Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Video mencuit hati hari jadi anak sulung Shukri Yahaya

Sabtu, 26 Ogos 2017

Pada tanggal 24 Ogos yang lalu, maka genaplah setahun hari jadi anak Shukri Yahaya, Aaira Ameena. Menerusi video yang dimuatnaik oleh bapanya itu, Aaira telah menerima ucapan hari jadi oleh bapanya.

Apa yang menarik perhatian dan mencuit hati netizen adalah, ketika Shukri sedang memberikan ucapan kepada anaknya itu, Ameena telah menganggukkan kepalanya seolah-olah dia faham akan apa yang sedang bapanya itu katakan kepadanya.

Diana Danielle singkirkan Fattah Amin!

Khamis, 17 Ogos 2017


Diana Danielle berjaya peroleh tempat keempat dalam perlumbaan GAZOO Racing Malaysia (GRM) yang berlangsung di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Lebih mantap, dia berjaya menyingkirkan Fattah Amin dan Janna Nick, masing-masing di tangga ke-6 dan ke-9.

Terdahulu, Diana menerima sijil daripada Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan lalu selepas menjalani kelas perlumbaan kereta selama tiga bulan.

Sementara itu, Shukri Yahaya juga turut memuat naik fotonya membawa pulang trofi kemenangannya.

Inilah wajah wanita yang 'diganggu' Shukri Yahaya?

Isnin, 12 Jun 2017

Agak panas apabila Shukri Yahaya dikatakan telah mengoda seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Danielle (seorang model) dengan aplikasi Wechat 'video call'.

Wanita berkenaan tampil memberitahu mStar Online yang dia mengenali Shukri ketika berada di Kuala Kangsar atas urusan penggambaran.

Majlis aqiqah anak Shukri Yahaya yg comel (11 gambar)

Selasa, 3 Januari 2017

Aaira Ameena, anak Shukri Yahaya yang comel (13 gambar)

Ahad, 9 Oktober 2016

Top 8 anak selebriti si kecil yang comel

Ahad, 25 September 2016

1. Anak Fouziah Gous & Zhafran

Pasangan ini telah bernikah pada 21 September 2013 dan kini baru ada anak sorang bernama Zeeshan. Putera hati Fouziah lahir pada 26 November 2015.

Shukri Yahaya kongsi detik menyambut kelahiran anak

Ahad, 28 Ogos 2016

Minggu lalu, hari Rabu, isteri Shukri Yahaya selamat melahirkan anak sulong mereka. Namun yang paling manis sekali, Shukri berada di samping isterinya itu ketika bersalin.

Diberitahu, Shukri menceritakan pengalamannya ketika menyambut kelahiran anak mereka itu.

“Saya berada di sisinya memberi semangat di samping menenangkannya. Saya dapat melihat sendiri bagaimana susahnya seorang wanita itu melahirkan anak.

Tentunya saya gembira namun pada masa yang sama berasa gementar menantikan proses bersalin itu selesai. Insya-Allah kalau bayi kami dalam keadaan sihat, kami sekeluarga akan dapat pulang ke rumah

Walaupun penat semua itu tidak terasa kerana saya terlalu gembira dengan kelahiran bayi ini. Saya bersyukur segalanya telah berjalan dengan lancar.

Saya kini bergelar bapa dan menggalas satu lagi tanggungjawab besar dalam keluarga,” katanya kepada Harian Metro

Isteri Shukri Yahaya selamat bersalin berjantina....

Khamis, 25 Ogos 2016

Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 12.22 tengah hari, Rabu.

Berita berkenaan disahkan sendiri oleh Shukri menerusi laman Instagram miliknya.
"Syukur Alhamdulillah, hari ini Rabu bertarikh 24 Ogos 2016 tepat pukul 12.22 tengah hari, isteri saya Tya Adnan selamat melahirkan cahaya mata sulung kami (perempuan).

