Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Faye Kusairi mahu saman JAIS! PANAS

Selasa, 31 Mei 2016

Faye Kusairi bercadang meneruskan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menceroboh rumah keluarganya bulan lalu.

Walau jabatan itu sudah membaiki kerosakan jeriji di pintu rumahnya, namun tindakan perlu diambil bagi mengelak kejadian sama berulang, kata pelakon itu.

Faye Kusairi dedah kisah sebenar serbuan JAIS ke rumahnya

Isnin, 18 April 2016

Faye Kusairi meluahkan rasa kesal dan kecewa apabila pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak untuk menceroboh rumah keluarga beliau tanpa sebarang usul periksa. Malah, Faye merasakan diri beliau teraniaya apabila ada pihak yang tidak berpuas hati dengan beliau sanggup membuat laporan palsu dan melibatkan keluarganya sekali.

Menurut Faye, rumah miliknya yang didiami oleh ayah, ibu serta adik beliau di Bukit Antarabangsa diserbu masuk kira-kira jam 2.30 pagi Ahad lepas.

'Upgrade' Kubur P. Ramlee RM25k Haram!

Selasa, 27 Ogos 2013

Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.

Memetik portal mStar semalam, Mmfti Selangor berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.
“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.

"Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” -Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid
Komen dari pendakwah dan pembimbing jemaah Haji
"Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.

"Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,

“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” -Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar

Shahrizal, Redzwani Putus Tunang! Eh, Belum Lagi!

Jumaat, 21 Jun 2013

Pertunangan antara Shahrizal Jaszle dengan Redzwani Puteri Ismail sudah pun berakhir sejak 10 hari lalu. Bagaimanapun, berita putus tunang itu dirahsiakan oleh Shah sendiri.

Perkara itu disahkan keluarga terdekat pihak perempuan. Wanita misteri ini mendakwa, dia diamanahkan keluarga Redzwani untuk berbuat demikian bagi mengelakkan gadis terbabit diganggu media dan terus menjadi bahan cemuhan masyarakat.

Menurutnya, ikatan pertunangan itu diputuskan sendiri ibu bapa Redzwani, yang berkunjung ke rumah keluarga Shah pada 10 Jun lalu.

Ketika perbincangan berkenaan, hanya ibu bapa kedua-dua belah pihak yang hadir, sementara Shahrizal atau lebih dikenali sebagai Shah Jaszle tiada di rumah manakala Redzwani pula tidak ikut serta.

Ibu bapa Redzwani difahamkan turut memulangkan dua bentuk cincin, iaitu sebentuk cincin belah rotan serta sebentuk cincin berlian sebagai tanda putusnya ikatan pertunangan yang diikat pada 8 Disember tahun lalu.
“Saya diwakilkan keluarga Redzwani untuk tampil membuat kenyataan kerana kami tidak mahu namanya dikaitkan lagi dengan Shah.

“Kami tidak mahu dia dikenali sebagai tunang Shah lagi kerana hubungan mereka sudah berakhir minggu lalu. Hubungan itu diputuskan setelah keluarga Redzwani melihat kenyataan yang diberikan Shah kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas dia ditangkap khalwat bersama seorang wanita pada 16 Mei lalu" -sumber wanita terbabit. Bharian.
________________

dop2. ini kenyataan dari ibu Shahrizal, Zaleha menjelaskan status pertunangan Shahz dan Redzwani adalah bergantung kepada keputusan khalwat yang akan ditentukan oleh pihak mahkamah pada November depan.
"Shah dan Redzwani masih lagi dalam ikatan pertunangan dan kedua-dua belah pihak seboleh-bolehnya mahu hubungan ini kekal.

"Keluarga kedua-dua pihak memang ada berbincang mengenai kemelut yang terjadi tetapi pihak lelaki belum memulangkan cincin pertunangan sebagaimana yang dilaporkan," kata Zaleha. -mStar
PS: lain kali kahwin/nikah terus, tak payah dok nak bertunang-tunang, Nabi pun takde main tunang-tunang, @_@

Khalwat: Shahrizal Buka Mulut, Akui Diri Terperangkap!

