Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kalau tipu, pergi lapor Polis! - Boy Iman

Khamis, 28 September 2017

Sebelum ini, Yusoff Azmi iaitu Pengerusi PPIM bertemu meminta penjelasan daripada Datuk Boy Iman dan pertubuhan itu sedang buat siasatan dan akan menyerahkan hasil siasatan mereka kepada pihak polis tidak lama lagi. Namun, Datuk Boy Iman tetap menegaskan bahawa tiada penipuan berlaku di dalam syarikat DBI Properties yang membina rumah kos rendah.

Malah Boy Iman juga turut mencabar mana-mana pihak yang tertipu agar membuat laporan polis. Boy Iman juga turut menerangkan mengapa dia menyertai NGO Angkatan Perpaduan Islam dan memegang gelaran Paduka Ayahanda di dalam persatuan tersebut.

"Tiada bukti saya lakukan kesalahan. Pergilah buat laporan polis kalau betul saya menipu. Ini adalah fitnah semata-mata. Saya buat cara yang betul kerana ikhlas nak cari makan. Ibu saya juga terpengaruh dengan kekecohan yang timbul dan menyuruh saya pulangkan wang, tapi bukan saya yang terbabit dengan isu itu.

Saya menjadi ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menggunakan konsep berbaiah ini sejak berusia 23 tahun lagi. Apa yang dilakukan bertujuan mengangkat dan membela agama, bangsa dan negara.

Tujuan saya lebih kepada membawa kebajikan dan membangunkan ekonomi dalam kalangan umat Islam. Menolong orang bina rumah dengan kos rendah antara matlamat saya.

Saya tidak tahu apa tujuan pihak itu menyebarkan berita ini. Seperti dikatakan, saya adalah ahli korporat dan sentiasa mencari peluang untuk memajukan syarikat saya.

Saya alu-alukan sesiapa yang nak menyemak nama syarikat saya atau nama saya di balai polis sama ada pernah ada laporan berkaitan saya menganiaya orang atau menipu wang orang" -Kata Datuk Boy Iman kepada HarianMetro

Datuk Seri Vida lelong cincin rama-rama, harga asal adalah... WOW!

Jumaat, 22 September 2017

Memetik Utusan Malaysia, Datuk Seri Vida mahu melelong pula barangan kemas termasuk cincin yang dipakainya dalam video muzik terbaru I Am Me. Katanya cincin rama-rama itu ditempah khas dan harganya mencecah RM400,000!
“Cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa,”

“Sebenarnya saya rancang buat klip video sebegitu sejak dua bulan lalu sewaktu lagu I Am Me dilancarkan, tak sangka konsep yang saya fikir itu dah dipakai oleh Taylor Swift dulu.

"Kalau dia mandi berlian, saya pula mandi wang. Tak tahulah kalau dia juga dikecam seperti saya,” katanya lagi.

Ada orang tanya Nur Sajat sembahyang Jumaat atau tak, ini jawapan Sajat..

Khamis, 21 September 2017

Kasihan Nur Sajat ni, ada sahaja orang nak kenakan dia dengan komen dan pertanyaan yang sensitif bagi dirinya. Baru-baru ini dia ditanya oleh seorang mamat ni, yang bertanyakan, "Awak pergi sembahyang Jumaat tak awak??" dan ini jawapan yang Sajat bagi..

Dituduh riak sebab Datuk Seri Vida tayang harta

Selasa, 19 September 2017


Video klip lagu I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida di Youtube mendapat jutaan tontonan. Namun bagi empunya diri, ianya masih belum lagi memuaskan hatinya.

Kini Vida difahamkan tengah membuat pengubahsuaian mengikut cara dan kemampuannya yang sebenar. Apa lagi, diserapakan lah beberapa harta kepunyaanya kedalam video berkenaan.

Namun ramai yang mengecam dan lebih berpendapat kepada bersifat riak.

Syarikat Boy Iman kantoi lagi? kali ini soal logo...

Ahad, 17 September 2017


Syarikat DBI Technology Sdn Bhd milik Dato’ Boy Iman kini semakin didedahkan 'kekurangannya'. terkini penggunaan logo Sirim Berhad dan CIDB Malaysia di dalam poster syarikat ini juga dipertikaikan. Kedua-dua pihak ini telah tampil memaklumkan yang syarikat pelakon tersebut tidak pernah diberikan kebenaran untuk menggunakan logo mereka.

