Dafi Ditangkap Khalwat?

Pada: Selasa, 4 Jun 2013

Seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi atas diri Dafi yang ditangkap khalwat, dia bagaimanapun mempunyai penjelasan yang tersendiri tentang insiden yang berlaku pada dirinya baru-baru ini di negeri Johor.

Menurut portal Utusan, Dafi yang pada ketika itu berada di Batu Pahat, Johor untuk menjalani penggambaran telah ditangkap khalwat kerana dituduh tidur di dalam satu bilik hotel yang sama.

Dafi bersama Ayda Jebat dari Instagram Dafi

Kira-kira jam 1.00 pagi, Dafi berada di bilik hotel dan telah diserbu oleh 4 orang lelaki yang mengakui mereka adalah anggota pencegah maksiat. Mereka meminta izin untuk menggeledah biliknya setelah mendapat aduan dari orang awam yang Dafi bersekedudukan dengan seorang wanita.

Dafi telah memberi kerjasama penuh untuk membenarkan mereka memeriksa bilik hotel mereka kerana percaya dirinya tidak bersalah sama sekali. Bagaimanapun empat lelaki berkenaan beredar dari bilik hotel Dafi selepas tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan ada kelibat wanita.

Menyifatkan tuduhan sebegitu sebagai mengarut, Dafi sememangnya mengakui bahawa pembantu peribadinya seorang wanita tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama bukannya berkongsi bilik seperti yang disangka.

Tag : , , , , , ,