Rossa Tidak Bertudung Sebab Kontrak

Pada: Rabu, 19 Jun 2013
Pelik dan aneh sungguh alasan Rossa apabila dikatakan dia buka tudung kerana takut kontraknya akan hilang. Tambahan lagi orang ramai pasti tidak suka dengan cara Rossa yang memperlihatkan mempersendakan hukum agama.

Rossa yang sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu selayaknya memahami hajinya mabrur atau tidak, namun melihat tindakan Rossa ini sepertinya hajinya tidak mabrur. Wallahualam.
“Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu.

“Sejujurnya, saya terpaksa berbuat demikian kerana perlu mematuhi kontrak dan perjanjian yang sudah dipersetujui lebih awal. InsyaAllah, selepas segala perjanjian atau kontrak tamat, mungkin saya akan berhijab atau selepas mendirikan rumah tangga,

“Rasanya penampilan saya sekarang lebih sopan,” -Rossa. BHarian

Tag : , , , , ,