Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Imej terbaru Natasha Hudson berpurdah.. (6 gambar)

Selasa, 6 Disember 2016

Natasha Hudson selamat melahirkan anak ke-3 (gambar bayi)

Rabu, 30 September 2015

Natasha Hudson selamat melahirkan anak ketiga pada 14 September lalu. Bayi berjantina perempuan tersebut selamat dilahirkan secara normal di Hospital Umra, Shah Alam.

Menurut laporan daripada Harian Metro itu, Natasha memohon maaf kerana lambat berkongsi berita gembira tersebut kerana sibuk membuat persiapan menyambut kelahiran bayi tersebut. Anak ketiga mereka diberi Faatimah Mohd Khalid.

Natasha Hudson hamil anak ke-3, usianya.. (gambar)

Khamis, 14 Mei 2015

Jarang kita melihat Natasha Hudson sekarang ni, tip top dia dah hamil anak ke-3. Usia kandungannya itu kini mencecah 5 bulan.
“Kini usia kandungan saya sudah memasuki usia lima bulan. Soal perancangan untuk menambah jumlah zuriat ini memang dirancang saya dan suami .

“Saya rasa diusia muda ini dan dengan kesihatan yang masih baik lebih baik digunakan untuk membesarkan lagi keluarga saya, " -Natasha Hudson petikan portal Murai

Lambat solat, ditegur oleh anak Natasha Hudson

Rabu, 7 Mei 2014

Natasha Hudson yang kini dikatakan menyepi di dalam dunia anak seni, dan memiliki anak bernama Nessa Helena (6 tahun) dan Naeema Kalila (1 tahun) telah membuat satu pengajian di dalam jurusan diploma.

Menurut laporan MalaysianDigest.com, Natasha mengambil jurusan diploma di dalam pengajian Islam di Pusat Islam Yayasan Taklim yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Diplomnanya itu akan tamat pada Mei ini, dan Natasha mahu merancang untuk sambung ke peringkat Ijazah.
"Sekarang ni saya sedang habiskan diploma saya dalam pengajian Islam. Saya mula ambil krusus ni pada September tahun lepas. Saya berlajar di Pusat Islam, Yayasan Taklim yang berkolaborasi dengan Irees Institute, Texas. InsyaAllah saya nak sambung ke peringkat ijazah selepas ini.

"Sebenarnya minat saya mahu mendalami agama sudah timbul sejak remaja lagi. Dan ketika saya saya hamil anak kedua, saya teringin nak sambung belaar di Universiti Malaya.

Tapi susah nak dapat peluang tu. Dan sejak tahun lepas saya dan suami selalu ke Taklim untuk belajar kelas agama. Kebetulan pihak institut ada buka tawaran untuk diploma, jadi tak lepaskan peluang itu.

"Disebabkan saya tiada pembantu rumah, ke mana saja saya pergi, saya memang akan bawa sekali anak-anak saya. Termasuklah bila saya dan suami ke kelas agama, anak-anak akan ikut. Di sana ada bilik khas untuk kanak-kanak Termasuklah bila saya dan suami ke kelas agama, anak-anak akan ikut. Di sana ada bilik khas untuk kanak-kanak.

"Saya perasaan yang Neesa sekarang pun dah mula minta nak pakai tudung. Agaknya sebab saya selalu bawa die ke kelas juga bazaar islamik. Kadang-kadang tu bila dia tengok saya pakai tudung, terus dia pun terus ambil tudung saya di dalam almari dan pakai. Selain tu, kalau dia tau saya lewat solat, dia sendiri yang akan ingatkan saya "mummy, tak sembahyang? Mummy, kenapa lambat?". Saya gembira dan bersyukur sebab walaupun dia masih kecil, dia mula dapat memahami sikit sebanyak tentang agama" -Natasha

Natasha Hudson Hilang Kawan Sebab Bertudung?

Isnin, 9 September 2013

Membaca sisipan Utusan semalam, katanya Natasha Hudson kini kehilangan kawan-kawannya akibat tindakannya bertudung beberapa bulan yang lalu.

Ini tidak disebabkan oleh benda yang remeh cuma bertudung sahaja. Natasha pada mulanya bersangka baik sahaja apabila mendapat tahu kawan-kawan lepaknya tidak bersama-sama kerana kesibukan kerja.

Natsha Hudson Tukar Nama Anak

Rabu, 3 Julai 2013

Menurut portal SinarHarian, pelakon, Natasha Hudson telah menukar naman anaknya, Naeema Taqiyyah (keberkatan, ketenangan, soleh dan bertakwa) kepada Naeema Kalila.

Ini kerana maksud Taqiyyah setelah dirujuk oleh ustaz/ulama ianya adalah cenderung kepada makna fahaman mazhab Syiah.
"Saya tidak tahu yang Taqiyyah turut membawa makna pengikut ajaran Syiah sehinggalah saya menyertai majlis usrah.

