Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Elly Mazlein beri kejutan untuk ayahnya.. rupanya...

Selasa, 12 September 2017

Bukan main lagi penyanyi Elly Mazlein membuat kejutan kepada ayahnya tersayang, dengar berita dari HarianMetro yang dia telah menghadiahkan sebuah kereta mewah Mercedes-Benz C200 yang dianggarkan bernilai sekitar RM200,000.

Elly berkata, hadiah itu bakal diberikan selepas bapanya pulang dari menunaikan ibadah haji pada 4 Oktober ini.

Fouziah Latif, Nassier Wahab buat pengumuman penting!

Khamis, 24 Ogos 2017

Penyanyi terkenal, Fauziah Latiff atau dikenali sebagai Kak Gee dan Nassier Wahab mengumumkan untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Menerusi laman sosial Nassier, dia telah memberitahu yang dia dengan Kak Gee bakal menunaikan ibadah berkenaan setelah selesai kenduri selamat hujung minggu lalu.

Semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.

Luahan terbaru Fara Fauzana mengenai perkahwinannya

Isnin, 19 September 2016

Seperti sedia maklum, pernikahan Fara Fauzana dan Mohamed Hafiz dibatalkan atas alasan peribadi yang dinyatakan Fara dalam kenyataan yang mengejutkan peminat, baru-baru ini.

Namun baru-baru ini, Fara berkongsi luahan hati berkaitan dengan perkahwinannya itu di laman Instagram dengan memuat naik gambar sijil kursus ibadat haji.
"Ikut tarikh ikut hati sudah tiba masanya. Tapi setiap apa yang kita rancang hanya Allah yang tahu apa yang terbaik.

Doakan supaya Allah izinkan saya untuk menjadi tetamu di tahun hadapan supaya melengkapi rukun Islam," caption gambar itu.
Tambah Fara, dibawah gambar berkenaan.
"Ramai yang berkata, ramai yang bertanya tapi siapalah saya untuk menahan semua kerana percaya setiap kata itu juga doa terbaik. Terima kasih semua kerana terus menjadikan saya kuat seperti hari ini. Semoga Allah terus membimbing kita. Sayang semua,"

Sektiar ibadah Haji Hafiz Hamidun (17 gambar)

Rabu, 14 September 2016

Sekitar ibadah Haji Neelofa, Vie Shantie (17 gambar)

Selasa, 13 September 2016

Vie Shantie, Neelofa tunai ibadah Haji bersama (6 gambar & video)

Selasa, 6 September 2016

Sekitar Umrah Rozita Che Wan dengan keluarga (10 gambar)

Selasa, 8 Mac 2016

Dikatakan perangai semakin teruk selepas Haji, ini komen Nabil...

Jumaat, 25 Disember 2015

Dengarnya ada yang tak puas hati dengan Nabil Ahmad mengenai perangainya yang didakwa semakin teruk selepas menunaikan ibadah Haji tahun ini.

Namun ini lah komen Nabil terhadap golongan yang berfikiran negatif terhadapnya.

Apabila Rosyam Noor 'dibelasah' Ustaz Zawawi

Selasa, 9 Jun 2015

Petikan laman sosial group di Facebook..

Antara Halal dan Haram tak akan pernah bercampur Umpama air dan minyak ! Minggu lepas, ..kebetulan takde kt channel tv1, ustaz zawawi jadi ahli panel...termasuk Fauziah Nawi dan Nazrey Raihan...tajuknya Hiburan...Jalan ke....? spt biasa, di hoskan oleh rosyam nor Memang bagus diskusi tu..ustaz zawawi citer, hiburan sememangnya halal malah akan menjadi wajib kpd sesorg jika dia tidak boleh hidup tanpa hiburan. contohnya, si mamat ni mesti dengar lagu untuk menceriakan hidup dia, kalau tak dengar lagu, dia tak bleh nak survive...tambahan pulak, memang dah naluri manusia, perlukan hiburan. Jadi Islam tak melarang untuk kita berhibur Tapi, hiburan tu mestilah tidak bertentangan dgn syariah..contohnya, tiada pergaulan bebas..tidak melalaikan.. Soalan rosyam nor kpd fauziah nawawi nyata menjerat mereka berdua...rosyam tanye, bagaimana pulak kalau rosyam jadi anak, fauziah jadi ibu..sudah tentu ade pelukan @ bersentuhan, semata-mata nak hidupkan lakonan tu.. fauziah pulak jawab, memang nak tak nak..kenalah ade sentuhan sbg seorg ibu & anak...beliau hanya melakonkan shj tapi niat beliau baik...nak tunjukkan kpd umum tentang pentingnya kasih sayang seorg ibu kpd anaknya...