Selasa, 28 Mei 2013

Semalam, setelah seminggu berlalu yakni pada 16 Mei yang lalu apabila Jais mengeluarkan kenyataan kes khalwat di Apartment Taman Sri Subang, pada pukul 3.30 pagi yang melibatkan pelakon, Shahrizal Jaszle, akhirnya dia tampil membuat kenyataan media. Shahrizal mengakui dirinya diperangkap dan mengakui dirinya tidak bersalah. Tambah Shahrizal lagi, bila dia diikat jamin, dia terus menceritakan segala-galanya kepada keluarga.
"Saya tak boleh komen panjang tentang isu ini kerana ia sudah pun menjadi kes mahkamah.

"Cuma apa yang ingin dikatakan, saya diperangkap oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab. Saya yakin, saya tidak bersalah terhadap kejadian itu. Kita lihat sahaja kes mahkamah pada November (2013) depan nanti,

"Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana memiliki keluarga yang sentiasa menyokong dan mendengar sesuatu perkara sebelum bertindak atau membuat keputusan.

"Selepas menceritakan kejadian itu, mereka juga merasakan ia seperti sebuah perangkap," -Shahrizal. mStar

Shahrizal Jaszle Ditangkap Khalwat oleh JAIS

Sabtu, 18 Mei 2013

Orang malam jumaat pergi buat ibadah di masjid atau rumah, ini pergi buat maksiat, nah kan dah kantoi. JAIS atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan Shahrizal Jaszle ditangkap basah pada awal pagi Jumaat. Jaszle ditangkap bersama pasangannya pada jam 3.30 pagi di Apartment Taman Sri Subang, Selangor.

Menurut pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin, serbuan dilakukan di apartment tersebut setelah mendapat aduan daripada orang awam. Shahrizal ditahan berdasarkan Syeksen 29 (1) A dan B, Enakmen Jenayah Negeri Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya dan sebaliknya.

Jika disabitkan bersalah, Shahrizal boleh didenda sehingga RM3000 atau dipenjarakan tidak melebhi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut sumber, apartment itu dimiliki oleh rakan pelakon ini dan ketika serbuan dilakukan terdapat satu lagi pasangan. Namun setelah pemeriksaan dilakukan, pasangan terbabit telah berkahwin. Shahrizal bersama pasangannya yang berusia 21 tahun ditahan di sebuah bilik berasingan. Jaszle dan tunangnya, Redzwani Puteri yang cuba dihubungi, gagal memberikan maklumbalas. -sumber GUA

Bob Lokman dikenakan waran tangkap JAIS

Khamis, 3 November 2011

Bob Lokman sedia dirinya ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada bila-bila masa kerana berpendapat dirinya berada di pihak yang benar ketika memberi ceramah agama di sebuah masjid bulan lalu.

JAIS mengumumkan bahawa waran tangkap ke atas Bob Lokman telahpun dikeluarkan Jumaat lalu kerana gagal hadir memberi keterangan sepertimana yang diarahkan berhubung ceramahnya tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober lalu.

“Jika mereka hendak tangkap saya, silakan kerana saya akur dengan keputusan mereka yang menganggap saya bersalah. Sedangkan saya hanya memberi dakwah tentang apa yang saya fikirkan dan menjelaskan (kepada pendengar ceramah) mengapa saya perlu dekatkan diri dengan cara hidup seperti hari ini yang lebih menjurus kepada akidah dan tauhid"

“Saya tidak mencampurkan urusan politik di dalam masjid kerana saya hanya menyampaikan dakwah. Ini bersandarkan kepercayaan saya bahawa orang Islam tahu perkara yang nyata dan benar dalam masjid. Selagi tidak bualkan tentang perkara yang buruk, saya berada di pihak yang benar. Saya lakukan ini berlandaskan agama dan kebenaran,” kata Bob.
Bob kini sedang disiasat di bawah seksyen di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, iaitu menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.
[artikel Via]

PS: orang berceramah pon kena tahan, dimana kebebasan berdakwah di negara ini? kalau sudah terikat dengan undang-undang dunia, hukum Allah pun tetap dilanggar. Zz.

Kenapa mesti nikah di thailand?

