Siti Nordiana, Nubhan Bercinta?

Pada: Sabtu, 13 Julai 2013
Dengar cerita yang Siti Nordiana atau Nana kini rapat dengan bekas pelajar Akademi Fantasia penyanyi, Nubhan. Menurut sumber, mereka berdua menjalinkan hubungan percintaan.

Namun tidak dipastikan kebenaran cerita ini secara dalamannya. Namun kata Nana, dia menganggap Nubhan sebagai kawan biasa sahaja, walaupun berasal dari satu negeri yang sama.
“Ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip tu kepada saya. Sebenarnya dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih.

“Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana, kami selalu bersama. Cuma sekarang ni kami jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya. Gosip tu tak munasabah.

“Kalau betullah kami bercinta, takkan lah kami dengan mudah nak kongsi gambar percutian di Perhentian lalu. Kami kongsi setakat suka-suka saja. Lagipun kami pergi beramai-ramai. Kawan-kawan dia kawan saya juga. Kawan-kawan saya, kawan dia juga.” jelas Nana.

Tag : , , , , , ,