Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Syanie dedah punca perceraiannya..

Rabu, 4 Mei 2016

Syanie sudah bercerai dengan suaminya, Nadi Putera pada 23 Februari lalu kini memberitahu sebab mengapa dia berpisah dengan suaminya itu.
“Tahap kesabaran ada batasnya. Punca sebenar perceraian biarlah kami sahaja yang tahu. Cukuplah sekadar saya beritahu kami berpisah kerana sikap dia yang tidak menghargai saya sebagai isteri. Tidak perlu diungkit lagi apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh dia (bekas suami) kepada saya”

“Apabila sampai satu masa saya sudah tidak dapat menahan sabar lagi, maka inilah sahaja keputusan dan jalan terbaik untuk kami,”
Katanya, dia mengambil pendekatan sedemikian kerana mahu menghormati bekas ibu mertua yang meminta agar kisah perkahwinannya tidak dihebohkan walaupun selama ini ramai pihak menuding jari menyalahkan dirinya.
“Sebab itulah saya mengambil keputusan berdiam diri, namun lain pula ceritanya apabila bekas suami bertindak membuka akaun Facebook baru dengan status ‘single’, yang menyebabkan ramai pihak mula mencanang kisah rumahtangga kami”

“Saya tak kisah pun, tapi kalau dia sendiri tak tahu nak jaga maruah diri, buat apa saya berdiam lagi, sebab itulah sekarang ini saya bersuara dan memberi penjelasan,” ujarnya memetik SiharHarian

Syanie akhirnya bercerai...

Rabu, 6 April 2016

Syanie mengaku beliau tidak berdepan sebarang tekanan malah kehidupannya juga tenang saat dikatakan sudah bercerai taklik dengan suami, Nadi Putera Mohd Zainal, 29. Enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin terbabit, Syanie ketika bercakap BH Online bagaimanapun berkata beliau akan berkongsi juga cerita sebenar apabila tiba masanya nanti.

"Tunggulah masa yang sesuai, nanti saya kongsi. Tetapi kehidupan saya memang okey ketika ini. Saya memang tidak tertekan pun dengan perkara yang tak sepatutnya.

"Kalau ada tekanan sekali pun, ia hanyalah mengenai kerja dan keluarga. Selain itu memang tiada apa-apa. Saya pada masa sama beruntung kerana ada keluarga seperti ibu dan adik yang sentiasa berada di sisi. Tak ketinggalan teman rapat dan pengurus saya," katanya.

Syanie berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin rumah tangganya bersama Nadi Putera sudah berakhir, awal tahun ini. Bekas peserta MasterChef Selebriti musim kedua itu berkahwin dengan lelaki terbabit pada 1 Mac 2014 di Langkawi selepas 12 tahun hidup menjanda.

26 Gambar Resepsi Syanie, Putera

Sabtu, 8 Mac 2014

Gambar ini adalah majlis resepsi bagi pelawak dan pelakon, Syanie dengan suaminya, Nadi Putera yang berlangsung di sekitar Pulau Langkawi dengan bertemakan 'beach wedding'.

Banyak acara di adakan, memotong kek dan juga sesi fotographi. Sangat romantik pasangan ini waktu itu.-gambar Eye Lens Photographick

10 Gambar sekitar perkahwinan Syanie, Nadi Putera

Isnin, 3 Mac 2014


Syanie Hisham, 39, sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, di sini, hari sabtu lalu.

Pernikahan kali kedua bagi Syanie disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail.

Pernikahan Syanie Pada Tarikh 1....

Jumaat, 15 November 2013

Dikhabarkan memetik sumber SinarHarian yang Syanie akan menjadi isteri yang sah kepada tunangnya, Nadi Putera pada tanggal 1 Mac 2014 nanti. Dan ini sekaligus membuatkan tali pertunangan mereka selama 6 bulan selepas hari Raya Aidilfitri yang lalu di akhiri dengan ikatan yang sah.

Tahniah! Syanie Hisham Sudah Bertunang

Rabu, 28 Ogos 2013

Tahniah kepada pelakon, Syanie Hisham kerana selamat bertunang dengan pasanganya seorang duda anak dua, Nadi Putera pada 10 Ogos yang lalu.

Berita ini dibongkar oleh Kosmo! semalam. Syanie juga tidak menunggu lama dalam membuat keputusan menerima lamaran pertunangan Nadi.

Gambar Syanie dah kurus sedikit

Isnin, 30 November 2009

Masalah berat badan yang dialami oleh pelakon, Syanie bukan sesuatu yang baru. Perkara nie dah lama dah. Namun begitulah rezeki Syanie, banyak filem dan drama yang telah dilakonkannya tanpa mengira bentuk fizikal dia berkenaan. Baru-baru ini badan Syanie sepertinya ada sedikit penurunan kepada level medium. Katanya dia membuat pembedahan di bahagian perut bagi menghilangkan serba sedikit lemak yang ada padanya, dan pembedahan itu telah pun selamat. Lihatlah Syanie sekarang ni..
Dulu..
Sikalang..