Pada:
Khamis, 29 Ogos 2013

Inilah yang terjadi kepada Nur Shiha naib juara Mentor 5 yang memetik portal GUA dimana dia mengalamai nasib tidak baik yakni hasil jualan album single pertamanya tidak mendapat sambutan mengalakkan.
Bahkan dirinya mengakui rasa kecewa dan menangis apabila mendapat tahu hal seperti ini terjadi pada dirinya.
“Secara jujur memang Shiha kecewa sangat kerana menyanyi adalah 100% periuk nasi Shiha. Ada hari Shiha kuat, namun ada hari Shiha lemah dan menangis kerana terlalu kecewa. Orang tidak tahu perjalanan karier Shiha sukar, tapi Shiha redha dan anggap belum ada rezeki Shiha lagi,
“Shiha sendiri tak tahu di mana silapnya sebab Shiha dah beri yang terbaik untuk album ini. Shiha dah buat banyak promosi serta hantar lagu Shiha ke beberapa stesen radio. Apapun, Shiha tak salahkan mana-mana pihak sebagai punca album ini tak laku sebab artis yang dah lama bertapak pun, bila buat album, ada juga yang tak laku.
Mentor Shiha, Datuk Sharifah Aini pun ada bagi nasihat dan berkongsi pengalaman yang dia pun merangkak dari bawah sebelum berada di tahap sekarang. InsyaAllah, Shiha akan berusaha lebih keras lagi serta akan merangka promosi dengan betul. Shiha juga harap mereka di luar sana buka mata dan beri peluang kepada Shiha untuk berjaya dalam bidang ini," -Shiha.
Tag : Album Single , Berita Artis , Mentor , Penyanyi , Program Realiti , Sharifah Aini , Shiha , TV3