Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

mFace Laman Sosial Milik Datuk Ac Mizal

Jumaat, 14 Jun 2013

Ni la dia anak Melayu yang berjaya dalam dunia perniagaan. Dari jadi anak seni, terus ke cabang perniagaan korprat. Datuk Ac Mizal terbaru membelanjakan jutaan Ringgit untuk membeli ruangan iklan di pesawat milik AirAsia untuk mempromosikan nama laman sosial milik AC Mizal iaitu Malaysian Face (mFace) mface.Me.

Kemungkinan bakal menyayingi Facebook. Dan ini sedikit komen dari Ac melalui portal Murai semalam.
"Sebenarnya, saya tidak boleh mendedahkan berapa nilai pembelian saya tetapi saya boleh katakan ianya sudah tentu mencecah jutaan ringgit. Namun, saya bukanlah membeli satu kapal terbang milik AirAsia untuk kegunaan saya tetapi saya menggunakan sebuah kapal terbang milik mereka untuk diletakan logo Mface selama setahun di luar permukaan kapal serta iklan di dalam majalah 3Sixty keluaran AirAsia.

"Dalam masa setahun itu, kapal terbang ini akan membuat penerbangan di sekitar Asean. Alhamdulilah, kini cita-cita saya hendak melihat Mface terbang tinggi ke udara telah tercapai,

"Saya tahu, ianya satu pelaburan yang besar tetapi sekurang-kurangnya saya dapat membuktikan kepada orang di luar sana bahawa perniagaan yang saya jalankan selama ini bukanlah yang sia-sia tetapi menjana keuntungan.

"Lagipun saya rasa rakyat Malaysia patut berbangga dan menyokong dengan produk Malaysia yang saya usahakan selama ini," Datuk Ac Mizal

ABPBH 2012 Tipu?

Selasa, 16 April 2013


Walaupun ABPBH 2012 yang lalu sudah lama berlalu, namun ada pula kontroversi baru yang timbul yang didakwa oleh peminat Ady Putra, 1HotLovers ymendakwa ang penganjur tidak tulus dan jujur dalam pengiraan undi.

Mereka mendakwa telah membuat lebih daripada 42,000! hantaran surat pencalonan ABPBH 2013 hanya untuk Ady Putra khas dan am untuk lain-lainya, namun ABPBH 2012 melalui Bpop mengumumkan Ady hanya mengumpul undian sebanyak 24,000 yakni hampir kurang 50 % daripada hantaran yang mereka dakwa.

Oleh sebab itu mereka kemukan bukti serta membidas penganjur di dalam laman sosial masing-masing. Zz



Magnetic Aura Beri Anda Kekuatan Luar Biasa

Sabtu, 17 November 2012


Nak cari sesuatu yang bertenaga dan memang berkesan memang banyak produk berkenaan di pasaran. Namun kadang kala tanpa bukti, kita sering tertipu dan merasakan duit di bazirkan sebegitu sahaja. Kini admin mahu mengenalkan kepada korang semua pembaca-pembaca tegar, mengenai satu produk khas untuk memberikan anda tenaga luar biasa yang tidak mampu tercapai akal fikiran.

Ini bukanlah produk dari alam ghaib atau melalui khidmat bomoh/dukun, namun ianya adalah kajian produk sains yang terkini yang di formulasi oleh pakar-pakar dalam bidang perubatan alternatif. Ya inilah dia produk keluaran Magentic Aura yang ditunggu-tunggu.

Terdapat dua jenis produk yang ditawarkan, iaitu.

- Minyak Magnetic Aura mempunyai formula yang sangat istimewa. Formulanya yang sungguh istimewa menyebabkan sebotol minyak Magnetic Aura  akan mempunyai medan tenaga yang besar dan luas kawasannya.  Apabila satu medan tenaga bertembung dengan satu lagi medan tenaga yang positif, gabungannya akan menghasilkan satu medan tenaga yang lebih besar sambil memancarkan maklumat yang bergabung tadi. Manfaatnya akan dikongsi bersama sesiapa yang berada dalam medan tenaga tersebut.

Bagi yang mengerjakan ibadat Haji atau Umrah di Mekkah, satu botol Minyak Magnetic Aura yang dibawa di salam beg sandang semasa tawaf, akan memancarkan tenaga zikir dan doa yang dibaca semasa tawaf. Kaabah sendiri ada medan tenaganya yang amat besar, luas dan pekat dengan tenaga keberkatan. Semasa tawaf, kedua-dua medan tenaga ini akan bergabung dan memberi kesan yang hebat kepada jemaah. Di tempat lain dalam Masjidil Haram dan di semua tempat-tempat Ibadat haji dan umrah akan memberi kesan yang sama. (baca lagi..)