Sirim Berhad memaklumkan bahawa agensi tersebut tidak pernah mengadakan sebarang kajian, ujian produk termasuk perkhidmatan membabitkan syarikat tersebut. Berikut ialah kenyataan daripada Sirim Berhad:

Boy Iman nak kahwin dengan Tasha Shila! Hot

Sabtu, 16 September 2017

Datuk Dr. Boy Iman kata dia nak kahwin lagi satu, dengan Tasha Shila. Biar betul. Namun ianya sudah dinyatakan oleh Boy sendiri melalui laman Instagram miliknya.

Dengan kapsyen "Bersama TS (Tasha Shila), Geng lama. Insha-Allah jika ada jodoh kita kahwin" !

Ramai yang terkejut, tapi nasib baik ayat bawahnya ada penjelasan yang diberi. "Eh2.. Kita berkerja sama2. Dalam filem “Blok 404” & teater “Kontena 404”.

Kikiki

Anak Datuk Seri Vida, Cik B pandai hisap Vape!

Jumaat, 15 September 2017

Baru-baru ini, anak Datuk Seri Vida, Cik B mengejutkan apabila penayangan sebuah video yang dimuat naik di laman sosial gara-gara anak perempuannya iaitu Cik B dah pandai hisap vape!


Siap ada asap putih keluar dari mulutnya. Ramai yang terkejut dengan perbuatan seorang budak yang baru berusia 12 tahun ini. Apa yang berlaku seterusnya? lihat video di bawah ini.



Tayang kunci kereta mewah ketika sarapan, Aliff Syukri dikecam

Khamis, 14 September 2017



Begitulah adat bila banyak harta, tak sah kalau tak menunjuk nunjuk. Ni sifat yang susah orang kaya nak buang. Sukar pula yang lihat orang kaya yang tak menunjuk.

Datuk Aliff Syukri pula lain ceritanya, akibat menayangkan dengan memuatnaik gambar kunci kereta mewahnya ketika waktu sarapan dengan caption 'sarapan pagi saya?', padah pula menimpanya, bukan ramai yang suka, tapi ramai pula yang mengecam.

Orang ramai memang suka dengan Aliff Shukri sebab muda-muda dah rajin dan menjadi jutawan, tapi kadang kala sikap menunjuknya itu jugalah yang memakan diri, ramai juga orang yang tidak suka akan sikap beliau itu.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik bila berharta dan berduit ni memang besar dugaan dia, itu sudah pasti!

'alat sulit' Nur Sajat kelihatan? (video)

Jumaat, 25 Ogos 2017

Nah semalam Nur Sajat ada memuatnaik video dia sedang berkaraoke. Namun tanpa disedari ada sesuatu di bahagian sulitnya yang menjadi perbualan hangat.

Ramai menyangka itu adalah alat sulitnya yang 'parking tepi'.

Inikah kekasih Nur Sajat? jejaka berbadan sado..

Jumaat, 11 Ogos 2017

Nur Sajat buat kejutan apabila dia memuatnaik gambar dikatakan 'kekasih' hatinya. Jejaka berbadan sado itu dikenali sebagai nama Coach Yin.

Bagaimanapun Sajat mengakui lelaki itu adalah rakan lelaki paling rapat dengannya.

Wah! ini sebenarnya indentiti jejaka 'misteri' Fasha Sandha (7 gambar)

Rabu, 9 Ogos 2017

Jejaka yang dimuatnaik oleh Fasha Sandha dalam instagram miliknya bukan jejaka calang-calang. Dia sebenarnya memiliki kerjaya yang dianggap cukup gah.

Jejaka berkenaan bernama Mukhlis atau nama sebenarnya Ahmad Mukhlis Bin Mohd Rosdi yang juga merupakan seorang pengasas kepada satu produk kecantikan dan kesihatan yang terkenal iaitu Amaura Hq. Mukhlis yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan

Ingat saya gatal sangat ke nak laki? - DS Vida

Selasa, 8 Ogos 2017

Datuk Seri Vida telah menyatakan yang dia cukup marah kerana banyak pihak menganggap dia seorang yang gatal. Baginya soal jodoh itu bukan soal utama dalam hidupnya.

Vida menegaskan dia mahu memfokuskan bidang perniagaannya daripada terus difitnah mencari lelaki sana sini.

Aliff Syukri cari anak angkat, apa sebab dia|?

Isnin, 7 Ogos 2017

Dengar khabar yang Datuk Aliff Syukri mengumumkan hasrat untuk mencari sepasang anak angkat. Aliff tidak kisah latar belakang bayi tersebut dari mana ianya berasal.

Menerusi laman sosial nya, Aliff memberikan nombor telefonnya dan meminta orang ramai menghubunginya menerusi talian yang tertera bagi tujuan itu.