"Setelah bertanya mengenai perkara itu, saya dan suami bersetuju menukar namanya dengan makna lebih baik.

"Dalam Bahasa Arab, Taqiyyah merujuk kepada perkataan bertakwa. Namun, kami tidak mahu ia mengundang salah faham dan kekeliruan pada masa akan datang. Jadi, ialah ditukar kepada Naeema Kalila," -Natasha Hudson
Anak Natasha lahir pada bulan April lalu dan kini sudah seusia dua bulan.

Gambar Anak Natasha Hudson

Selasa, 30 April 2013

Akhirnya pelakon Natasha Hudson memetik portal Murai semalam yang dia sudah memberikan wajah sebenar anak keduanya melalui laman sosial Instagram dengan memberi nama Naeema Taqiyyah.

Naeema yang lahir pada 22 April tahun ini merupakan anak hasil daripada perkahwinan yang ke-2 Natasha dengan Khalid Kamal pada April tahun lalu.




Tahniah! Natasha Hudson Selamat Melahirkan Anak

Rabu, 24 April 2013

Tahniah kepada pelakon Natasha Hudson yang dikhabarkan selamat melahirkan anak perempuan aka sulung hasil perkahwinan ke-2 Natasha dengan Carleed Khaza, pada pukul 5 petang hari Isnin yang lalu di Pusat Perubatan dan Bersalin, UMRA, Shah Alam.

Menurut portal mStar, Natasha rasa bersyukur dengan proses kelahiran yang lancar dan anaknya dalam keadaan sihat.
"Alhamdulillah, saya telah dimasukkan ke wad bersalin pada pukul 4 petang hari ini (Isnin) dan melahirkan pada pukul 5.45 petang.

"Saya bersalin secara normal tanpa sebarang suntikan 'epidural' mahupun 'induction'. Kini kami berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat," -Natasha
Natasha memiliki anak perempuan hasil perkahwinannya yang pertama bernama Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.

Natasha Hudson Ditampar dan Ditumbuk!

Rabu, 10 April 2013

Dengar khabar yang Natasha Hudson yang sarat mengandung telah ditampar dan ditumbuk dengan kasarnya di sebuah lokasi pengambaraan. Berita yang memetik portal Murai itu lagi dilakukan oleh eorang lelaki dengan tidak diketahui apa kaitan antara mereka berdua.

Sungguh tidak disangka sanggup lelaki itu membuat kasar dengan pelakon yang tengah lagi hamil. Memang tidak masuk dek diakal, orang ramai ketika itu pun bukan mahu tolong, cuma melihat sahaja.

Mana tidaknya itu adalah sebahagian daripada aksi untuk wataknya sebagai Amanda di dalam filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, Langgar. Kah kah. Jangan marah ah.


Natasha, Irma Hasmie Hiasi Majalah Lisa

Khamis, 21 Februari 2013

Majalah Lisa keluaran terbaru menampilkan dua selebriti bertudung iaitu Natasha Hudson dan Irma Hasmie sebagai penghias majalah hadapan mereka.

Kombinasi dua selebriti ini menampilkan kelainan daripada edisi Majalah Lisa yang sebelumnya, yakni imej bertudung pada muka hadapan majalah berkenaan.

Dan kedua-dua selebriti ini juga sedang sarat hamil/mengandung dan menunggu beberapa minggu untuk bersalin. -gambar facebook.com/LisaMalaysia

Natasha Hudson disahkan Hamil Sebulan

Khamis, 6 September 2012

Memetik dari portal RotiKaya, dikhabarkan yang pelakon berdarah kacukan, Natasha Hudson sudah hamil/mengandung berusia sebulan. Berita baik ini disampaikan sendiri oleh Natasha melalui portal berkenaan.

Doktor juga mengesahkan kandungan Natasha pada minggu lalu dan ini membuatkan Natasha dan suaminya, Carleed Khaza yang dinikahkan pada bulan April 2012 yang lalu, sangat gembira dan sangat-sangat bersyukur.

Apa-apa pun tahnoiah kepada Natasha dan suami..

Yuna, Natasha Hudson, Norjuma Hiasi Majalah Intrend

Isnin, 27 Ogos 2012

Walaupun Hari Raya sudah berlalu dan ramai yang sudah memasuki tempat kerja hari ini, tidak menjadi satu masalah kalau iklan bertudung ini membuatkan anda mahu membelinya. Selebriti popular, Yuna, Natasha Hudson dan Datin Norjuma telah mengayakan beberapa tudung versi Hijab Hipster berjenama untuk sebuah majalah Intrend keluaran edisi September. -gambar Murai

Iqram Dinzly Mahu Mendalami Ilmu Agama

Khamis, 23 Ogos 2012

Ini adalah satu berita istimewa sempena berakhirnya bulan puasa Ramadan yang lalu. Pelakon kacak Iqram Dinzly dikatakan sudah berubah kepada yang lebih baik dari yang dahulu. Maksudnya Iqram sudah tidak nakal-nakal lagi menjadi lelaki dan mahu menumpukan kepada agama dan ibadah dalam kehidupan.