- Sabun Magnetic Aura pula berfungsi seperti kandunganya yang berasal dari air sirih; iaitu menyahkan atau mengeluarkan toksik-toksik, racun, tenaga negatif dsbnya. Jika dibawa dalam beg sandang semasa wukuf dan melontar di Mina, medan tenaga sabun tersebut membantu mengelurkan tenaga negatif dengan lebih mudah lagi.

Dengan kata lain, produk ini dikatakan mampu memberikan kesan positif secara automatik di badan kita dengan membantu melancarkan sistem peredaran darah. Ianya bukan hasil bahan kimia 100% namun bahan yang digunakan adalah daripada bahan semulajadi yang kaya dengan sumber-sumber asli. (baca lagi..)
Kalau nak diikutkan ramai yang sudah berjaya dengan mencuba produk terbaik dan terhangat di pasaran ini. Bukti-bukti seperti pengguna yang menggunakannya telah dimuatnaikkan dalam video di laman Youtube. Memang tak habis nak cerita mengenai bukti-bukti yang telah berjaya dihasilkan, kalau belum cuba belum lagi tahu kan.
Dibawah ini adalah diantara testimoni yang dipetik daripada mereka yang berpuas hati dengan keberkesanan produk.


lagi video kehebatan Magnetic Aura di Sini 

Magnetic Aura Malaysia telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Bukan sahaja dalam mempromosi dan menjual produk, malahan telah dibuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi salah satu pengedar produk berkomersial tinggi ini.

Jika anda berminat atau mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk kesihatan yang menakjubkan ini, boleh mengunjungi salah satu alamat dibawah yang tertera..
Magnetic Aura Sdn Bhd (company no.980348)
No 28 Tingkat 1 Jalan Reko Sentral
Jalan Reko Kajang, 43000, Kajang,
Selangor, Malaysia.
Tel : +6 03-87332164
Hotline : +6 012-7212184 +60194515152,
Email : auramagnetic2u@gmail.com
laman web : www.magneticaura.com, www.auramagnetic2u.com
laman FB  : facebook.com/magneticaura 18,000 fan!!

Gambar Terbaru Ziana Zain

Jumaat, 28 September 2012

Ziana Zain walaupun dah beusia namun penampilannya masih lagi berbisa, bahkan ada orang mengatakan dia begitu awet muda dan ianya seakan-akan sama ketika zaman popularnya dahulu. Memang itu ramai yang akui, namun pada dasarnya usia meningkat pasti ada perubahan yang ketara bukan.

Ini juga menjadi bukti terbaru apabila Ziana ditemui ketika majlis Antabax Mr Cool Search 2012 yang berlangsung baru-baru ini. Anggun dan menawan dengan baju berwarna serba biru. -gambar Blackpepper Production

Rozita Che Wan Buka Facebook Baru!

Jumaat, 21 September 2012

Kalau tidak silap, Rozita Che Wan adalah selebriti yang terkini yang mahu menggunakan platform laman sosial untuk berkomunikasi dengan peminatnya. Dia bercadang hendak membuka laman sosial Facebook sebagai salah satu langkah mengeratkan hubungan dirinya dengan peminat selain menapis beberapa laman sosial 'fake' yang dibuat atas nama Rozita Che Wan,

Untuk mengetahui berita dirinya dan seumpamanya yang itu sudah pasti menjadi keutamaan. Tidak tahu pula kalau selain itu, kot-kot mencari jodoh ke apa ke kan. Sebelum ni Rozita mengakui dirinya single dan mahu mencari jodoh. Semua ini dalam perancangan, kalau sesiapa yang rajin check Facebook tu, pasti sudah like page berkenaan. =.= http://www.facebook.com/RozitaCheWanRCW

“Saya bersetuju untuk membuka akaun FB dan menggunakan medium laman sosial untuk  berkomunikasi dengan para peminat. Saya juga ingin berkongsi dengan para peminat mengenai perjalanan seni saya serta aktiviti-aktiviti terbaru,” -kata Rozita melalui portal GUA

Gambar Adira AF dengan kekasih baru?

Jumaat, 11 Mei 2012

Selepas berpisah dengan Hafiz AF, Adira AF kini lebih senang bersendirian. Namun ramai yang yakin Dira kini bersendirian. Namun benarkah itu semua? baru-baru ni ada sedikit gambar kantoi, gambar kemesraan Adira bersama seorang jejaka yang bernama AGcoco. Tidak dapat dipastikan siapa AGcoco ni, gambar mesra mereka kelihatan ketika gambar itu dimuatnaik di dalam laman sosial.

gambar forum Cari

Menangi Apple iPad 2 bersama MyNewsHub

Selasa, 12 April 2011

Salam semua pembaca blog izyan.com yang budiman. Ni ha admin nak bagitahu sedikit mengenai satu contest untuk memenangi hadiah percuma IPAD 2 dengan mudah sekali. Contest ini dijana sepenuhnya oleh lama website milik MyNewsHub.my. Laman ini merupakan laman pelbagai berita tempatan, tak kira politik, hiburan, sukan dan macam-macam lagi. Kiranya website ni betul-betul syok!. Ok, tak perlulah soal banyak mengenai website ini, nak tahu sangat-sangat, anda pergi ke website ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai website MyNewsHub.my. Yang penting website ini berbentuk informasi yang berguna kepada anda.

