Natasha Hudson Hilang Kawan Sebab Bertudung?

Pada: Isnin, 9 September 2013
Membaca sisipan Utusan semalam, katanya Natasha Hudson kini kehilangan kawan-kawannya akibat tindakannya bertudung beberapa bulan yang lalu.

Ini tidak disebabkan oleh benda yang remeh cuma bertudung sahaja. Natasha pada mulanya bersangka baik sahaja apabila mendapat tahu kawan-kawan lepaknya tidak bersama-sama kerana kesibukan kerja.

Namun lama-lama sepertinya ada tidak kena. Natasha juga pernah sekali meminta bantuan dengan kawan baiknya itu, tapi kawan baiknya itu buat-buat tidak mengenali Natasha.

Mungkin akibat budaya moden dan mewah, jadi takut nanti berubah kepada alim bila berjumpa Natasha. Aiseh, kiranya kawan waktu senang memang ramai, bila kita susah, batang hidung pun tak nampak.

Dugaan orang bertudung, ada yang mahu menerima ada yang tidak menerima, selalunya yang menerima ramai daripada yang tidak.

Tag : , , , ,