Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rita Rudaini tidak pernah bawa anak-anaknya ke Bazar Ramadan

Rabu, 14 Jun 2017


Dengar khabar yang anak-anak Rita Rudaini tidak pernah menjejakkan kaki ke bazaar walaupun masing-masing sudah pun berusia lapan dan enam tahun.
“Saya teringin nak bawa anak-anak ke bazar bagi memperkenalkan mereka keseronokan bulan Ramadan di mana pelbagai makanan dijual di situ. Mungkin jika mereka sudah besar sikit baru saya berani bawa mereka”

“Mereka tidak pernah ada pengalaman itu, bukan kerana saya tidak mahu bawa tetapi bimbang keselamatan memandangkan bazar ramai orang dan saya tiada pembantu untuk mengawal mereka,” katanya kepada m Star Online.

Fathia Latiff berpurdah di Makkah (9 gambar)

Isnin, 12 Jun 2017

Baru-baru ini pula Fathia Latiff memuat naik foto dia memakai purdah di laman Instagramnya dan mendapat perhatian netizen, ketika ini Fathia difahamkan tengah menunaikan ibadah Umrah kali ke-3 bersama keluarganya dan sekaligus menyambut bulan Ramadan di Tanah Suci, Makkah.

Dan ini diantara pujian komen di Instagram milik Fathia mengenai gambar berpurdahnya itu.

Bukan niat saya untuk berlagak pandai! - Janna Nick

Baru-baru ini Janna Nick ada memuat naik gambar selfie dirinya bersolat terawik di masjid, dengan Shiela Rusly yang masih kusyuk solat. Tidak lama kemudian, ramai yang menhentam dan mengkritik Janna kerana dikatakan bersikap menunjuk.

Zizan Razak akhirnya menangis.. Sebab hal ini..

Rabu, 20 Julai 2016

Katanya Zizan Razak menangis kerana melihat Kaabah ketika menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah diantara pada 10 malam terakhir Ramadan lalu sehingga satu Syawal sebelum berangkat dan beraya di Tanah Air.

“Saya rasa bertuah kerana dapat menunaikan umrah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga satu Syawal. Saya dibawa oleh Adi Putra dan kali pertama melihat Kaabah di depan mata, saya menangis. Merasai sendiri pengalaman melihat Kaabah dengan mendengar cerita orang lain amat berbeza. Sebenarnya pelbagai perkara berlegar di ingatan”

“Saya teringatkan susah senang kehidupan dilalui sejak kecil sehingga dewasa. Dalam waktu itu, tiba-tiba wujud perasaan rindukan keluarga terutama terhadap ibu bapa. Secara tidak langsung membuatkan saya rasa begitu kerdil dan ingin lebih berjasa kepada keluarga, negeri, negara dan agama,” katanya kepada Kosmo Online

Ida Nerina dihina “take away” makanan di bulan Puasa TAPI... (4 gambar)

Khamis, 30 Jun 2016

Seorang yang dikenali sebagai Marym Lee telah tampil untuk menyuarakan pendapat mengenai hak wanita “uzur” untuk makan ditempat awam.

Mrym Lee menerusi akaun Facebook mendakwa emosi dan hak perutnya yang sedang kelaparan telah diganggu dengan teguran dan persepsi masyarakat berikutan kelakuannya yang makan secara terbuka di hadapan khalayak pada bulan Ramadhan.

Aktiviti Amyra Rosli setiap hari bulan Ramadan (2 gambar)

Khamis, 23 Jun 2016

Amyra Rosli memetik portal MediaHiburan yang dia tidak terlepas untuk ke bazar Ramadan setiap hari untuk membeli juadah berbuka puasa.

Ramai yang mengambil kesempatan untuk ber-selfie bersama pelakon cantik ini.

Jihan dipaksa Nabila Huda berbaju kurung Kedah pergi ke Pasar..

Khamis, 9 Jun 2016

Agak pelik apabila selebriti mengayakan baju kurung kedah untuk pergi ke Pasar. Jihan berbuat demikian untuk membeli barangan masakan di pasar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Damansara baru-baru ini atas permintaan Nabila Huda.

Itu semua adalah babak untuk rancangan TV, Resepi Memikat Suami (RMS) episod ketiga petang ini menyaksikan Abil menyediakan Sambal Masak Hitam dan Kuih Bakar untuk menambat selera dan hati suaminya, Mohd Izwan Johar.