Cara nak memenangi IPAD 2 ni mudah sahaja. Anda mestilah menjadi pengunjung setia MyNewsHub.my setiap hari. Amik masa 5-10 minit sahaja untuk baca tajuk kesemuanya, tapi nak baca artikel pun boleh juga, sebab tiada larangan disini. Hehe. Cuma kenapa mesti membaca tajuk? ha itu lah dia syarat utama contest ini. Mudah kan. Tapi kena juga lah baca sikit-sikit kot berguna sebab satu soalan ada klue (petunjuk) sebanyak 3 klue, dan ini setiap hari ada 3 soalan yang mesti dijawab. Dan klue-klue itulah yang akan membantu anda untuk mencari jawapan tepat untuk soalan itu. Dan jawapannya ada pada setiap tajuk post/berita di MyNewsHub.My. Soalan-soalan akan dipaparkan di page ini, http://mynewshub.my/bm/peraduan-news-hunt/

Contest ini akan bermula pada 11 APRIL 2011 dan berakhir pada 9 PAGI, 17 APRIL 2011 (AHAD). Oleh itu jika anda sertai contest ini, anda hendaklah mengumpul kesemua soalan dari hari pertama 11 April 2011 sehinggalah hari ketujuh 17 April 2011 dan dihantar seperti sedia maklum sebelum jam 9 pagi. 9.01 pagi dah tak boleh dah, kena reject serta merta. ok ada paham? tak paham juga, ceh penat sahaja liur admin berkata-kata. Tak pe, boleh rujuk gambar dibawah ni ok.

Info lanjut anda pergi sahaja ke LINK ini, mungkin anda boleh diskusikan bersama-sama dengan warga yang lain kat sana. Maknanya boleh letak komen di website MyNewsHub.my. Contest ni mudah jerk, tak perlu buar blog/website, tak perlu keluar 1 sen haram pun. hehe. Cuma yang penting layari MyNewsHub.my (ENG) dan MyNewsHub.My/bm (BAHASA) mulai 11 - 17 April 2011.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan selama seminggu itu adalah:

Hadiah Pertama
1 x iPad2 + Jusco Shopping Vouchers bernilai RM250

Hadiah Saguhati
10 x Jusco Shopping Vouchers bernilai RM100
Dan jangan sertakan begitu sahaja, kang juri susah nak hubungi anda nanti. Hehe. Semasa nak hantar kesemua soalan terkumpul sila sertakan sekali:
1. Nickname Facebook
2. Nama penuh
3. No kad pengenalan
4. Alamat rumah
5. Nombor telefon

ke newshunt@mynewshub.my
TERMA | SYARAT | KEMUSYKILAN DAN SYARAT KUNJUNGI http://mynewshub.my/bm/peraduan-news-hunt

RUJUKAN LAIN DI:
1. Facebook Attending
2. MyNewsHub.my Facebook Fan Page

Peraduan iPad 4 Bloggerz : iPad 16GB Untuk Di Menangi!

Khamis, 17 Mac 2011

Hai para pembaca setia izyan.com sekalian. Ini ada berita baik punya dari laman web lot.my. Lot.my bagi hadiah berupa barangan Apple IPAD 16GB tue~! Jangan risaulah ini, laman web Malaysian punya. Bukan luar negeri. Lagi pula hadiah tersebut merupakan satu hadiah daripada satu pertandingan yang diadakan oleh Lot.my. Sebelum itu, penulis nak kenalkan kepada korang semua, mengenai laman web Lot.my. Laman ini merupakan sistem e-commerce Malaysia yang paling top dan popular digunakan oleh peniaga offline untuk berniaga secara online.

Sejak ia di lancarkan, hampir 10,000 peniaga sudah membuka kedai online mereka sendiri, maknanya sesiapa peniaga yang mahu mengembangkan perniagaan mereka di alam maya, dan setiap kedai mendapat nama domain unik sendiri dengan PERCUMA. Contoh laman yang sering mendapat perhatian ramai seperti wau.lot.my, wedding.lot.my, waheeda.lot.my dan lain-lain lagi. Nak tahu lebih contoh dan demo?? masuk jer ke sini, contoh.

