Rumah Maya Karin RM2 Juta?

Pada: Isnin, 9 September 2013
Nilai hartanah di London tidak sama harganya dengan nilai di Malaysia. Yela matawang jauh berbeza, nilai Pound lebih besar daripada Ringgit jadi walaupun harga poundnya rendah tapi bila diconvert pergi Ringgit, silap hari bulan, korang jadi jutawan.

Ini lah yang dikhabarkan oleh laman sosial Maya Karin dan juga sisipan HarianMetro mengatakan Maya ada membeli rumah di sekitar kota raya London. Rumah nampak macam kuno tapo nilainya ratusan ribu Pound, bila ditukar jadi Ringgit, nilai rumah itu RM2 Juta.

Ini dikukuhkan lagi dengan kemampuan Maya membeli rumah semahal itu apabila dia dikenali sebagai orang yang penjimat dan tidak boros, keretanya juga tidak semahal mana. Tambahan lagi mengikut informasi yang diterma Maya juga ada rumah di sekitar Damansara, Penchala dan Negeri Terengganu.

Baguslah macam itu, aset masa depan juga ni. Bijak Maya.

Tag : , , , , , ,