Namun tidak diketahui kenapa dia mahu mengambil anak angkat.
"Siapa yang nak berikan bayi kepada saya nak jaga... tak kisah anak itu dari mana. Anak luar nikah ke, apa ke... jangan nak buang saya nak jaga.

"Sila whatsapp segera ke 012-3545766. Hantar gambar baby tau saya nak sepasang. Dan detail semua untuk anak angkat saya," tulis Aliff

Komen balas cool Datuk Aliff kepada kenyataan pedas Chef Wan

Ahad, 30 Julai 2017


Chef Wan baru-baru ini ada mengeluarkan pendapatnya yang mengatakan Datuk Aliff Syukri tiada kelas makan di tepi jalan ketika Datuk Aliff dan keluarganya bercuti di Eropah.

Namun bagi Datuk Aliff dia membalas pendapat Chef Wan itu dengan nada yang cukup menutupi segala mulut Chef Wan mengenai dirinya.

Nur Sajat tunjuk 'bahagian sulitnya' bukti jantina?

Kasihan Nur Sajat ni, selalu kena hina dan perli pasal jantina dia di media sosial. Ramai yang tak sudah-sudah lemparkan hentaman sebab jantinanya.

Kali ini dia tampil menjelaskan mengenai bahagian sulit berkenaan melalui satu video yang dimuatnaik olehnya baru-baru ini. Layan..

Nasihat Neelofa kepada mereka yang berduit TAPI...

Rabu, 26 Julai 2017

Enggan lagi melayan gosip percintaan lama dengan mana-mana pihak serta kontroversi dan tanggapan negatif netizen terhadap dirinya, Neelofa kini mahu meneruskan kehidupannya dan mencari kebahagiaan beliau diri.

"Apa yang saya inginkan sekarang adalah kebahagiaan diri, dan soal lain saya tolak ke tepi. Dulu, saya memang mencari apa yang sangat diinginkan dalam hidup.

Namun, tiada maknanya juga apabila berduit, mempunyai populariti dan hidup dalam limpahan kemewahan jika hati tidak bahagia. Saya belajar mengenal diri, apa yang membuatkan saya suka dan bersedih.

Hari ini, datang apa saja dugaan, saya tetap gembira dengan hidup saya." katanya kepada Bharian

Lagu macam ayam!, ini reaksi DS Vida..

Rabu, 19 Julai 2017

sebelum ni penyanyi Jalil Hamid terkenal dengan lagu Ayam, kali ini jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida turut mendapat tempias yang sama kerana haiwan tersebut.

I Am Me ke ayam mi? Itu antara persoalan netizen yang sudah menonton klip video single pertama Vida yang dilancarkan pada Jumaat lalu.

Datuk Seri Vida berjudul I Am Me versi metal (video)

Sabtu, 15 Julai 2017


Rata-rata menyukai versi metal I Am Me dan memuji tindakan gitaris yang dikenali sebagai Max Sayuti mengubah rentak lagu itu sehingga ia kedengaran lebih menarik. Jom Dengar!

Hafiz tak tahu isteri muatnaik gambar 'seksi' (2 gambar)

Rabu, 5 Julai 2017


Akibat memuat naik foto di Instagram dengan berpakaian tidak sesuai imej sebagai wanita bertudung, isteri kepada penyanyi nasyid Hafiz Hamidun iaitu Joyrevfa atau Joy dikecam teruk oleh netizen!

Foto yang dimuat naik Joy pada Ahad lalu itu merupakan salah satu foto untuk promosi produknya, Merve.

Rita Rudaini dedah sebab kenapa restoran miliknya ditutup!

Isnin, 19 Jun 2017

Sebelum ini, Rita Rudaini ada membuka perniagaan restoran yang diberi nama Rumah Kueh dimana konsep restorannya dengan menjual kuih tradisional yang sukar didapati di bandar Kuala Lumpur.

Namun memetik portal mStarOnline, khabarnya restoran milik Rita itu sudah pun menutup sepenuhnya restoran selepas setahun ia beroperasi.

Menurut Rita, beliau mengambil keputusan untuk menutup Rumah Kueh kerana ia tidak mendapat sambutan.
Sebenarnya keputusan saya menutup restoran itu bukan kerana ada apa-apa masalah sebaliknya kontrak menyewa premis itu sudah pun tamat baru-baru ini.

Antara alasan lain saya tidak menyambung kontrak kerana pelanggan tidak ramai memandangkan kawasan itu bukannya tumpuan orang kerana ia masih baru.