Pada awal Februari 2011 lepas, Lot.my telah melancarkan akaun premium (kelebihan daripada yang percuma). Sehingga kini, sambutan terhadap akaun premium amatlah memberangsangkan oleh masyarakat peniaga di Malaysia dan sudah pun melepas target sebenar. Selain itu, Lot.my telah memenangi pelbagai Anugerah dan mendapat sambutan media tempatan. Seperti Utusan, Astro, RTM, TV9 dan banyak lagi di SINI.

Bak kata pepatah, tiada kerja semudah kata. Tapi dalam erti membuka kedai online yang hanya di Lot.my, tidaklah serumit yang di sangka. Lot.my di bina untuk memudahkan segala urusan peniaga kedai online, baik bagi yang baru atau lama. Anda hanya perlu mendaftar akaun anda dengan masukkan nama kedai, password, dan email. Amat mudah, dengan beberapa klik sahaja, anda sudah boleh mulakan perniagaan anda. Disamping itu, ianya juga ilengkapi dengan sistem yang terkini dan canggih, dapat memudahkan peniaga megatur, mengurus dan mengemaskini aktiviti jualan yang dilakukan seharian. Kalau buat kedai di blogspot atau Facebook memang payah dan lembab sebab kedua-dua platform berkenaan BUKAN dicipta untuk berniaga.

Dalam kesinbungan yang sediaada, Lot.My yang kini telah mececah usia setahun dengan penuh rasanya pemurahnya telah menyediakan satu pertandingan yang menarik untuk blogger dan juga kaki Facebook iaitu Peraduan iPad 4 Bloggerz Lot.my. Jadi anda online, anda juga berpeluang memenangi hadiah. Tak sia-sia online, kalau ada nasib, dapat hadiah tu. Untuk menyertai peraduan ini, anda diberi tempoh daripada 1 Mac 2011 (pelancaran) hingga 31 Mei 2011 (penutupan).

Caranya mudah sahaja, tak susah sangat pun cuma ada 4 Langkah sahaja yang senang dan mudah difahami Untuk menyertai peraduan ini! Semuanya free jerk. Tak dikenakan bayaran pun. Cuma amik masa 1-2 jam korang untuk 4 langkah ni. Itu jerk.
Cara-caranya:
1) Tulis artikel tentang Lot.my
2) Hebahkan di Twitter atau Facebook milik anda
3) Letakkan widget Lot.my di blog anda
4) Isi borang penyertaan
5) Dan menang
Dan ini merupakan hadiah-hadiah untuk anda menggunakan 4 langkah mudah diatas:

Hadiah Utama – Sebuah Apple iPad 16GB!
Hadiah Kedua – Sebuah Apple iPod Touch 8GB!
Hadiah Ketiga – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB!
Hadiah Saguhati – T-Shirt Eksklusif Lot.my!
Dan jangan risau, bukan hadiah diatas sahaja kena bagi, ada lagi, untuk setiap penyertaan pun boleh bawa balik hadiah juga. Sebagai tanda penghargaan dan menghargai peneyertaan daripada pihak anda, Lot.my juga bebesar hati nak bagi hadiah yang dinamakan "Random Bloggerz". Apa benda ni? ini dinamakan hadiah cabutan bertuah. Ala macam korang selalu join tiket bertuah tue. Macam tu lah kiranya. Hadiah cabutan bertuah ni akan berlangsung pada setiap akhir bulan Mac, April sehingga Mei 2011. Peratusan anda untuk memenangi hadiah begitu besar setiap bulan.

Dan ini merupakan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah untuk akhir bulan.

Kategori: ‘Random Bloggerz – Mac 2011’
Cabutan Utama – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB
Cabutan Saguhati x 3 – T-Shirt Eksklusif Lot.my

Kategori: ‘Random Bloggerz – April 2011’
Cabutan Utama – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB
Cabutan Saguhati x 5 – T-Shirt Eksklusif Lot.my

Kategori: ‘Random Bloggerz – Mei 2011’
Cabutan Utama – Sebuah Apple iPod Shuffle 2GB
Cabutan Saguhati x 9 – T-Shirt Eksklusif Lot.my
Sertai sekarang sebelum terlambat masih ada masa lagi, bukan mudah untuk mendapatkan barangan Apple ni, korang kumpul duit baru dapat beli kan? manada orang nak bagi free-free beb. Meh la Join Sini.

Ps : Untuk maklumat lanjut peraduan, anda boleh rujuk di laman peraduan di sini.
Ps : Setiap aktiviti yang di lakukan Lot.my akan mendapat perhatian media. Jadi, anda bukan sahaja berpeluang mendapat iPad, malah blog anda juga berpeluang mendapat publisiti percuma pada masa-masa akan datang. Siapa tahu, blog anda akan menjadi semakin popular. Jom sertai!