Benjy Ditahan Kerana Ambil Syabu

Pada: Jumaat, 28 Jun 2013
Kecoh semalam di kaca TV apabila seorang pelakon di tangkap atau ditahan di atas kesalahan penyalahgunaan dadah, kalau dalam bahasa ringkasnya mengambil dadah.

Sumber daripada portal GUA mengatakan pelakon itu adalah Khaeryyl Benjamin atau Benjy. Dia ditahan semalam jam 12 tengahari di kondominium Bukit Antarabangsa.

Ketika serbuan/penagkapan, tidak ditemui dadah namun air kencing Benjy disahkan positif dadah jenis syabu. Kini Benjy ditahan bagi siasatan lanjut.

Apa lah Benjy ni, emak dia seniwati Azean Irdawaty yang kini sakit, sempat lagi Benjy ambil benda-benda haram ni. Insaflah!

Tag : , , , , , , ,