Pada:
Selasa, 12 November 2013
Namun Sharnaaz sepertinya enggan kembali kepada Shila, tetapi mendoakan hubungan Shila dengan Johan Ashari.
"Walaupun pada mulanya sukar untuk lupakan dia (Shila), tapi saya tetap teruskan kehidupan seperti biasa, Jujur saya akui, cinta dan kerjaya tidak boleh seiring dalam hidup saya.Lagi satu, Sharnaaz dikatakan 'jatuh cinta' dengan pelakon jelita, Siti Saleha. Mereka digandingkan bersama untuk cakerama RUby di Slot Samarinda tahun yang lalu.
"Selepas berpisah dengan Shila, tawaran kerja datang tanpa putus. Alhamdulillah... mungkin ada hikmah di sebalik kejadian,"
"Jujur saya akui telah 'jatuh cinta' dengan Saleha! Tapi jangan salah sangka pula. Saya sangat suka berlakon dengannya kerana Saleha wanita bijak dan tegas.
"Watak bercinta hanya ketika di set penggambaran sahaja untuk menghayati watak dengan baik,
"Saya suka ambil inisiatif rapat dengan heroin gandingan atas dasar kerja. Keserasian sangat penting untuk menghasilkan cerita yang bagus.
"Itu cara saya bekerja dan harap tiada orang pertikaikan cara saya!," -tambah Sharnaaz. SinarHarian
Tag : Cinta , Gossip Artis , Kacukan , Pelakon , Sharnaaz , Shila Amzah , Siti Saleha , TV3


