Pada:
Selasa, 7 Mei 2013
"Sebenarnya kami kenal sejak 5 tahun yang lalu dan dalam jangka masa kami berkawan itu timbul rasa cinta tetapi pada waktu itu, kami hanya menjalinkan hubungan cinta yang biasa saja dan tidak suka menunjuk-nunjuk.
"Kemudian atas permintaan keluarga, kami mengikat tali pertunangan dan membuat keputusan untuk berkahwin dalam masa yang agak singkat. Yelah, sebagai orang tua mereka pasti risau lihat kami yang belum ada ikatan yang sah ini bersama-sama ke mana sahaja Izzue berkerja. Padahal saya juga menjalankan tugas sebagai seorang pengurusnya.
"Selain itu, saya juga merasakan sudah tiba masa dan jodoh kami untuk bersatu selepas beberapa tahun bercinta," -Awin.
Tag : Berita Artis , Izzue Islam , Pelakon , pengurus , Perkahwinan Artis