Alhamdulillah Adi Putra berangkat menunaikan fardu Haji (gambar)

Selasa, 30 September 2014

Syukur Alhamdulillah, selepas Datuk Jamal Abdillah dan Afdlin Shauki mendapat panggilan Kaabah di Makkah untuk menunaikan fadhu Haji, kali ini Adi Putra juga tidak ketinggalan untuk turut sama dengan mereka.

Namun, Adi sebelum berangkat pergi seorang diri, dia sempat memuatnaik sekeping gambar dimana dia mahu memohon maaf kepada sesiapa yang pernah disakiti olehnya.

Semoga dengan kepulangan mereka nanti, ibadah mereka diterima (haji mabrur) dan menunjukkan perkembangan yang lebih positif. :) -gambar Murai

Jamal Abdillah tunaikan fardu Haji (2 gambar)

Sabtu, 27 September 2014

Alhamdulillah. Datuk Jamal Abdillah diberitakan akan ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah fardu Haji. Beliau kelihatan di KLIA Sepang untuk berlepas ke sana.

Kelihatan anak-anaknya serta rakan-rakannya yang sempat bersama-sama untuk kepergiannya. Difahamkan memetik portal BHarian, Jamal berada di sana selama 16 hari.

Terkini!, Umie Aida ke Mahkamah Syariah..

Rabu, 2 Julai 2014

Admin baru sahaja menerima sebuah email dari seseorang yang mendakwa dan mengakui ternampak kelibat Datin Paduka Umie Aida di sekitar Pejabat Agama Islam Shah Alam sekitar tengahari tadi.

Menurut sumber itu lagi, dia ternampak Umie berada di tingkat 4 iaitu tingkat dimana terdapatnya Bahagian Undang-undang Keluarga bersama peguam syarienya.

Antara desas desus mengapa dia ke sana kata sumber itu, disebabkan Umie ingin pergi menunaikan ibadah fardu Haji namun permintaannya itu ditolak oleh suaminya, Datuk Paduka Khairuddin.

Wallahualam. Kita tunggu kenyataan Umie Aida berkaitan hal ini, maybe dia saje jalan-jalan je kot. hehe.

Gambar Mizz Nina Bertudung

Selasa, 29 Oktober 2013

Khabarnya Mizz Nina kini bertudung setelah selesai menunaikan ibadah haji baru-baru ini. Wah Alhamdulillah kalau seperti itu. Mizz Nina juga membuka butiknya yang tersendiri yang mungkin terdiri daripada barangan muslimah di http://instagram.com/mizzdemeanormy

Hajah Mizz Nina, Haji Noh

Isnin, 14 Oktober 2013

Wah tahniah dan diucapkan Alhamdulillah kepada kedua-dua pasangan selebriti ini, Mizz Nina dan suaminya Noh Hujan yang pergi menunaikan ibadah haji.

Baguslah seperti ini, semoga bahagia dunia akhirat pasangan ni, dan diharap kembalinya Mizz Nina ke Malaysia, dia akan bertudung. Mesti Sweet kan. :)

Rossa Tidak Bertudung Sebab Kontrak

Rabu, 19 Jun 2013

Pelik dan aneh sungguh alasan Rossa apabila dikatakan dia buka tudung kerana takut kontraknya akan hilang. Tambahan lagi orang ramai pasti tidak suka dengan cara Rossa yang memperlihatkan mempersendakan hukum agama.

Rossa yang sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu selayaknya memahami hajinya mabrur atau tidak, namun melihat tindakan Rossa ini sepertinya hajinya tidak mabrur. Wallahualam.
“Saya akui tindakan membuka tudung mengundang pelbagai reaksi negatif. Mereka tidak suka dengan tindakan itu.

