Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Nubhan dapat anak sulung, bagi nama anak sekali..

Jumaat, 12 Mei 2017

Isteri Nubhan iaitu, Afifah Hidayah Taufek, 28, selamat melahirkan cahaya mata perempuan kira-kira pukul 9.45 malam Rabu.

Bayi seberat 3 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negari Sembilan.

Nubhan, 31, berkata, dia dan isteri sepakat memlih nama Aafiya Kamilia kepada bayi sulung berkenaan.

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan cahaya mata secara normal malam tadi. Kami berharap zuriat ini membawa bahagia dalam kehidupan kami.

"Doakan bayi kami sihat dan membesarkan dengan baik," ujarnya.

Isteri Nubhan hamil anak sulung (gambar scan kandungan)

Ahad, 13 November 2016

Isteri Nubhan Ahmad, Afifah Hidayah dikhabarkan kini sedang hamil anak pertama akan sulung mereka. Berita ini dikhabarkan sendiri oleh Nubhan di Instagram miliknya dengan menunjukkan gambar imbasan perut.

“Alhamdulillah, rezki Allah! Doakn yg terbaik buat kami ya. Baby tu malu-malu lagi,” tulisnya menerusi akaun Instagram

Sebelum ini isteri Nubhan pernah mengalami musibah keguguran ketika kandungan berusia tujuh minggu. Bagaimanapun, doa mereka untuk menimang cahaya mata ketika berkunjung ke kota Suci, Mekah baru-baru ini nampaknya termakbul.

Nubhan, Isteri diminta berjimak.. (PANAS)

Selasa, 5 Januari 2016


Peminat Minta Nubhan Kongsi Gambar 'Jimak' Pula

Masih ingatkah korang dengan penyanyi Nubhan AF? Dia telah pun melangsungkan pernikahan dengan isterinya, Afifah Hidayah pada 29 Ogos lalu di Seremban.. Nak dijadikan cerita, pasangan ini mahu kongsikan detik bahagia mereka bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi..

Menerusi laman Instagram milik Nubhan, dia telah memuatnaik gambar bersama isteri serta status memaklumkan pada para peminatnya, isterinya sudah pun disahkan mengandung.. Biasalah, semua pasangan berkahwin pasti gembira mendapat berita bakal memiliki cahaya mata sulung..

Bulan madu Nubhan, isteri di Paris (14 gambar)

Selasa, 6 Oktober 2015


Penyanyi Nubhan dan isterinya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang merupakan seorang pelajar perubatan di Mesir telah memilih Kota Paris, Perancis untuk berbulan madu selepas perkahwinan mereka bulan lalu.

Sekitar pernikahan, resepsi Nubhan AF (43 gambar)

Selasa, 1 September 2015

Nubhan selamat bergelar suami kepada Afifah Hidayah Ahmad Tawfek dengan sekali lafaz sekitar pukul 3.35 petang Sabtu di rumah pengantin perempuan di Seremban 2, Negeri Sembilan

Nubhan, 29, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pengantin perempuan.

Penyanyi itu turut menyediakan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dari pihak perempuan.

Nubhan AF bakal berkahwin bulan Ogos ini (4 gambar tunang)

Jumaat, 31 Julai 2015

Nubhan, 29, bakal menamatkan zaman bujangnya yang bakal berlangsung pada 29 Ogos nanti dengan tunangnya, Afifah sejak bulan Oktorber 2014 yang lalu.

Nubhan AF6 bakal bergelar jutawan muda?

Jumaat, 27 Februari 2015

Wah bukan main sukses dah Nubhan Ahmad sekarang. Katanya dia kini dah jadi CEO untuk syarikat atas namanya, Nubhan Ventures.

Syarikat dia ini mengeluarkan produk bedak asas untuk lelaki dan juga wanita dengan diberi nama, Juwita Divine Sexy Foundation.

Sekitar majlis pertuangan Nubhan, Afifah (11 gambar)

Selasa, 7 Oktober 2014


Tahniah kepada NUbhan AF6 yang selamat bertunang semalam sekitar jam 11 pagi dengan pasangannya, Afifah Hidayah di kediamaan Afifah dekat Seremban.

Menurut Bharian, mereka sudah berkenalan sejak 6 tahun yang lalu. Dimana Nubhan ketika itu melakukan set pengambaraan lakonan di Pulau Pangkor dan Afifah tengah bercuti di situ pada waktu yang sama,.
"Kami rancang bernikah dalam tempoh setahun lagi. Ikutkan lagi cepat lagi elok tapi dalam masa yang sama dia (tunang) perlu melunaskan baki pengajian setahun lagi di Mesir.