Khamis, 20 Januari 2011

Penyanyi dan pelakon wanita yang juga bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan yang terkenal di zaman 90-an dulu, Haleeda dikesan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu.

Sumber itu berkata, berikutan penafian yang dibuat pelakon itu, pihak jabatan agama sudah bersiap sedia untuk menyerbu rumah pelakon wanita berusia 38 tahun itu berdasarkan aduan daripada pengadu, tetapi pada petang hari yang sama pelakon lelaki berusia 40-an itu datang ke pejabat agama bagi membuat pengakuan serta menunjukkan sijil nikah mereka.

“Cuma yang menjadi kesalahan mereka bernikah di luar kariah masjid tempat mereka bermastautin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk,” katan pegawai JAIS.
Pelakon lelaki berkenaan ketika datang untuk membuat pengakuan terbabit, turut menunjukkan sijil nikah dikeluarkan di Thailand dan selepas menelitinya pegawai di pejabat agama itu berpuas hati mereka sudah bernikah serta menyerahkan kes pernikahan luar kariah itu kepada pihak mahkamah. Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk pendakwaan dan bakal dikenakan denda.

Akhil Hayy Bengang dengan JAIS

Ahad, 6 Disember 2009

'Tak layak ajar agama' - Kenyataan itu ditujukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi kepada penceramah Akhil Hayy, yang dikatakannya memiliki latar belakang agama yang cetek dan kerana itu, tidak layak berceramah dan mentarbiah orang lain. Ditambah pula, Akhil tidak pernah diberikan kelulusan berceramah oleh Jais.

“Apa yang kami bimbang, penceramah yang tidak memiliki pengetahuan agama sepatutnya tetapi berlagak bijak berceramah boleh menjurus kepada mengelirukan masyarakat yang menjadi pendengar,"
kata Mohamed Khusrin yang juga melihat kelemahan Akhil dalam menangani isu peribadinya sebagai kelemahan yang tidak sepatutnya ada dalam seorang penceramah selain tindakannya mengaibkan orang dalam ceramahnya.

Menegaskan setiap yang disampaikan itu adalah berlandaskan kitab suci al-Quran dan hadis, Akhil mempersoalkan tindakan Jais mengatakan dia tidak memiliki latar belakang agama. Dedahnya, selepas meninggalkan dunia artis dia pernah ke sebuah pusat pengajian Islam di negara jiran bagi memuhasabah diri.

Ulasnya lagi, tujuannya berceramah adalah untuk berkongsi ilmu dengan harapan dapat membawa kepada perubahan dalam diri pendengar untuk menjadi umat Islam yang lebih baik, dan bukannya untuk membawa ajaran sesat.
“Persoalannya, adakah kerana tidak memiliki latar belakang agama itu menjadi masalah besar sedangkan kita mampu memberikan sumbangan baik kepada masyarakat, dan dijemput menjadi penceramah di negara lain yang menghargai ceramah disampaikan?” kata Akhil yang memberitahu dia tidak akan merayu untuk mendapatkan ‘skrip tauliah’.

Akhil Hayy Pernah ditangkap JAIS

Sabtu, 28 November 2009

Akhil Hayy berkongsi pengalamannya ditahan oleh pihak JAIS kerana berceramah tanpa tauliah, kira-kira 3 tahun lalu. Menurut beliau, kes tersebut masih belum selesai kerana pihak JAIS tidak ada hujah dan bukti untuk mendakwa dirinya. Bukan setakat Akhil Hayy, baru-baru ini isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin telah memanaskan suasana politik negara, kerana beliau ditahan ketika mengadakan ceramah di Taman Seri Ukay, Hulu Klang pada 1 November lalu.

Selain itu, kata Akhil Hayy lagi, JAIS sepatutnya menumpukan tenaga kerja untuk membendung gejala maksiat dan bukannya menghalang penceramah untuk menyebarkan ilmu agama. Kononnya, penahanan tersebut untuk membendung penyebaran ajaran sesat. Tapi kalau ikut logik akal, pernah ke anda lihat penyebar ajaran sesat boleh berceramah di tempat terbuka? Salah siapa sebenarnya ni?