mFace Laman Sosial Milik Datuk Ac Mizal

Pada: Jumaat, 14 Jun 2013
Ni la dia anak Melayu yang berjaya dalam dunia perniagaan. Dari jadi anak seni, terus ke cabang perniagaan korprat. Datuk Ac Mizal terbaru membelanjakan jutaan Ringgit untuk membeli ruangan iklan di pesawat milik AirAsia untuk mempromosikan nama laman sosial milik AC Mizal iaitu Malaysian Face (mFace) mface.Me.

Kemungkinan bakal menyayingi Facebook. Dan ini sedikit komen dari Ac melalui portal Murai semalam.
"Sebenarnya, saya tidak boleh mendedahkan berapa nilai pembelian saya tetapi saya boleh katakan ianya sudah tentu mencecah jutaan ringgit. Namun, saya bukanlah membeli satu kapal terbang milik AirAsia untuk kegunaan saya tetapi saya menggunakan sebuah kapal terbang milik mereka untuk diletakan logo Mface selama setahun di luar permukaan kapal serta iklan di dalam majalah 3Sixty keluaran AirAsia.

"Dalam masa setahun itu, kapal terbang ini akan membuat penerbangan di sekitar Asean. Alhamdulilah, kini cita-cita saya hendak melihat Mface terbang tinggi ke udara telah tercapai,

"Saya tahu, ianya satu pelaburan yang besar tetapi sekurang-kurangnya saya dapat membuktikan kepada orang di luar sana bahawa perniagaan yang saya jalankan selama ini bukanlah yang sia-sia tetapi menjana keuntungan.

"Lagipun saya rasa rakyat Malaysia patut berbangga dan menyokong dengan produk Malaysia yang saya usahakan selama ini," Datuk Ac Mizal

Tag : , , , , , , , ,