Pada:
Selasa, 30 Julai 2013
Paling tidak diduga Shukri tertikam tangannya sendiri dengan pisau dan mengakui ianya kesilapan dirinya. (Pelik juga, berlakon pun kena pakai pisau betul ek, pakai lah pisau palsu, dah terhantuk baru mengada-gada.Lagi pula pisau apa sampai memanjang seperti batang tu. Hehe)
Shukri akan menjalani pembedahan awal pagi tadi, dan berehat selama 3 hari di hospital Selayang. Ini komen Shukri memetik portal MediaHiburan semalam. Syukurlah tiada apa-apa yang serius terjadi. Semoga cepat sembuh. =)
"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.
"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya tangan saya," -Shukri
Tag : Alex Yans , Berita Artis , Drama , Hospital Selayang , Kemalangan , Pelakon , Shukri Yahaya , Talha Harith


