Tahniah! Betty Banafe Mengandung/Hamil (Gambar)

Pada: Rabu, 17 Julai 2013
Tidak ketinggalan juga diucapkan tahniah kepada pelakon, Betty Banafe yang diberitakan sudah mengandung/hamil anak sulung berusia 4 bulan hasil perkahwinannya dengan suaminya Dargous pada bulan Disember 2012 yang lalu.

Betty dan suaminya yang dihubungi portal SinarHarian semalam turut merasa gembira dengan perkhabaran baik ini. Tapi belum mengetahui jantina kandungannya buat masa ini.

“Alhamdulillah saya telah hamil empat bulan.

"Saya dan suami terlalu gembira apabila mendapat tahu tentang kehamilan saya, -Betty
“Saya sangat teruja menanti kehadiran anak pertama kami. Saya tak kisah jantina anak kami.

“Tapi saya berharap sekurang-kurangnya kami ada sepasang. Tak kisah mana satu (lelaki atau perempuan) yang dapat dulu,” -Dargous

Tag : , , , , , , ,