"Dia bakal doktor gigi dan sepanjang tempoh kenal kami memang melalui cinta jarak jauh,"

"Saya boleh jadi separuh gila kerana cinta jarak jauh ini. Tapi Alhamdulillah ia semakin dipermudahkan. Selalunya menerusi panggilan video kami melepas rindu.

"Pada mulanya juga dia tak faham kerjaya seni saya. Ambil gambar dengan artis wanita pun dia pernah cemburu. Selalunya boleh jadi gaduh sebab perkara remeh.

"Tapi sekarang dia mula memahami. Selain itu dia cantik dan manja pada mata saya," -Nubhan
Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6
Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6
Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6
Gambar Majlis Pertunangan Nubhan AF6

Siti Nordiana, Nubhan Bercinta?

Sabtu, 13 Julai 2013

Dengar cerita yang Siti Nordiana atau Nana kini rapat dengan bekas pelajar Akademi Fantasia penyanyi, Nubhan. Menurut sumber, mereka berdua menjalinkan hubungan percintaan.

Namun tidak dipastikan kebenaran cerita ini secara dalamannya. Namun kata Nana, dia menganggap Nubhan sebagai kawan biasa sahaja, walaupun berasal dari satu negeri yang sama.
“Ya, memang sekarang ramai juga yang masih bertanyakan mengenai gosip tu kepada saya. Sebenarnya dakwaan saya bercinta dengan Nubhan tak sahih.

“Kami berkawan baik. Kami pun berasal dari negeri yang sama. Dulu memang kami kerap berjumpa. Memang pergi mana-mana, kami selalu bersama. Cuma sekarang ni kami jarang jumpa sebab masing-masing sibuk. Kami tak bercinta. Saya anggap dia macam adik saya. Gosip tu tak munasabah.

“Kalau betullah kami bercinta, takkan lah kami dengan mudah nak kongsi gambar percutian di Perhentian lalu. Kami kongsi setakat suka-suka saja. Lagipun kami pergi beramai-ramai. Kawan-kawan dia kawan saya juga. Kawan-kawan saya, kawan dia juga.” jelas Nana.

Gambar Hari Jadi Nubhan ke-20

Ahad, 19 April 2009

Bertuah badan penyanyi remaja popular, Nubhan yang menerima pelbagai hadiah termasuk dompet berjenama LV (Louis Vuitton) daripada peminatnya sempena sambutan hari lahir pada 2 April lalu.

Berkat kemesraan Nubhan dengan peminatnya, kelab peminat Nubhan yang bergelar Nubbies telah bertungkus-lumus mengadakan sebuah majlis ringkas di Times Square, Kuala Lumpur.Bagaimanapun, Nubhan akui sungguhpun menerima banyak hadiah daripada peminat, diai tetap terkenang saat arwah ayahnya menghadiahkan sebuah motosikal.
"Ini kali pertama Nubhan sambut birthday tanpa ayah. Pun begitu, Nubhan masih lagi terbayang saat ayah berikan Nubhan motosikal. Waktu itu Nubhan berumur 20 tahun.

"Ketika itu Nubhan minta ayah belikan motor tapi ayah cakap tak ada duit. Kemudian, macam-macam ayah nasihat sehingga Nubhan kecil hati dan merajuk. Tapi, esok pagi, Nubhan terkejut ayah tiba-tiba berikan nombor plat motor kepada Nubhan. Tak sangka, ayah tunaikan permintaan Nubhan," jelas Nubhan dengan terharu.
Sementara itu, apabila ditanya lebih mendalam mengenai hubungannya dengan arwah ayah Nubhan seboleh-boleh mengelak. Apapun, itu bukan bermakna Nubhan tidak sudi berkongsi tetapi ingatan terhadap ayah akan sentiasa menghibakan dirinya.
"Sebenarnya, kalau boleh Nubhan dah tak mahu cakap pasal arwah ayah. Segala gerak-geri dan pesanan ayah masih lagi segar dalam ingatan Nubhan. Kalau Nubhan dengar saja ahli keluarga cakap tentang ayah, Nubhan akan lari.

"Yang jelas, apabila seseorang itu telah tiada, barulah kita akan terasa sangat dan merinduinya," kata Nubhan.

-Murai & Mr Manager

Gambar Nubhan Dan Stacy

Isnin, 23 Mac 2009

Dimana ada Stacy, disitu lah juga ada Nubhan. Tak tahu lah kalau dorang ni tengah bercinta, tapi tengok dari sudut agama, agaknya memang susahlah bagi Nubhan. Stacy pun comel dan juga seksi.