Betty Benafe Amalkan Yoga Walaupun Mengandung

Pada: Jumaat, 23 Ogos 2013
Musim sekarang ramai selebriti dan isteri selebriti yang hamil. Dan ada juga yang sentiasa berehat dan membuat sesuatu aktiviti yang ringan.

Namun lain pula ceritanya dari Betty Benafe yang memetik portal mStar semalam. Dia mengamalkan senaman Yoga semenjak berbadan dua yang kini berusia 5 bulan untuk memastikan baby dalam kandungan sihat.

Namun senaman Yoga ini bukanlah senaman yang berat, hanya ringan dan tenang apabila dilakukannya, cuma jarang sekali kita dapat mendengar wanita hamil melakukan senaman seperti ini.
"Pendapat yang mengatakan senaman tidak sesuai untuk wanita mengandung adalah salah kerana seperti yoga ia bersifat lebih santai selain dapat menenangkan diri daripada tekanan.

"Paling penting ia memberi manfaat kepada ibu mengandung selain pergerakannya juga tidak memudaratkan kandungan,"

Tag : , , , , , ,