ikatan yang sah.

"Selepas mengikat tali pertunangan pada sambutan Syawal yang ketiga, kami bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014.

“Tiada sebab tertentu mengapa saya memilih tarikh tersebut dan semasa bertunang pun, kami meletakkan maksimum enam bulan tempoh bertunang. Saya rasa tarikh itu adalah sangat sesuai," -Syanie

Tag : , , , , , ,