"Terima kasih kepada yang mendoakan. Allahuakhbar," tulisnya.
Bagaimanapun Shukri tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kelahiran bayi pertamanya itu.

Isteri upload 1001 ragam Shukri Yahaya (video)

Selasa, 21 Jun 2016

Isteri Shukri Yahaya, Tya Adnan tayang 'Baby Bump' (5 gambar)

Khamis, 9 Jun 2016

Isteri Shukri Yahya hamil, usia kandungannya adalah... (gambar)

Ahad, 21 Februari 2016

Pelakon Shukri Yahya, 27 memberitahu kini isterinya Tya Adnan kini sedang hamil 2 bulan.
“Alhamdulillah isteri saya hamil 2 bulan,”

“Saya terharu dan bercampur gembira apabila isteri memberitahu sedang hamil anak kami,” katanya
Ikut informasi, Shukri Yahya dan Tya Adnan mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu selepas 2 tahun mengikat tali pertunangan.

Isteri Shukri Yahaya dah bertudung? (6 gambar)

Isnin, 14 Disember 2015

Dengar khabar yang isteri kepada pelakon, Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan tampil mengenakan hijab atau tudung dan muatnaiknya ke dalam laman Instagram.

Selain itu, sebelum ini Shukri sendiri pernah meyatakan hasrat untuk membawa isterinya itu menunaikan umrah sebelum mereka berbulan madu.

Sekitar Resepsi Shukri Yahaya, Tya Adnan (21 gambar)

Isnin, 23 November 2015

Majlis diadakan di A-Park, Kampung Pulau Meranti PuchongGambar Amir Naufal Photography

Malam berinai, pernikahan Shukri Yahaya, Tya (86 gambar)

Sabtu, 21 November 2015

Sekitar pernikahan Shukri Yahaya, Tya (4 gambar)

Shukri Yahaya selamat bergelar suami kepada pasangannya Tya Adnan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 3.36 petang pada petang Jumaat semalam, 20 November, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Shukri menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300 termasuk sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan dan memberi tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak Tya.

Dalam perkembangan sama, pasangan berkenaan akan diadakan di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong pada hari ini. -mStar

Pra Perkahwinan Shukri Yahaya, Tya Adnan (9 gambar)

Selasa, 27 Oktober 2015

Mereka berdua akan disatukan menjadi suami isteri yang sah pada 20 November bulan hadapan yang difahamkan akan berlangsung di Putrajaya manakala majlis resepsi mereka keesokan harinya di Cyberjaya. -gambar Pinography Official.

Shukri Yahaya bakal berkahwin 20 Nov ini (4 gambar tunang)

Selasa, 13 Oktober 2015

Shukri Yahaya bakal berkahwin pada 20 November bulan depan dengan tunangnya, Tya Adnan. Mereka sebelum ini bertunang selama 2 tahun.

Dan kini persiapan perkahwinan mereka sudah hampir 90% siap memetik portal Murai.

Ngeri! Shukri Tertikam Tangan Sendiri

Selasa, 30 Julai 2013

Ha jangan tengok jika rasa tak tahan tengok dara atau luka-luka. Ni dikhabarkan pelakon Shukri Yahaya yang juga pelakon untuk drama Menjinak Ombak bergandingan dengan Talha Harith dan Alex Yanz, mengalami kemalangan ketika berlakon untuk drama itu.

Paling tidak diduga Shukri tertikam tangannya sendiri dengan pisau dan mengakui ianya kesilapan dirinya. (Pelik juga, berlakon pun kena pakai pisau betul ek, pakai lah pisau palsu, dah terhantuk baru mengada-gada.Lagi pula pisau apa sampai memanjang seperti batang tu. Hehe)

Shukri akan menjalani pembedahan awal pagi tadi, dan berehat selama 3 hari di hospital Selayang. Ini komen Shukri memetik portal MediaHiburan semalam. Syukurlah tiada apa-apa yang serius terjadi. Semoga cepat sembuh. =)
"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.

"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya tangan saya," -Shukri