“Sejujurnya, saya terpaksa berbuat demikian kerana perlu mematuhi kontrak dan perjanjian yang sudah dipersetujui lebih awal. InsyaAllah, selepas segala perjanjian atau kontrak tamat, mungkin saya akan berhijab atau selepas mendirikan rumah tangga,

“Rasanya penampilan saya sekarang lebih sopan,” -Rossa. BHarian

Rossa Buka Tudung

Jumaat, 11 Januari 2013

gambar Rossa ketika acara berkenaan. foto KapanLagi
Sebelum ini Rossa pernah mengenakan hijab atau tudung setelah kembalinya dari menunaikan ibadah Haji. Dan itu adalah pegangan yang dipegangnya sejak pulang dari ibadah berkenaan.

Namun yang buat memeranjatkan apabila dia kelihatan tidak bertudung atau membuka hijabnya itu di dalam satu acara baru-baru ini. Dan kenapa dia berbuat demikian, Rossa akui dia ada jawapan untuk itu.
"Saya ada alasan sendiri... untuk saat ini, saya ada kaitan dengan pelbagai pihak, dan pada perjanjiannya saya belum bertudung... saya belum boleh. Kalau nanti Allah menggerakkan hati orang-orang itu, saya akan pakai tudung. Masing-masing mempunyai keputusan sendiri, yang penting saya berkelakuan baik." kata Rossa.

Gambar Rossa Bertudung

Khamis, 29 November 2012

Hari Raya Haji yang lalu, penyanyi Rossa ada pergi menunaikan ibadah berkenaan. Dan sekembalinya dari Tanah Suci, Rossa mungkin niatnya untuk mengenakan tudung pada dirinya sudah sampai serunya. Kini dia tampil dengan bertudung di khyalak ramai. Alhamdulillah satu permulaan yang baik.

Gambar Sebelum Rossa Mengerjakan Ibadah Haji

Jumaat, 12 Oktober 2012

Tidak lama lagi Hari Raya Qurban atau Haji akan menjelma dan pastinya kita tidak sabar-sabar untuk bercuti pada hari itu. Bagi selebriti seberang yang terkenal di Malaysia, Rossa, dia sudah tidak sabar-sabar untuk mengerjakan ibadah haji berkenaan. Baru-baru ini diadakan satu majlis kesyukuran di kediamannya di Jakarta untuk kepermergiannya ke Tanah Suci yang dijadualkan pada hari ini. -gambar detik.com

Aizat mahu menunaikan ibadah Haji tahun ini!

Khamis, 12 Julai 2012

Aizat Amdan merancang ingin menunaikan ibadah haji pada tahun ini selepas berasa diri sudah bersedia untuk melaksanakan rukun Islam yang kelima itu. Hati Aizat mula terbuka selepas dia menunaikan umrah bersama-sama dengan Noh (Hujan) dan Altimet bagi menjayakan program TV9, Umrah Kita pada Mac lalu dan menganggap usia bukanlah satu penghalang untuk beribadah.

"Pada pendapat saya, jika ada simpanan kewangan yang lebih serta keizinan kesihatan yang baik, adalah lebih baik untuk kita menunaikan haji semasa umur masih muda.

"Tidak perlu menunggu pada hari tua. Ketika muda inilah, dengan tubuh badan yang sihat dan masih kuat, ibadah kita menjadi lebih mudah.

"InsyaAllah, saya juga berhasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini jika tiada aral melintang," katany. -Via

Gambar Abby Fana Bertudung

Sabtu, 10 Disember 2011

Wah selepas balik dari menenunaikan ibadah haji beberapa bulan yang lalu, Abby Fana kini kelihatan berseri-seri. Almaklumlah dia dah tunaikan ibadah haji, dan kini dah boleh digelar hajjah. Perubahan yang Abby lakukan amatlah berpatutan, kini dia dah bertudung. Melihat daripada penampilan terbarunya ini melalui MHI (Malaysia Hari Ini) baru-baru ini. Syukurlah kalau macamtu, harap-harap ramai lagi selebriti atau personaliti TV akan mengikuti jejak Abby selepas ini.