Rancangan semepan Ramadan itu berlangsung setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). -AstroGempak

Walaupun dibedah dan dijahit, Tomok tetap puasa

Tomok meneruskan ibadat puasa seperti biasa biarpun menanggung kesakitan akibat bahu patah. Vokalis New Boyz itu menjalani pembedahan seminggu lalu bagi mengeluarkan besi yang dimasukkan ke bahagian yang cedera.

Tomok berkata jahitan pembedahan minggu lalu bakal dibuka dan doktor turut menegah beliau daripada melakukan kerja berat bagi mengelakkan komplikasi pada bahunya.
"Saya baharu saja menjalani pembedahan pada minggu lalu bagi mengeluarkan besi yang diletakkan pada bahu. Jahitan pula akan dibuka dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya berkongsi insiden yang menimpa sebagai teladan kepada mereka di luar sana supaya tidak mengalami perkara yang sama. Mungkin kerana tergesa-gesa bermain bola dan badan belum bersedia sehingga menyebabkan bahu patah hanya selepas beberapa minit turun ke gelanggang.

"Biarpun berat hati untuk berkongsi gambar jahitan itu di laman sosial, saya mengambil pendekatan untuk menjadikan ia sebagai iktibar kepada mereka yang gemar bersukan. Betapa pentingnya sesi memanaskan badan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku," katanya kepada BH Online.

Persiapan Ramadan & Raya Fasha Sandha

Jumaat, 3 Jun 2016

Nampaknya Fasha Sandha mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan selesa berbanding sebelumnya. Memetik Bharian Online, kemungkinan Fasha juga akan bercuti panjang tahun hadapan untuk bercuti dengan anak-anaknya.
"Boleh dikatakan rezeki anak-anak sentiasa ada. Cuma dalam kesibukan saya tetap memperuntukkan waktu berkualiti bersama mereka. Mungkin tahun depan kami berpeluang bercuti bersama-sama,"

"Kehidupan saya lebih tenang malah saya sudah bersedia menanti kehadiran bulan mulia ini bersama anak-anak. Buat masa ini mereka masih terlalu kecil untuk memahami erti Ramadan namun sudah semestinya saya akan berusaha berbuka puasa dengan mereka.

"Mengenai sambutan hari raya pula saya belum dapat pastikan sama ada meraikannya di ibu negara atau pulang ke Perlis. Buat masa ini saya masih terikat dengan komitmen kerja.

"Persiapan raya pun pun hanya bersederhana namun apabila dikelilingi keluarga ia lebih makna. Bagi saya tidak bererti segalanya perlu diganti baharu. Paling penting dapat luangkan masa dengan anak," katanya

Nak dekat Ramadan, Stacy belajar puasa tapi ini pula jadinya...

Ahad, 29 Mei 2016

Stacy pernah mengalami demam dan sakit kepala akibat terlalu lemah dan kekurangan air dalam badan gara-gara mahu berpuasa pada tahun lalu.

Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, berkata, ketika itu dia cuba untuk mendekati cara hidup Islam dan perkara itu mewujudkan rasa hormatnya kepada masyarakat muslim yang boleh bertahan melalui ibadat puasa selama sebulan.
"Dua hari saya cuba menahan lapar dan dahaga, masuk hari ketiga saya terus demam. Apa-apa pun itu satu pengalaman paling berharga dalam hidup saya.

"Berbeza sebelum mendalami Islam, kalau boleh saya nak tunggu hari raya saja sebab kawan-kawan saya sememangnya ramai beragama Islam.

"Tapi sekarang situasinya berbeza di mana rasa teruja untuk sambut Ramadan itu datang sendirinya dan suami saya terus memberi semangat untuk saya sempurnakan puasa, Insya-Allah," katanya kepada mStar Online.

Nabila Huda post gambar seksi, tak hormati Bulan Ramadan? (2 gambar)

Isnin, 13 Julai 2015

Nabila Huda dikatakan dikecam kerana bergambar seksi pada bulan Ramadan. Ramai tampil untuk menasihat dan ada tak kurang juga yang menyindir.

Tak tahulah jika Nabila Huda peka atau tidak dengan menghayati dan menghormati bulan Ramadan ini. Semoga ianya menjadi pengajaran yang berguna kelak.