Memetik daripada sumber asal, portal Murai, perubahan ini dikatakan bukanlah alasan menyertai mana-mana parti tapi lebih kepada konsep kpribadian melalui penyertaan Iqram dalam kumpulan Fitrah bersama artis wanita yang telah berhijrah lain seperti Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Siti Nurdiana dan Natasha Hudson.

Syukurlah kalau seperti itu, semoga selebriti kita bukan sahaja banyak duit dan harta tapi banyak ilmu dan imannya juga.

Natasha, Yatt, Diana Amir bertudung untuk Luvstylista

Isnin, 23 Julai 2012

Di bulan yang Ramadan yang Suci ini, alangkah baiknya kalau kita melihat yang indah-indah sahaja kan. Yang pasti yang indah itu adalah wanita / lelaki yang menutup aurat. Dan inilah yang ingin disampaikan mengenai 3 orang selebriti yang kini dikenali ramai sebagai selebriti yang sudah berubah memakai tudung / hijab. Mereka adalah Natasha Hudson, Yatt Hamzah dan juga Diana Amir. Mereka bertiga menjadi model untuk sebuah gedung perniagaan tudung, Luvstylista dengan mengenakan fesyen terkini tudung keluaran Luvstylista.

Minggu depan Catriona Ross lahirkan anak ke-2

Rabu, 11 Julai 2012

Memetik daripada portal Murai, Catriona Ross tidak lama lagi bakal melahirkan anak lelaki ke-2. Mengikut jadual dan gambar, kandungan Catriona Ross sudah cukup besar. Dan difahamkan lagi doktor memberikan Catriona Ross hanya seminggu untuk berehat sebelum melahirkan anak berkenaan. Dan kini Catriona Ross lebih banyak berehat di rumah setelah menghabiskan shooting drama Andai Kau Tahu bersama Natasha Hudson.

Soal nama anak ke-2 itu tidak dinyatakan oleh Catriona, namun yang pasti anaknya mesti comel-comel, yala baka kacukan. Kita berdoa agar proses kelahiran bayi berkenaan berjalan lancar, dan anda pastinya setia dengan kami untuk melihat perkembangan bayi berkenaan. ;-)

Lagi Gambar Sharifah Sofia bertudung

Selasa, 3 Julai 2012

Khabar berita baik apabila pelakon, Sharifah Sofia bertudung semalam tersebar luas, maka ramai yang menyokong tindakan Sharifah itu. Namun sekeping gambar semalam mungkin kurang syok untuk kita lihat sekejap, namun kali ini ada dua keping gambar Instagram berserta dengan Natasha Hudson yang juga bertudung bersama. Semua nampak manis dan anggun bertudung.

Gambar Pernikahan Natasha Hudson

Isnin, 16 April 2012

Tahniah kepada Natasha Hudson kerana telah pun selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Khalid Kamal@Carleed Khaza yang juga seorang komposer pada pagi semalam di Masjid Jalan Duta. Menurut portal GUA, Natasha menerima 5 dulang hantaran berupa sireh junjung, al-Quran, kain persalinan, wangian, cincin dan mas kahwin. Khalid pula terima 7 dulang berupa sireh junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, wangian, al-Quran digital dan cincin.

gambar GUA

4 Ibu selebriti jadi Remaja!

Khamis, 11 Ogos 2011

Wah bukan main lagi melihat empat ibu-ibu ni amik bahagian dalam sesi photoshoot untuk cover sebuah majalah. Mereka adalah Natasha Hudson, Ziana Zain, Sari Yanti dan Nora Danish. Semua mengayakan aksi remaja betul. Yang lain tue tak kesahlah, lainlah kalau lihat Ziana Zain yang dah berusia tue kat cover ni. Nampak muda betul kan, seolah-olah Ziana masih lagi budak remaja. Awet muda gitue lor. :)

[via]

Gambar Natasha Hudson dan anak

Selasa, 12 Julai 2011

Baru-baru ini Natasha Hudson ada pergi menonton filem Sekali Lagi. Bukan dia seorang sahaja yang pergi tengok, malah dengan anak kesayangannya Nessa Helena dan juga bak kata orang, berjiwa rakyat lah katakan, seramai 30 orang peminatnya telah dipilih melalui twitter miliknya iaitu @natasha_hudson. Kemungkinan 30 orang itu mendapat tiket percuma dan memiliki pengalaman menonto filem tempatan dengan artis.

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Natasha Hudson

Mungkin kita rasa hairan, kenapa bukan Transformer yang dia ajak tengok, memandangkan filem berkenaan serentak dengan filem Sekali Lagi. Sebab tue lah, nama jerk om putih si Natasha ni tapi hati dia cute berjiwa Malaysia, tetap sokong ma dengan itu filem tempatan. Syabas!!

Gambar : Budiey