Updates: Gempar! Adi Putra Dimasukan ke Hospital Surabaya

Pada: Selasa, 20 Ogos 2013
Semalam pagi diberitakan yang Adi Putra yang berusia kini 32 tahun dimasukan ke hospital di Surabaya, Indonesia kerana masalah kesihatan.

Namun keadaan Adi tidak kritikal mana, Adi kini ditemani oleh isterinya, Zuhaidah Yusof yang berusia 38 tahun.
"Ya memang benar Adi dimasukkan ke hospital pagi tadi. Kejadian berlaku sewaktu dia sedang menjalani penggambaran klip video untuk filem Suami Aku Ustaz.

"Setakat ini saya difahamkan yang Adi mengalami keletihan melampau hingga kesihatannya terganggu. Sejak dia balik daripada umrah sebelum raya hingga sekarang, dia tidak henti bekerja," Presiden 1 Hotlovers, Che Zaipah Abdul. Utusan
Dikemaskini, punca sebenar masalah kesihatan ini berlaku disebabkan Adi menghidap penyakit batu karang di saluran pundi kencingnya, dan kini selamat menjalani pembedahan pembuangan batu berkenaan.

Tag : , , , , , ,