Fesyen selebriti di Majlis Berbuka Puasa Astro (27 gambar)

Jumaat, 3 Julai 2015

Marsha Londoh berpuasa penuh di Bulan Ramadan sebab..

Rabu, 1 Julai 2015

Ramadan kali ini adalah tahun keempat buat Marsha Milan Londoh, 30, berpuasa secara konsisten. Dia tetap seronok menjalani ibadah itu terutama ketika bersahur dan berbuka.

Apa yang dilakukan itu seolah-olah memberi petanda bekas bintang Akademi Fantasia musim ketiga ini bakal memeluk agama Islam. Lebih-lebih lagi dia kini menjalin hubungan dengan jejaka Melayu berusia 28 tahun berasal dari Pulau Pinang.
“Saya berpuasa sebab menghormati kawan beragama Islam. Sejak menjadi artis dan berpindah ke Kuala Lumpur, saya dikelilingi rakan beragama Islam dan itu antara faktor saya berpuasa. Jadi apa yang saya lakukan sekadar memahami, lalui dan hormati,” katanya.

Alyah menangis ketika nak buka puasa sebab... (video)

Selasa, 30 Jun 2015

Nak tahu kenapa Alyah menangis ketika nak berbuka puasa. saksikan video ini.

Pengalaman pertama berpuasa di Los Angeles sangatlah.... - Lana Nordin.(4 gambar)

Isnin, 29 Jun 2015

Buat pertama kalinya Lana Nording dan suaminya, Mohd Daud telah melakukan ibadah puasa di Los Angelas, Amerika Syarikat sekitar 20 Jun yang lalu. Berpuasa di sana memakan masa selama 15 jam sehari dengan keadaan cuaca yang agak panas/kering memetik portal Hmetro.

Syawal nanti kemungkinan juga Lana tidak pulang ke Malaysia.

Sundal bertudung paling binatang! -Azwan Ali

Ada seorang wanita ni nak suggest Azwan Ali untuk ke sebuah tempat bernama Menate, namun telah disalah tafsir oleh Azwan sehinggakan dia membalas twitter itu dengan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya keluar pada bulan Ramadan ini.

Lara Alana bangun di waktu sahur (3 gambar)

Khamis, 25 Jun 2015

Di bulan Ramadhan ini, Lara Alana anak kepada Scha al Yahya dan Awal Ashaari dikhabarkan turut bangun bersama ibubapanya untuk bersahur.

Namun tidak makan yang berat-berat cuma minum susu. Bagi Scha, Ramadhan kali ini dia tidak merancang untuk berdiet tapi pemakanannya perlulah seimbang.

Bila Ramadhan, Siti Sarah bertudung..Lepas Ramadhan?

Isteri pelawak Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raisuddin kini dah bertudung. Namun akui Sarah ini bukan kali pertama dia bertudung pada bulan Ramadan, tapi sudah dilakukan pada tahun-tahun yang lalu.

Ini dibuat untuk menghormati kedatangan bulan Suci memetik laporan portal Murai semalam.

"Sebenarnya setiap Ramadan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini.

"Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini. Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini.

"Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan.

"Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main," -Siti Sarah.

Alyah dedah sikap Ramli MS ketika Ramadan...

Rabu, 24 Jun 2015


Satu masa dahulu pernah bergolak rumahtangga Dato ramlis MS dengan isterinya, yang juga penyanyi, Alyah. Kini mereka sudah melupakan hal itu dan kembali normal menjadi keluarga lebih bahagia.

Ini dibuktikan lagi dengan pengakuan Alyah memetik portal Murai, ketika waktu bulan Ramadan ini dimana suaminya itu yang menyediakan makanan untuk bersahur.

Mungkin tidak bermaksud  kenyataan Alyahi ini yang dia tidak tahu memasak cuma kata Alyah yang Ramli MS ni seorang yang...

Ayu Damit kini bertudung (gambar)

Isnin, 8 Jun 2015

Dengar khabar yang Ayu Damit, OIAM (One In A Million), sudah bertudung mengambil keberkatan bulan suci Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

"Saya sudah pasang niat lama nak menutup aurat dan Alhamdulillah kini saya anggap masa terbaik untuk bertudung," -Ayu petikan portal Bharian