Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Benjy dibebaskan dari memiliki dadah 28.99 gm!

Khamis, 7 April 2016

Pelakon yang juga anak dramatis terkenal, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy, 38, dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret Muar atas tuduhan memiliki syabu, Mac tahun lalu.

Majistret Muhammad Hidayat Wahab ketika membuat keputusan itu memberikan alasan pihak pendakwaraya gagal membuktikan syabu seberat 28.99 gram yang ditemui di dalam satu beg di bawah tempat duduk pemandu adalah miliknya.

Bagaimanapun, rakannya diarah membela diri.

Inilah keputusan mahkamah terhadap Benjy miliki dadah..

Selasa, 24 November 2015

Benjy atau Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dan rakannya Julia Ernie Jamaludin, 27, dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur daripada dua pertuduhan memiliki dadah jenis Syabu, Mac lalu.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes di akhir pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Benjy dan Julia Ernie didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan berat bersih 3.01gram dan 1.71 gram di sebuah bilik hotel di Kuala Lumpur, 5 Mac lalu.

Sementara itu Julia Ernie diarah membela diri daripada memiliki dadah jenis sama seberat 0.37 gram.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM100, 000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -Sinarharian

Benjy bakal berdepan hukuman mati mandatori...

Selasa, 31 Mac 2015

Apa nak jadi dengan nasib Benjy yang ditahan semalam akibat disyaki terbabit dengan satu rangkaian sindiket dadah dimana mereka dalam perancangan perpindahan makmal dadah mereka dari Kuala Lumpur ke Pagoh.

Polis Muar telah menemui pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu selain menemui dadah seberat 1.3kg di tempat yang sama.

Oleh itu Benjy terpaksa ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Benjy, Isteri Sah Cerai Talak Satu

Jumaat, 2 Ogos 2013

Dah lah kes dadah yang tidak tahu sudah atau belum selesai timbul pula satu musibah yang melanda Khaeryll Ibrahim atau nama famousnya, Benjy semalam diberitakan yang dia dan bekas isterinya, Safiya Stephanie Kar Leng Lee disahkan bercerai talak satu semalam di mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Mereka mendirikan rumahtangga sejak tahun 2004 lagi dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 7 tahun, kini Benjy berasa amat bersyukur kerana segala masalahnya sudah selesai, kini mahu bebas bak burung yang terbang di udara.

Benjy Tumbuk Kepala Jurufoto

Sabtu, 29 Jun 2013

Apalah si benjy ni, dah ditahan baru-baru ni untuk kali ke-2 selepas tahun 2010, [SINI] katanya melalui portal Utusan, dia buat hal sedikit ketika berada di sekitar mahkamah.

Kerana dek malu kot, Benjy mengasari wartawan dari mengambil gambarnya yang di tangkap dekat Mahkamah Majistret Ampang.

Tambahan lagi, Benjy kelihatan marah lalu menumbuk kepala seorang jurufoto dan menepis beberapa jurufoto yang lainnya.


Benjy Ditahan Kerana Ambil Syabu

Jumaat, 28 Jun 2013

Kecoh semalam di kaca TV apabila seorang pelakon di tangkap atau ditahan di atas kesalahan penyalahgunaan dadah, kalau dalam bahasa ringkasnya mengambil dadah.

Sumber daripada portal GUA mengatakan pelakon itu adalah Khaeryyl Benjamin atau Benjy. Dia ditahan semalam jam 12 tengahari di kondominium Bukit Antarabangsa.

Ketika serbuan/penagkapan, tidak ditemui dadah namun air kencing Benjy disahkan positif dadah jenis syabu. Kini Benjy ditahan bagi siasatan lanjut.

Apa lah Benjy ni, emak dia seniwati Azean Irdawaty yang kini sakit, sempat lagi Benjy ambil benda-benda haram ni. Insaflah!

Kes perceraian Benjy selesai, dadah belum lagi..

Selasa, 8 Mac 2011

Khaeryll Benjamin (Benjy) yang dikawal ketat pak polisi, bertemu dengan ibunya, Azean Irdawaty dan juga isterinya, semasa hadir di mahkamah bagi mendengar tuntutan cerai dikemukakan isteri Benjy, Safiya Stephence Kar Leng Lee, di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur kelmarin 7 Mac 2011. Kata isteri Benjy, Benjy sudah melafazkan talak pada Julai tahun 2008 (aku ceraikan dengan talak satu), namun Benjy melafakan kata-kata rujuk kembali selepas 13 jam kemudian (“I’m rujuk-ing”).

Namun berita gembira buat Benjy dan keluarganya, mahkamah Syariah memutuskan lafaz rujuk itu sah dan mereka berdua masih lagi suami isteri. Tidak dipastikan apa punca utama Benjy melafazkan kata-kata perceraian berkenaan. Kirannya kes cerai ini sudah selesai, namun kes dadah Benjy masih lagi dalam proses.. Zzz

Benjy ditahan semula selepas ikat jamin Ibu

Ahad, 28 Mac 2010

Benjy yang kelihatan tenang, ditahan semula tidak sampai dua jam setelah dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Majistret baru-baru ini berhubung kes dadah. Benjy ditahan ketika berada di bahagian luar pejabat kaunter pembayaran jamin di kompleks mahkamah itu oleh dua orang anggota polis pada 2.50 petang sejurus sahaja Azean selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM2,000. Keluarga Benjy telah datang sendiri ke balai polis berkenaan untuk mengetahui sebab Benjy ditahan semula dan mereka dapat menerima keputusan tersebut.